Khamis, 23 Februari 2012

S/USAHA KMPP: ARTIKEL 121 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN - HARUS DIKEMBALIKAN


Impak daripada kenyataan bekas Ketua hakim Tun Mohd Dzaiddin Bin Abdullah bahawa Artikel 121 Perlembagaan negara telah melemahkan sistem kehakiman semasa era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah merupakan satu kenyataan realistik walaupun setelah berlarutan selama lebih 20 tahun namun kenyataan beliau telah disanggah oleh bekas perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dimana beliau telah diistilahkan sebagai punca kepada kemelut berkenaan.

Bagi pihak KMPP dimana saya sendiri sebagai Pengamal Undang – Undang turut bersetuju dengan kenyataan Tun Mohd Dzaiddin tersebut. Sebagai sebuah negara yang berpaksikan demokrasi dimana ada pemisahan diantara legislatif, eksekutif dan kehakiman. Dilihat kepada ketiga – tiga cabang tersebut negara Malaysia akan lebih aman dan tenteram serta tidak berat sebelah jikalau tiada campurtangan kuasa politik (Eksekutif) semata – mata bagi menyelamatkan kuasa politik menerusi badan kehakiman sepatutnya institusi lain tidak seharusnya mencampuri urusan badan kehakiman. Sehingga ke hari ini tidak salah jika dikatakan sistem kehakiman negara telah tercemar akibat daripada pindaan pada artikel 121 berkenaan. Memang bertepatan Tun Mohd Dzaiddin bahawa akibat pindaan tersebut telah melemahkan sayap badan kehakiman negara.     

Akibat daripada situasi doktrin pemisah kuasa dalam perlembagaan tersebut yang telah gagal memberi interpretasi yang lebih dekat terhadap idealisma perlembagaan yakni diantara demokrasi dan perlembagaan maka terdapat beberapa kes terutamanya yang melibatkan individu dan pemimpin politik mendapat taraf keselesaan dan mahupun kemudaratan akibat daripada keputusan mahkamah. Situasi tersebut wujud sampai sekarang akibat daripada kesan perlembagaan yang telah dicabul selama lebih dua puluh tahun lalu.

Perlu diingatkan bahawa apa jua keputusan daripada pihak eksekutif akan dipersembahkan oleh Perdana Menteri kepada pihak Yang Di Pertuan Agong (YDPA) untuk mendapatkan perkenan atau “endorsement” sebelum dijadikan undang – undang. Disinilah bermulanya sesuatu pindaan undang – undang biasa atau pindaan ke atas perlembagaan akan mengambil kesan dalam hal tersebut pindaan ke atas artikel 121 berkenaan telah berkuatkuasa berteraskan kepada hiraki seperti yang disebutkan tadi.

Pihak KMPP berani bersuara didalam hal ini kerana merasakan permohonan ke atas artikel 121 perlu di kembalikan kepada situasi asalnya agar tidak kelihatan di negara yang demokrasi ini parlimen lebih hebat daripada badan kehakiman. Kita tidak sanggup melihat para hakim – hakim di negara ini dipermain-mainkan oleh artikel 121 (1) yang akhirnya gagal melaksanakan peranan mereka sebagai pegawai perlembagaan disebabkan tiada semangat intelektual. Integriti badan kehakiman perlu diperbaiki supaya kekal kepada keadaan asalnya dan akhirnya nilai keyakinan rakyat terhadap “Judiciary” sistem akan lebih pulih dan mendapat penghormatan dimata dunia.

Justeru itu pihak KMPP mendesak kerajaan pusat supaya memantau serius ke atas isu tersebut demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan serta badan kehakiman maka artikel 121 atau mana – mana cabang ke atas perkara 121 tersebut dirombak atau digugurkan. Kembalikanlah kebebebasan badan kehakiman ke tempat asalnya. Dimana bumi dipijak maka disitulah langit dijunjung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan