Flat perumahan Taman Emas iaitu di Teluk Kumbar, Pulau Pinang mempunyai 320 unit rumah dimana majoriti (90%) adalah milik orang-orang melayu Pulau Pinang. Ianya telah dibina pada tahun 1990an dan sehingga sekarang akibat kekurangan dana yang tidak mencukupi, pihak pengurusan penduduk tidak mampu untuk mengecat flat ini. Pengerusi perumahan iaitu En. Pie telah mencuba pelbagai cara samada meminta daripada Kerajaan Barisan Nasional iaitu UMNO mahupun Kerajaan Pakatan, tetapi usahanya tidak membuahkan hasil untuk mengecat kembali.
KMPP cuba menyelesaikan masalah mereka apabila diminta bantuan dan ahli-ahli jawatankuasa KMPP meninjau sendiri perumahan ini dan dengan segera mengadakan mesyuarat bersama pihak pengurusan perumahan flat Taman Emas. Dengan bantuan sumbangan daripada seorang anak tempatan melayu Pulau Pinang yang percaya atas perjuangan KMPP membantu bagi meningkatkan ekonomi dan sosio politik orang-orang melayu Pulau Pinang, maka pihak kami berjaya mendapatkan dana RM330,000.00 dimana bukan sahaja untuk mengecat keseluruhan flat ini, malah menaiktaraf surau sediada.
Apabila kerja-kerja cat dijalankan, ramai parti-parti politik mengaku bahawa mereka yang memberikan dana kepada pihak KMPP. Disini ingin dijelaskan bahawa pihak KMPP tidak pernah ditaja mahupun meminta pertolongan mana-mana parti politik bagi merealisasikan impian penduduk flat Taman Emas. Secara tidak langsung, pihak KMPP merupakan NGO yang pertama di Malaysia yang menjalankan kerja-kerja mengecat bangunan perumahan tanpa mana-mana bantuan politik.
Berikut adalah gambar-gambar perubahan flat Taman Emas dan perasmian flat ini akan dilakukan oleh Presiden KMPP sendiri pada 12 Jun 2012.
|
Pandangan Hadapan Flat Taman Emas Sebelum Kerja Mengecat |
|
Lebih 20 tahun Flat Ini Tidak Dicat Setelah Meminta
Bantuan Daripada Pelbagai Pihak. |
|
90% Penduduk Terdiri Daripada Orang-Orang Melayu Pulau Pinang |
|
Presiden dan Setiausaha KMPP memberi taklimat kepada penduduk Flat Taman Emas |
|
Kerja-Kerja Mengecat Sedang Dijalankan Dibahagian Depan Flat |
|
Bahagian Depan Flat Setelah Dicat Semula Kelihatan Seakan Perumahan Baru |
|
Bahagian Depan Flat Yang Berseri Setelah Dicat Bertemakan
Warna Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) iaitu Warna Oren. |
|
Permaidani Baru Untuk Surau Flat Taman Emas dan Pembesaran
Tempat Wuduk Bagi Lelaki dan Wanita |
|
Tingkap Surau Ditukar Baru Berbingkai Aluminium & Bercermin Gelap |
|
Pekerja-pekerja Membuat Persiapan Cat Sebelum Menjalankan Kerja-kerja. |
|
Pelan Lokasi Flat Taman Emas |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan