Pihak Kongres Melayu Pulau
Pinang (KMPP) hari ini menasihatkan pengadu dalam kes ini iaitu UMNO Negeri
Pulau Pinang supaya jikalau benar seperti tuduhan mereka yang mempunyai bukti
bahawa penjualan tanah di Bayan Mutiara kepada syarikat Ivory Properties telah
dijual secara rundingan terus dan bukannya melalui tender terbuka supaya
membawa perkara tersebut ke Mahkamah. Saman saja Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Biarlah melaui satu perintah pengistiharan menerusi injunksi dikeluarkan bagi
merungkai situasi sebenar. Itu adalah jalan yang terbaik jika benar-benar isu
tersebut tidak dipolitikkan tapi sebenarnya adalah untuk kepentingan rakyat.
Rakyat negeri ini berhak untuk
mengetahui perkara sebenarnya. Tambahan pula hartanah berkenaan juga adalah
milik hak rakyat sebagai pembayar cukai. Semoga dengan pengistiharan perintah
mahkamah, maka dapatlah rakyat negeri ini menilai siapakah sebenarnya dalang
dalam isu berkenaan. Jika Kerajaan Negeri bersalah maka biarlah rakyat yang
menghukum mereka pada PRU 13 nanti dan begitulah sebaliknya.
Rakyat sudah muak dengan mainan
politik kepartian seperti begini. Jangan sesekali meletakkan mereka dalam
dilema. Kuasa dari rakyat adalah untuk mempertahankan hak mereka dan bukanlah
untuk memperlekehkan rakyat. Jangan sesekali memporak-perandakan bagi tujuan
mencari kesalahan sesama sendiri yang akhirnya dilihat sebagai “Membaling batu,
Sembunyi tangan” demi meraih simpati bagi mendapatkan sokongan daripada rakyat.
Rakyat sudah boleh menilai diantara kredibiliti dan liabiliti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan