Masalah pembeli – pembeli unit
di Bazaar Perdana, Bandar Perda, Bukit Mertajam telah berlarutan lebih dari 7
tahun dan sehingga saat ini pemaju berkenaan
ASEANIA DEVELOPMENT SDN BHD yang diterajui oleh Timbalan Ketua
Perhubungan UMNO Negeri merangkap Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam tidak
langsung mengambil sebarang inisiatif bagi tujuan memulihkan operasi Bazaar
Perdana berkenaan. Masalah tersebut lebih menjurus kepada soal ekonomi lebih
85% peratus pembeli – pembeli adalah dari kalangan orang Melayu di sekitar
kawasan Bukit Mertajam.
Pihak KMPP diminta oleh
segelintir pembeli – pembeli bagi menyuarakan masalah serta hak mereka yang di
pinggirkan oleh pemaju Melayu yang langsung tidak prihatin terhadap isu berkenaan.
Difahamkan kesemua unit- unit yang dianggarkan hampir 1000 unit telah habis
dijual diantara RM15,000-00 hingga RM20,000-00. KMPP melihat isu ini sebagai
satu penganiayaan ekonomi yang berpanjangan terhadap pembeli-pembeli Melayu
yang berkenaan.
Dari maklum balas yang diterima
daripada pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai bahawa bangunan Bazaar Perdana
berkenaan tidak pernah di serah kepada pihak Majlis dan ini bermakna pemaju
bertanggung jawab untuk mengurusnya dan sehingga kini tiada permohonan strata
dibuat walaupun selepas tujuh tahun Sijil Penghunian diberikan oleh pihak
berwajib.
Sebagai sebuah NGO Melayu yang
sah serta neutral di Negeri Pulau Pinang dan soal sosial ekonomi orang – orang
Melayu Pulau Pinang menjadi objektif utama maka pihak KMPP dengan ini mendesak
sekeras-kerasnya Dato’ Musa Sheikh Fadzir selaku peneraju utama Syarikat
pemaju berkenaan dalam tempoh 30 hari menyelesaikan masalah pembeli –
pembeli terbabit serta mencari pendekatan terbaik untuk mengaktifkan semula
perniagaan di Bazaar Perdana tersebut. Kegagalan beliau berbuat demikian
akan membawa kepada usaha KMPP untuk memohon kepada Kerajaan Negeri Pulau
Pinang terutamanya Ketua Menteri campurtangan bagi menyelesaikan kemelut
ekonomi pembeli – pembeli Melayu di kawasan Bukit Mertajam yang ditinggalkan
oleh pemaju ASEANIA DEVELOPMENT SDN BHD.
Pihak KMPP tidak akan berkompromi
dengan mana – mana pihak yang cuba memperlekehkan soal ekonomi orang – orang
Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan