Rabu, 13 Jun 2012

YB ABDUL MALIK KASSIM SALAH GUNA KUASA

Cakap baik-baik skit.... Apa ni kata orang bodo?
 Dia kata...dia kata saya bodo!! Tengok....Tengok....
KMPP hari ini melahirkan rasa kekesalan diatas campur tangan oleh YB Abdul Malik Kassim keatas portfolio Exco Kerajaan Tempatan yang diterajui oleh YB Tuan Chow Kon Yeow. Pihak saya ada keterangan kukuh bahawa beliau telah “kacau daun” keatas portfolio yang bukannya dibawah urusan beliau. Sebagai contoh, beliau telah mempergunakan kedudukannya sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri mendesak agar kedua-dua visual papan iklan pihak KMPP dikawasan Bayan Baru dan Tanjong Tokong diturunkan.

Pihak saya ingin bertanya kepada beliau, apakah hanya papan iklan KMPP sahaja yang tidak mempunyai lesen sedangkan beratus lagi papan iklan dinegeri ini khususnya dikawasan pulau mempunya lesen daripada MPPP? Mengapa papan iklan “trade events” yang berselerak diatas tanah Kerajaan Negeri dibawah portfolio beliau yang sememangnya haram tidak diturunkan? Mengapakah papan iklan “Satu Malaysia” yang bermastautin dibawah Kerajaan Pusat tidak diturunkan? Apakah ada imuniti bagi seorang Exco melakukan sesuka hatinya termasuk mencampuri urusan Exco lain dinegeri ini?
KMPP mengatakan bahawa YB Abdul Malik Kassim turut menyokong Barisan Nasional apabila kewujudan papan iklan “Satu Malaysia” tidak dipertikaikannya tapi sebaliknya 2 visual papan iklan KMPP menjadi mangsanya. Situasi ini memperlihatkan betapa rakusnya Exco Melayu ini bertindak sesuka hati sedangkan pihak kami telah berkompromi menurunkan visual KMPP di kawasan Bayan Baru disebabkan kawasan Parlimen Bayan Baru adalah kawasan Parti PKR. Akan tetapi apabila satu tindakan drastik diatas arahan beliau bagi menurunkan visual KMPP dikawasan Tanjong Tokong dibawah Parlimen Parti DAP turut diturunkan. Persoalannya mengapa Exco Melayu ini melanggar kawasan Parlimen yang bukannya diwakili oleh Parti PKR sedangkan tiada arahan daripada Ahli Parlimen DAP untuk pihak MPPP menurunkan visual KMPP di Tanjong Tokong?
Pihak kami amat sedih kerana seorang Exco Melayu tidak mahu melihat NGO Melayu seperti KMPP wujud di Pulau Pinang. Beliau sepatutnya mempertahankan hak orang melayu dan bukannya memperlekehkan masa depan orang melayu di negeri ini. Perlu dinyatakan disini bahawa pihak kami telah mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Negeri selaku tuan tanah semenjak bulan November 2011 lagi. Namun sudah lebih 6 bulan sehingga sekarang pun belum ada kelulusan diberikan. Nampaknya untuk mendapatkan kelulusan projek pembangunan lebih mudah daripada mendapatkan kelulusan papan iklan.
Pihak kami difahamkan bahawa diatas keperihatinan Kerajaan Negeri dimana sedikit kelonggaran diberikan kepada syarikat pengiklanan dimana mengikut tarikh-tarikh tertentu tindakan menurunkan papan iklan haram akan hanya diambil selepas pilihanraya umum nanti. Maksud tarikh-tarikh tertentu adalah terpakai keatas kedua-dua papan iklan KMPP. Jadi mengapa pula YB Malik Kassim memandai-mandai mendesak visual KMPP diturunkan? Mengapa mesti ada “double standard” dan kenapa beliau begitu “Phobia” keatas wajah-wajah pemimpin KMPP? Berkemungkinan pada fikiran beliau pemimpin-pemimpin KMPP bakal mencetuskan satu era baru diatas landasan politik melayu dinegeri ini. Dengan wujudnya pemimpin KMPP ada kemungkinan beberapa kerusi Parti PKR akan hilang terutamanya dikawasan Parlimen Bayan Baru. Oleh yang demikian beliau takut pada bayang-bayangnya sendiri. Perlu diingatkan sehingga hari ini  KMPP adalah sebuah NGO Melayu dinegeri  Pulau Pinang dan bukannya Parti Politik.
Pihak KMPP memberi amaran kepada beliau supaya “Jangan Bermain Dengan Api” yang akhirnya akan membakar dirinya sendiri.  Beliau perlu ingat bahawa dia adalah seorang pemimpin melayu dinegeri ini tetapi apa maknanya jika beliau menidakkan hak melayu yang lain? Timbul tanda-tanya apakah beliau benar-benar berjiwa melayu? Mencampuri portfolio Exco lain adalah satu perbuatan yang menyalahgunakan kuasa yang akhirnya bakal mendatangkan liabiliti kepada Kerajaan Negeri sendiri.
Secara rasional pihak saya katakan bahawa tindakan YB Malik Kassim telah menampakkan sikap beliau yang tidak matang sebagai seorang pemimpin melayu dalam arena politik serta takut kepada bayang-bayangnya sendiri. Orang melayu patut menolaknya pada PRU13 nanti. Apa yang terjadi kepada KMPP adalah satu insiden kecil serta pengajaran dimana nasib orang-orang melayu dinegeri ini akan terus terabai oleh pemimpin seperti beliau yang sepatutnya menjaga kepentingan melayu disini.
Pihak KMPP dimaklumkan melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai beliau sendiri secara langsung memberi arahan kepada Pejabat Perlesenan MPPP disamping itu beliau turut memperkudakan 2 orang Ahli Majlis MPPP bagi maksud menurunkan visual KMPP di kedua-dua lokasi berkenaan. Kedua-dua Ahli Majlis tersebut adalah daripada Parti PKR dan NGO Melayu dimana kedua-dua mereka ini adalah di dalam Portfolio Jawatankuasa Perlesenan MPPP tanpa pengetahuan Exco Kerajaan Tempatan.
Berikut adalah petikan daripada akhbar The Star dan MalayMail berkaitan perkara diatas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan