Presiden KMPP: Calon Bebas Parlimen Bayan Baru |
Bandar Bayan Baru, Pulau Pinang |
Kongres Melayu Pulau Pinang akan mewakilkan 2 orang calon iaitu En. Rahmad Isahak (Presiden KMPP) dan Mohd Noor Mohd Abdul Kader (Setiausaha KMPP) untuk bertanding dimana-mana kerusi dibawah Parlimen Bayan Baru jikalau pihak DAP tidak akan meletakkan calon melayu DAP.
Baru-baru ini Parti PKR Pulau Pinang iaitu useless YB Mansor telah mengistiharkan YB Sim Tze Tzin akan bertanding di Parlimen Bayan Baru dibawah partinya untuk memecah rekod meletakkan calon bukan melayu bertanding. Inilah masalah parti PKR yang tamak sehingga sanggup menggadaikan kerusi melayu dimana seteruk-teruk pihak UMNO pun tidak melakukan perkara ini.
KMPP bukan hendak menjadikan perkara ini sebagai isu perkauman tetapi calon-calon melayu yang terhad dan tidak berguna daripada PKR tidak pernah hendak berusaha bagi menambahkan ahli melayu di kalangan Barisan Exco Kerajaan malahan merekalah yang merosakkannya. Sepatutnya mereka perlulah meletakkan calon melayu dan bukan menambahkan lagi calon bangsa cina bagi menyelesaikan semua masalah yang berbangkit selama ini.
Jika tiada calon yang berbakat dari kalangan melayu parti PKR, janganlah bersifat tamak hendak bertanding di kawasan Bayan Baru. Serahkan sahaja kerusi ini kepada Parti DAP ataupun Parti PAS untuk bertanding di kawasan ini. Janganlah hendak menunjuk hero sehingga sanggup menggadaikan maruah bangsa melayu.
KMPP akan meletakkan calonnya dan bertanding dimana-mana kerusi di Parlimen Bayan Baru sebagai calon bebas agar memberi saingan yang lebih hebat kepada Parti PKR Pulau Pinang. Pihak kami peka bahawa pengundi kawasan Bayan Baru mengalami pengalaman yang pahit serta trauma dengan parti PKR Pulau Pinang dimana Dato Seri Zahrain telah melompat seperti katak keluar Parti PKR setelah memenangi kawasan Parlimen Bayan Baru. Maka tidak hairanlah kali ini wakil Parti PKR akan tersungkur lagi jika tidak mahu bertolak ansur untuk melepaskan kerusi ini.
Berikut adalah kenyataan akhbar berkaitan perkara ini MalayMail
Tiada ulasan:
Catat Ulasan