Rabu, 15 Februari 2012

KRITIKAN TERHADAP KENYATAAN KETUA PEMUDA UMNO NEGERI PULAU PINANG


KMPP hari ini menemplak Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin yang secara tiba – tiba cuba menjadi hero masyarakat India negeri ini dengan mengkritik Lembaga Disiplin DAP bagi mengadakan mesyuarat tindakan disiplin keatas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang.

Kenapa isu berkenaan di bangkit oleh pemimpin muda dari UMNO negeri ini yang dilihat seakan – akan masyarakat India di sini tidak mempunyai pemimpin. Mungkin juga beliau lebih prihatin kepada masyarakat India dari berjuang untuk orang Melayu di negeri ini.

Sepatutnya dalam situasi sekarang yang dianggap kritikal beliau harus lebih peka bagaimana untuk mengembalikan sokongan orang Melayu disini supaya kembali kepada UMNO. Inilah masa yang terbaik memohon budi bicara Perdana Menteri supaya melantik parti UMNO sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang.

Kita khuatir apakah UMNO negeri ini sudah kehabisan modal politik mereka selain cubaan untuk menghakis sokongan orang – orang Melayu terhadap kerajaan negeri sekarang?

Tak payahlah menjaga tepi kain orang lain. Orang Melayu di negeri ini lebih memerlukan pertolongan. Adalah disarankan jika UMNO negeri ni sudah tidak mampu menjaga kepentingan orang Melayu disini maka serahkan sahaja tanggungjawab berkenaan kepada pihak Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Shaik Hussein Mydin juga dicadangkan meletakkan jawatannya kerana telah gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda Negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan