Selasa, 10 Julai 2012

KMPP: BUKTI PKR PULAU PINANG LEMAH DAN LIABILITI KEPADA PAKATAN RAKYAT

Act mau lebih....Kerja Jangan Buat!!!! Kita main wayang aja.....
Inilah dua orang wakil PKR Pulau Pinang yang diharapkan mewakili orang melayu Pulau Pinang hanya boneka semata-mata. Harapan untuk memenuhi kuota barisan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk hiasan sahaja tetapi mana hilangnya mereka sewaktu masalah yang melibatkan masalah orang melayu Pulau Pinang?

MAJLIS MAKAN MALAM KMPP LAGI RAMAI KEDATANGAN
 BERBANDING KONVENSYEN PKR.
Baru-baru ini PKR Pulau Pinang mengadakan Konvensyen Pilihanraya Umum di Bayan Baru yang dikatakan kubu kuat PKR Pulau Pinang. Pelbagai alasan dikeluarkan apabila sambutan dingin penyokong PKR Pulau Pinang yang dikatakan kurang daripada 200 orang daripada muatan 1000 orang. Pihak KMPP amat hairan sambutan dingin Konvensyen PKR walaupun Dato Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis ini.

Pada konvensyen ini juga Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1), Datuk Mansor tanpa malu mengeluarkan kenyataan bahawa PKR tidak akan bertolak ansur untuk memberi laluan kepada pihak DAP Melayu bertanding. Pihak KMPP tidak hairan kenyataan yang dikeluarkan oleh TKM 1 kerana begitulah sikap ahli-ahli PKR Pulau Pinang. Begitu angkuh dan sombong menggelarkan diri mereka mendapat sokongan melayu Pulau Pinang. Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan berkaitan perkara ini Free Malaysia Today , The Star dan Malay Mail.

Beginikah cara pemimpin melayu Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan menidakkan hak melayu lain? Permintaan KMPP untuk mengadakan calon melayu DAP adalah untuk KEPENTINGAN PENDUDUK MELAYU PULAU PINANG disebabkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang diperintah oleh Parti DAP dan bukan Parti PKR. Berikut adalah kenyataan pihak KMPP berkaitan kenyataan pihak PKR negeri Pulau Pinang melalui Malay Mail

“They claim Bayan Baru is their stronghold but how is it that the hall was only half-full. I was told many people did not turn up although PKR’s de facto president Datuk Seri Anwar Ibrahim opened the event.
“I think more people attended PMC’s fundraising dinner on June 18 than their event.” Rahmad said if PKR continued with such arrogance, it would cost their performance in the coming elections.

MAJLIS MAKAN MALAM KONGRES MELAYU PULAU PINANG PADA 18 JUN 2012












Tiada ulasan:

Catat Ulasan