Pada 25 Mei 2012, pihak KMPP mengadakan lawatan serta kunjungan hormat keatas Gabenor Songkhla, Thailand iaitu Tuan Yang Terutama Grisada Boonrach".
Seramai 13 orang terdiri daripada ahli-ahli perniagaan korporat serta pemaju mencari peluang untuk melabur di daerah Songkhla dianjurkan oleh KMPP. Peluang perniagaan di daerah Songkhla amat memberangsangkan dimana pihak kami dialu-alukan oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Pelaburan Songkhla. Kunjungan pihak KMPP bersama Ahli-ahli Pelaburan Korporat Pulau Pinang merupakan lawatan yang pertama diadakan.
Antara pelaburan dan peluang perniagaan yang diperbincangkan bersama Gaboner Songkhla dan Pegawai Kerajaan Songkhla ialah dari segi Projek Pembangunan Perumahan, Projek Perkapalan, Projek Pertanian serta Projek Perlancongan iaitu dari segi pembinaan Hotel dan Restoran Nasi Kandar.
Berikut adalah gambar-gambar lawatan yang telah dianjurkan oleh pihak KMPP.
Hadiah KMPP kepada Gaboner Songkhla Bertemakan Lambang Pulau Pinang Iaitu Jambatan Pulau Pinang Dan Feri. |
Barisan Ahli-ahli Korporat Pulau Pinang Yang Mencari Peluang Perniagaan Di Songkhla, Thailand |
Barisan Ahli-ahli Jawatankuasa Pelaburan Songkhla, Thailand |
Presiden KMPP Memberi Hadiah Penghargaan Kepada Gaboner Songkhla iaitu Tuan Yang Terutama Grisada Boonrach. |
Pemberian Hadiah Oleh Gabenor Songkhla Kepada Presiden KMPP |
Barisan KMPP Bersama Gabenor Songkhla dan Barisan Pegawai Kerajaan Songkhla |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan