Sorry Brother....I Lupa Renew License Kelas F!!! Tapi I Gila Pangkat Takmau Tinggal MPPP, Boleh Kot? |
Satu
lagi isu terpenting serta tanpa prasangka KMPP turut dimaklumkan bahawa
seorang Ahli Majlis MPPP, Tahir Jalaluddin daripada NGO Melayu iaitu Presiden yang mewakili
kontraktor kelas F dikatakan telah hilang haknya sebagai Ahli Majlis MPPP
apabila syarikat beliau sendiri tidak lagi mendapat pengiktirafan daripada
Pusat Khidmat Kontraktor (PKK). Lanjutan daripada matlumat yang pihak kami
terima, pihak KMPP telah membuat semakan dengan Pejabat PKK Negeri dimana pihak
kami dimaklumkan bahawa syarikat Kelas F
milik Ahli Majlis berkenaan telah ditamatkan secara “autolapse” dimana beliau
telah gagal memperbaharui sijil kelas F yang tamat pada 2 March 2012. Ini
bermakna satu kecurigaan telah timbul keatas “status quo” beliau sebagai
seorang Ahli Majlis MPPP. Bagi merungkai segala tuduhan-tuduhan berkenaan maka
hari ini pihak KMPP mendesak Yang Dipertua MPPP menyiasat perkara tersebut
secara terperinci dengan kadar segera. Adalah dikhuatiri kemungkinan terdapat
beberapa keputusan dasar yang telah dibuat oleh mana-mana Jawatankuasa yang
Ahli Majlis ini terlibat berkemungkinan tidak sah dari sudut undang-undang
selepas tarikh 2 March 2012 lagi.
Pihak
KMPP sendiri yakin YAB Ketua Menteri sendiri tidak akan bersetuju dan
bersekongkol dengan mana-mana pihak yang melakukan kesilapan dari sudut
pentadbiran. Justeru itu, isu yang melibatkan Ahli Majlis berkenaan harus
disegerakan penyiasatannya bagi tujuan membersih imej Kerajaan Tempatan mahupun
Kerajaan Negeri.
Berikut adalah kenyataan akhbar MalayMail berkaitan perkara ini.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan