Ahad, 10 Jun 2012

KMPP: JENTERA HALIMUNAN PKR DI PULAU PINANG

Bercakap soal jentera pilihanraya persiapan Parti Keadilan Rakyat di Pulau Pinang yang telah diwar-warkan oleh presiden PKR Pulau Pinang iaitu Datuk Mansor Othman merupakan satu kejutan yang perlu dipertimbangkan oleh semua penduduk Pulau Pinang. Ini disebabkan dalam parti sepihan puak-puak yang telah ditinggalkan oleh UMNO sendiri iaitu PKR hanya bercakap seumpama laungan tin kosong.

Dalam pemantauan KMPP, kebanyakkan kerusi yang akan ditanding oleh PKR merupakan kerusi-kerusi yang telah berpecah-belah dimana wujudnya beberapa kumpulan dalam kawasan ini. Umpamanya di kawasan Kepala Batas kewujudan puak-puak yang menyokong mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi. Di Tasek Gelugor pula wujudnya puak-puak Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Datuk Seri Mohd Shariff Omar. Seberang Jaya, kewujudan 3 kumpulan yang menyokong Datuk Arif Shah Omar Shah, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Abdul Jalil Majid.

Persoalannya disini dimanakah kekuatan PKR apabila kewujudan kumpulan-kumpulan ini yang telah berpecah-belah? Laungan Parti PKR bergema hanya di mulut sahaja dan tidak akan memberi kesan kepada penduduk melayu disitu tanpa ada usaha yang lebih. Kewujudan 2 Exco melayu PKR dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membuktikan kelemahan parti PKR memimpin masyarakat melayu Pualu Pinang.

Jangan diharapkan menumpang usaha parti komponen DAP dan PAS sahaja yang membuat kerja di Pulau Pinang manakala parti PKR hanya menumpang nasib dengan membunyikan tinnya yang kosong. Inilah yang dilaungkan oleh Datuk Mansor dan juga Malik Kassim dimana kedua-dua merekapun tidak boleh bekerjasama sesama sendiri apatah lagi dalam menolong penduduk melayu Pulau Pinang. Inilah contoh kualiti pemimpin PKR melayu iaitu serpihan puak UMNO yang ditinggalkan oleh UMNO sendiri.

KMPP menasihatkan parti PKR jangan bersifat tamak dalam membolot kerusi antara Pakatan Rakyat. PKR harus bertolak ansur memberi peluang kepada parti DAP dan PAS pula bertanding dalam kerusi-kerusi PKR yang telah kalah dalam PRU12 disebabkan tiada kewibawaan pemimpin berkualiti untuk memimpin nasib penduduk Pulau Pinang dalam parti PKR. Bagi Exco Malik Kassim pula, janganlah bertanding lagi dalam PRU13 disebabkan sifat tamak beliau mencerminkan kualiti dalam dirinya sendiri. Lihatlah bagaimana beliau menyelesaikan masalah lawatan Timbalan Perdana Menteri di Bayan Baru bersebelahan Hospital Pantai tempoh hari sehinggakan digelar sebagai "ADUN BODOH".

Bagi parti UMNO pula, janganlah perasan bahawa penduduk melayu Pulau Pinang menerima UMNO kerana Presiden Barisan Nasional Pulau Pinang telah dikekalkan kepada Parti Gerakan yang kalah dalam PRU12 oleh Perdana Menteri. Ini mencerminkan Perdana Menteri sendiri tidak yakin dengan pemimpin buaya UMNO Pulau Pinang sehingga adanya masalah gajah putih iaitu Bazar Perdana dan juga masalah kehilangan tapak masjid di Bayan Baru akibat kerakusan mengisi dana poket sendiri.     

Berikut adalah kenyataan akhbar yang telah dikelurkan oleh KMPP berkaitan perkara ini oleh MalayMail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan