Baru – baru ini debat yang diadakan
adalah lebih kepada soal transformasi ke atas masyarakat Cina di negara ini.
Ianya lebih berkisar kepada soal pentadbiran oleh MCA di peringkat pusat dan
Parti DAP sebagai peneraju Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pada usia 63 tahun
Parti MCA wujud sudah pasti banyak sejarah telah dikecapi sepanjang bersama
Kerajaan Barisan Nasional jika hendak dibandingkan dengan Parti DAP yang baru
memasuki tahun ke 4 menjadi peneraju Kerajaan Negeri. Tentulah begitu banyak
masa diperlukan untuk menyelami permasalahan integriti kaum terutamanya kaum Cina.
KMPP yakin masyarakat Cina di Malaysia sudah boleh membuat perbandingan demi
masa depan mereka di negara ini.
Pihak KMPP juga berpandangan
bahawa sudah ada keperluan bagi pemimpin – pemimpin Melayu di negara ini turut
mengadakan debat yang sihat berkenaan bagi memperjelaskan hala tuju politik
orang - orang Melayu di negara ini. Dilihat sudah terlalu banyak permainan
politik murahan yang akhirnya merugikan orang – orang Melayu sendiri. Isu fitnah
- memfitnah sesama pemimpin Melayu atas anjakan politik tidak langsung ada
titik noktah bahawa orang – orang Melayu akan maju dalam negara ini yang telah
diiktiraf sebagai sebuah negara Islam.
Hari ini KMPP mencadangkan atas
nama politik dan ekonomi orang Melayu pada masa hadapan agar satu sessi debat
diadakan secara langsung diantara pemimpin UMNO Pulau Pinang dan pemimpin
Melayu dari parti DAP negeri ini. Cadangan ini dianggap realistik terutamanya
di Pulau Pinang di mana orang – orang Melayu di negeri ini berada di dalam
situasi “LIMBO” apabila Barisan Nasional tidak lagi berkuasa dan apakah
perancangan Pakatan Rakyat terutamanya DAP untuk orang – orang Melayu di negeri
ini. Apakah pemimpin Melayu dalam DAP dianggap sebagai boneka? Isu DAP Melayu
sedang memuncak menjelangnya PRU-13 nanti.
Lanjutan dari kenyataan
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang bahawa UMNO negeri ini sudah
bersedia dan yakin untuk merampas empat kerusi parlimen dan tigabelas kerusi
dewan undangan negeri. Ini bermakna bahawa mereka begitu yakin sokongan orang –
orang Melayu di negeri ni sudah meningkat dan pada waktu yang sama parti DAP
begitu serius untuk menempatkan calon – calon Melayu di negeri ini bagi
menghadapai PRU -13 nanti. Justeru itu cadangan dan desakan KMPP untuk mereka
berdebat adalah bertepatan pada masanya semoga hala tuju dan masa depan orang –
orang Melayu di negeri ini dapat diterjemahkan melalui sessi debat berkenaan.
Kesinambungan dari desakan
tersebut pihak KMPP mencadangkan agar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri
Pulau Pinang Dato’ Zainal Abidin Osman sendiri mewakili UMNO negeri Pulau
Pinang berdebat dengan seorang pemimpin veteran Melayu DAP Pulau Pinang. Oleh
yang demikian diharapkan desakan ini akan mendapat persetujuan kedua – dua
belah pihak demi melaksanakan pelan transformasi pada orang – orang Melayu
Pulau Pinang dan debat tersebut mestilah tanpa sebarang syarat dan diadakan di
Pulau Pinang.
Diharapkan akan ada penganjur
yang sudi menganjur sessi berdebat tersebut. Namun jika tiada pihak penganjur
yang berminat maka pihak KMPP sanggup untuk menganjurkannya. Akibat dari debat
antara UMNO dan pemimpin DAP Melayu nanti maka dalam situasi sihat dapatlah
dihuraikan hala tuju perancangan politik dan ekonomi orang – orang Melayu
nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan