Khamis, 16 Februari 2012

ISU ISRAEL– DSAI PERLU BERI PENJELASAN YANG RASIONAL


Kenyataan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dalam Isu Israel telah mendatangkan pandangan negatif kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya orang –orang Melayu. Kalau didalam negeri isu berkenaan menjadi lebih panas disebabkan permainan politik namun diperingkat dunia beberapa pemimpin dunia Islam telah mula memberikan kenyataan negatif terhadap beliau.

Demi bagi memulihkan kredibiliti beliau sebagai pemimpin politik maka DSAI dalam situasi munasabah perlu memberikan penjelasan yang rasional serta logik tentang kenyataannya terhadap Israel jika beliau berhasrat untuk memulihkan imejnya sebagai seorang pemimpin Melayu yang beragama Islam.

Justeru itu tanpa prasangka pihak KMPP yang kerdil ini mendesak DSAI dalam tempoh (7) TUJUH HARI tampil memberi penjelasan beliau ke atas isu berkenaan serta beberapa isu lain seperti berikut:

  1. Penjelasan yang rasional tentang kenyataan beliau terhadap Israel dan mengapakah AWSJ tidak perlu disaman sekirannya ASWJ telah memutar belitkan kenyataan beliau  dan adakah PAKATAN RAKYAT akan mewujudkan hubungan diplomatik dengan ISRAEL jika mereka berkuasa nanti?
  2. Apakah benar sekirannya ditakdirkan PAKATAN RAKYAT mengambil alih PUTRAJAYA selepas PRU – 13 nanti maka Malaysia akan dijadikan negara Republik serta Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan akan digugurkan yang sepertimana dilaporkan didalam kenyataan Dato Dr. Hassan Ali baru – baru ini.
Adalah dikhuatiri kegagalan DSAI memberikan penjelasan berkenaan dalam tempoh tersebut akan hanya memberikan impak negatif serta defisit sokongan terhadap beliau sebagai seorang pemimpin politik di negara ini. Maka kenyataan beliau akan dianggap sebagai satu kenyataan yang melampaui keraguan munasabah.   

Didalam situasi yang amat genting ini di mana bila – bila masa parlimen akan dibubarkan maka rakyat di negara ini akan bertindak sebagai “BIG BOSS” dalam menentukan sesebuah kerajaan tersebut. Poket ekonomi serta kebajikan mereka adalah perkara yang terpenting. Rakyat sudah muak dengan permainan politik yang akhirnya merugikan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan