Jumaat, 6 April 2012

MASJID BAYAN MUTIARA: UMNO MASUK PERANGKAP KMPP

Sebagaimana yang diketahui isu masjid Bayan Mutiara menjadi panas. Pelbagai tomahan dilemparkan kepada pihak KMPP oleh blog UMNO yang sememangnya tidak tahu menilai rasional dan bersifat seperti melayu kafir mengata semasa Islam. Isu disini adalah berkaitan kebenaran dan pembinaan masjid.

Berikut adalah kronologi perjalanan pembangunan projek Bayan Mutiara yang telah dirancang oleh Kerajaan BN pada tahun 2006:-

Tahun 2006:               Kelulusan merancang pembangunan Bayan Mutiara (Semasa Kerajaan BN)
Tahun 2008:               Pertukaran Pemerintahan Pulau Pinang Kerajaan BN kepada Kerajaan PR 
Tahun 2010:               Kelulusan Sijil Penghunian D' Residence (DR) oleh MPPP pertengahan tahun.
Tahun 2012:               Isu berkaitan kemudahan awam pembangunan Bayan Mutiara dibangkit oleh
                                   UMNO (masjid dan sekolah)

Lihatlah betapa lamanya pihak UMNO merancang pembangunan Bayan Mutiara dan baru-baru ini baru bangkit isu lenyapnya kemudahan masjid dan sekolah oleh Kerajaan PR iaitu hampir 6 tahun. Pihak KMPP sebagai NGO yang neutral dan kerdil ingin mencari kebenaran sehingga sanggup mencabar Ketua Pemuda UMNO untuk berdebat tetapi dengan angkuhnya Ketua Pemuda hanya mahu berdepan dengan Kerajaan Negeri menunjukkan sifat ego yang menganggap dirinya berada dijalan yang benar.

Dokumen-dokumen di bawah menunjukkan perincian pelan asal Bayan Mutiara Fasa 1 termasuk tapak masjid dan sekolah. Selain daripada itu, disertakan juga beberapa dokumen seperti perjanjian pemaju yang akan menyerahkan tapak sekolah kepada Kementerian Pelajaran...(Blog UMNO)













Terperangkap sudah tembelang atau senjata UMNO dimana rahsia ini tidak ditunjukkan pada awal lagi bagi memudahkan orang-orang melayu faham dimana dokumen ini adalah dokumen sulit yang hanya ada pada mereka disebabkan merakalah yang merancang pembangunan ini pada tahun 2006. Bukti ini dikeluarkan setelah pihak KMPP mempersoal UMNO bertanggungjawab melenyapkan Masjid Bayan Mutiara kerana tidak pecah lot tanah dan diserah kepada pihak MAIP.

Persoalan disini, pihak KMPP mensimpulkan kes ini menjadi rumit akibat perbuatan UMNO yang berjuang dengan sifat ego demi mempertahankan hak orang-orang Islam demi kepentingan politik mereka. UMNO sepatutnya melawan perkara ini semenjak sijil CF dikeluarkan pada perumahan DR lagi bukan setelah lebih 1 setengah tahun.

Selain itu, pihak kami hairan bagaimana Yang DiPertua MPPP boleh keluarkan Sijil CF sedangkan beliau lebih arif tentang pembangunan projek ini semenjak tahun 2006 lagi dan beliau juga seorang Pengarah Bangunan MPPP pada ketika itu. Begitu juga dengan MAIP, PDC sebagai pemaju, Pejabat Tanah & Galian dan Penasihat Undang-Undang Negeri boleh terlepas pandang perkara ini sehingga menjadi isu yang hangat bagi umat Islam di Pulau Pinang? Adakah mereka bersubahat dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak mengendahkan isu ini atau dipaksa oleh Kerajaan PR demi menjual tanah?

Kepada Kerajaan PR terutamanya Ketua Menteri, pihak KMPP memandang perkara ini serius jika benar apa yang ditunjukkan oleh pihak UMNO maka kembalikan tanah yang telah diluluskan di dalam pelan fasa 1 bagi pembinaan masjid dan sekolah maka ianya harus dikecualikan dalam penjualan tanah kepada pihak Ivory serta memohon maaf pada keseluruhan umat Islam di Pulau Pinang. Manakala bagi pihak UMNO pula, isu sebegini janganlah dipolitikan. Jika ada kebenaran, sila kemukakan bukti lebih awal supaya umat Islam di Pulau Pinang tidak berada di dalam keraguan. UMNO juga bersalah dalam perkara ini dimana pembangunan DResidence dipecah lot untuk pembangunan tetapi lot tanah MASJID dan sekolah diabaikan sehinggakini.

Pihak KMPP tidak memihak mana-mana Kerajaan samada BN atau PR. Kami juga berdiri diatas kaki sendiri dan tidak ditaja oleh mana-mana pihak demi memperjuangkan bangsa melayu di Pulau Pinang agar setaraf dengan bangsa lain. Jika pihak UMNO, PAS, PKR atau DAP sudi berganding bahu dengan pihak kami, dialu-alukan. Buat masa ini, kami menyokong Kerajaan PR di Pulau Pinang kerana mereka yang memerintah tetapi kami akan menegur jika ada kesalahan demi memperjuangkan bangsa melayu di Pulau Pinang.

Pihak kami juga hairan calon EXCO MELAYU dari PKR iaitu double M (Mansor & Malik) tidak bersuara dalam hal ini. Pihak KMPP mendesak Ketua PKR iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim menyelesaikan perkara ini kerana kedua-dua wakilnya gagal memperjuangkan martabat melayu dan Islam di Pulau Pinang. Kegagalan DSAI dalam menangani isu ini, keseluruhan bangsa melayu Pulau Pinang akan menolak semua calon PKR di dalam PRU13 nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan