Selepas 7 hari
semenjak 27/1/2012 pihak Barisan Nasional Pulau Pinang khususnya Dato Dr. Teng Hock
Nan telah gagal memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat negeri ini
yang sepertimana yang dicabar oleh pihak KMPP. Situasi ini dengan jelas memperlihatkan
betapa sifat keegoan yang tebal terhadap pemimpin Barisan Nasional Pulau Pinang
walaupun ternyata disebabkan kecuaian mereka sewaktu menjadi Kerajaan Negeri
dahulu telah mengakibatkan rakyat negeri ini menjadi pemiutang kepada seorang
individu yang dikenali sebagai Tan Hak Ju.
Melalui laporan
akhbar The Sun bertarikh 30/1/2012 telah terbukti bahawa pengakuan Dato Dr.
Teng Hock Nan dimana Kerajaan terdahulu membuat kesilapan keatas transaksi
tanah pajakan tersebut. Walaubagaimanapun, pengakuan beliau tersebut tidak
boleh lari daripada fakta sehingga mengheret rakyat negeri ini sebagai pembayar
hutang. Bagaimana mungkin sebuah Kerajaan Negeri pada waktu dahulu boleh
meluluskan sebidang tanah yang bukan milik Kerajaan Negeri kepada seorang
individu dimana akhirnya Tan Hak Ju telah menyaman Kerajaan Negeri bagi tujuan
mendapatkan kuantum pampasan. Insiden berkenaan amat memalukan rakyat negeri
ini yang telah memberi mandat kepada Barisan Nasional ketika itu supaya menjaga
kepentingan negeri mereka tetapi sebaliknya diheret bersama sebagai mangsa
untuk menanggung hutang.
Dalam hal
sedemikian demi menjaga maruah Barisan Nasional pihak KMPP sekali lagi mencabar
Dato Dr. Teng Hock Nan dan bekas Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon supaya
dapat memohon maaf secara terbuka melalui akhbar kepada seluruh rakyat Pulau
Pinang diatas kesilapan yang telah mereka lakukan sewaktu pemerintahan Barisan
Nasional di Negeri ini. Bekas Ketua Menteri Tan Sri koh Tsu Koon juga didesak
supaya bersuara dalam isu berkenaan sekiranya Barisan Nasional negeri ini masih
memerlukan sokongan rakyat. Membisu dalam hal tersebut bermakna kredit akan
terus diberikan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat oleh rakyat negeri ini. Jangan
bersifat membaling batu sembunyi tangan. Pemimpin – pemimpin Barisan Nasional
disini perlu sedar bahawa di atas kesilapan mereka secara tidak langsung rakyat
di negeri ini turut dihukum melalui perintah mahkamah keatas kes berkenaan.
Pihak KMPP juga
mendesak Kerajaan Negeri sekarang supaya dapat menubuhkan Jawatankuasa Siasatan
untuk menyiasat salah laku pegawai kerajaan yang terlibat dalm kes
penyelewengan kelulusan tanah pajakan tersebut sehingga mengakibatkan tragedi
hitam berkenaan berlaku. Tindakan perlu diambil terhadap mereka jika terbukti
kesalahan tanpa memilih bulu. Jika sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang
mengamalkan sistem CAT sudah pasti prestasi kakitangan Kerajaan adalah
keutamaan yang diberikan.
Namun jika
terdapat unsur sabotaj dalaman maka sesebuah Kerajaan tersebut boleh tersungkur
dan dipinggirkan oleh rakyat hasil permainan politik yang rakus. Oleh yang
demikian disarankan agar insiden hitam berkenaan haruslah dijadikan ikthibar
oleh Kerajaan Negeri supaya tidak memperlekehkan rakyat dalam apa jua situasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan