Selasa, 28 Februari 2012

JAWATAN YANG DI PERTUA MAIPP


Jawatan Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) masih lagi menjadi teka teki di mana masih belum ada perkenan daripada Yang Di pertuan Agong. Termaklum bahawa 2 nama telah disenaraikan iaitu Ecxo Agama Negeri YB Abdul Malik Kassim dan Pesuruhjaya Pas Negeri YB Dato Salleh Man. Tidak diketahui mengapa perlu ada dua nama sedangkan kedua – duanya adalah pemimpin PAKATAN RAKYAT negeri Pulau Pinang. Ada yang tidak kena walaupun dibawah satu bumbung.

Secara rasional pihak KMPP lebih rela serta lebih afdal jikalau pesuruhjaya Pas negeri iaitu YB Dato Salleh Man dilantik ke jawatan tersebut. Terlalu bersesuain calon dari parti PAS ini bertanggungjawab didalam hal ehwal agama islam. Beliau terlalu layak bersandarkan kepada ilmu ke islaman yang dimilikinya. Sekarang ini pun YB Abdul Malik Kassim adalah Exco Agama Islam dan bagaimana mungkin menerajui kedu – dua port folio pada satu masa yang sama. Tidakkah ini menimbulkan situasi berat sebelah dalam melaksanakan polisi serta sesuatu keputusan nanti. KMPP yakin jika YB Abdul Malik Kassim di lantik sebagai YDP  Majlis Agama ianya akan membuka lebih ruang kepada parti lawan dalam mencari isu atau propaganda politik.

Parti PAS dilihat selalunya dianak tirikan didalam pentadbiran anak negeri. Jangan kerana isu jawatan YDP MAIPP berkenaan meletakkan orang – orang Melayu di negeri ini situasi dilema. Jangan bermain politik ke atas isu berkenaan jika ingin melihat sokongan orang Melayu di sini menghala ke parti PAKATAN RAKYAT.

KMPP dengan ini mengharapkan bahawa YB Dato Salleh Man dilantik sebagai YDP MAIPP untuk beliau membuka satu lembaran baru ke arah mensejahterkan perpaduan umat Islam dalm negeri ini.  

Isnin, 27 Februari 2012

ISU PENJUALAN TANAH DI BAYAN MUTIARA

Isu berkenaan kini menjadi semakin panas dimana situasi tuduh menudah serta cabar mencabar yang menjadikan pihak media sebagai mangsa dilihat tidak akan ada jalan penyelesaiannya. Ada kemungkinan isu tersebut akan diseret ke parlimen untuk dibahaskan. Pertikaian diantara pihak UMNO Negeri ini dan Kerajaan Negeri dalam isu tersebut adalah semata-mata atas dasar propaganda politik sahaja.

Pihak Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) hari ini menasihatkan pengadu dalam kes ini iaitu UMNO Negeri Pulau Pinang supaya jikalau benar seperti tuduhan mereka yang mempunyai bukti bahawa penjualan tanah di Bayan Mutiara kepada syarikat Ivory Properties telah dijual secara rundingan terus dan bukannya melalui tender terbuka supaya membawa perkara tersebut ke Mahkamah. Saman saja Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Biarlah melaui satu perintah pengistiharan menerusi injunksi dikeluarkan bagi merungkai situasi sebenar. Itu adalah jalan yang terbaik jika benar-benar isu tersebut tidak dipolitikkan tapi sebenarnya adalah untuk kepentingan rakyat.

Rakyat negeri ini berhak untuk mengetahui perkara sebenarnya. Tambahan pula hartanah berkenaan juga adalah milik hak rakyat sebagai pembayar cukai. Semoga dengan pengistiharan perintah mahkamah, maka dapatlah rakyat negeri ini menilai siapakah sebenarnya dalang dalam isu berkenaan. Jika Kerajaan Negeri bersalah maka biarlah rakyat yang menghukum mereka pada PRU 13 nanti dan begitulah sebaliknya.

Rakyat sudah muak dengan mainan politik kepartian seperti begini. Jangan sesekali meletakkan mereka dalam dilema. Kuasa dari rakyat adalah untuk mempertahankan hak mereka dan bukanlah untuk memperlekehkan rakyat. Jangan sesekali memporak-perandakan bagi tujuan mencari kesalahan sesama sendiri yang akhirnya dilihat sebagai “Membaling batu, Sembunyi tangan” demi meraih simpati bagi mendapatkan sokongan daripada rakyat. Rakyat sudah boleh menilai diantara kredibiliti dan liabiliti.

Khamis, 23 Februari 2012

KMPP DESAK UMNO PULAU PINANG BERDEBAT DENGAN DAP MELAYU


Baru – baru ini debat yang diadakan adalah lebih kepada soal transformasi ke atas masyarakat Cina di negara ini. Ianya lebih berkisar kepada soal pentadbiran oleh MCA di peringkat pusat dan Parti DAP sebagai peneraju Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pada usia 63 tahun Parti MCA wujud sudah pasti banyak sejarah telah dikecapi sepanjang bersama Kerajaan Barisan Nasional jika hendak dibandingkan dengan Parti DAP yang baru memasuki tahun ke 4 menjadi peneraju Kerajaan Negeri. Tentulah begitu banyak masa diperlukan untuk menyelami permasalahan integriti kaum terutamanya kaum Cina. KMPP yakin masyarakat Cina di Malaysia sudah boleh membuat perbandingan demi masa depan mereka di negara ini.

Pihak KMPP juga berpandangan bahawa sudah ada keperluan bagi pemimpin – pemimpin Melayu di negara ini turut mengadakan debat yang sihat berkenaan bagi memperjelaskan hala tuju politik orang - orang Melayu di negara ini. Dilihat sudah terlalu banyak permainan politik murahan yang akhirnya merugikan orang – orang Melayu sendiri. Isu fitnah - memfitnah sesama pemimpin Melayu atas anjakan politik tidak langsung ada titik noktah bahawa orang – orang Melayu akan maju dalam negara ini yang telah diiktiraf sebagai sebuah negara Islam.

Hari ini KMPP mencadangkan atas nama politik dan ekonomi orang Melayu pada masa hadapan agar satu sessi debat diadakan secara langsung diantara pemimpin UMNO Pulau Pinang dan pemimpin Melayu dari parti DAP negeri ini. Cadangan ini dianggap realistik terutamanya di Pulau Pinang di mana orang – orang Melayu di negeri ini berada di dalam situasi “LIMBO” apabila Barisan Nasional tidak lagi berkuasa dan apakah perancangan Pakatan Rakyat terutamanya DAP untuk orang – orang Melayu di negeri ini. Apakah pemimpin Melayu dalam DAP dianggap sebagai boneka? Isu DAP Melayu sedang memuncak menjelangnya PRU-13 nanti.

Lanjutan dari kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang bahawa UMNO negeri ini sudah bersedia dan yakin untuk merampas empat kerusi parlimen dan tigabelas kerusi dewan undangan negeri. Ini bermakna bahawa mereka begitu yakin sokongan orang – orang Melayu di negeri ni sudah meningkat dan pada waktu yang sama parti DAP begitu serius untuk menempatkan calon – calon Melayu di negeri ini bagi menghadapai PRU -13 nanti. Justeru itu cadangan dan desakan KMPP untuk mereka berdebat adalah bertepatan pada masanya semoga hala tuju dan masa depan orang – orang Melayu di negeri ini dapat diterjemahkan melalui sessi debat berkenaan.

Kesinambungan dari desakan tersebut pihak KMPP mencadangkan agar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang Dato’ Zainal Abidin Osman sendiri mewakili UMNO negeri Pulau Pinang berdebat dengan seorang pemimpin veteran Melayu DAP Pulau Pinang. Oleh yang demikian diharapkan desakan ini akan mendapat persetujuan kedua – dua belah pihak demi melaksanakan pelan transformasi pada orang – orang Melayu Pulau Pinang dan debat tersebut mestilah tanpa sebarang syarat dan diadakan di Pulau Pinang.

Diharapkan akan ada penganjur yang sudi menganjur sessi berdebat tersebut. Namun jika tiada pihak penganjur yang berminat maka pihak KMPP sanggup untuk menganjurkannya. Akibat dari debat antara UMNO dan pemimpin DAP Melayu nanti maka dalam situasi sihat dapatlah dihuraikan hala tuju perancangan politik dan ekonomi orang – orang Melayu nanti.   

S/USAHA KMPP: ARTIKEL 121 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN - HARUS DIKEMBALIKAN


Impak daripada kenyataan bekas Ketua hakim Tun Mohd Dzaiddin Bin Abdullah bahawa Artikel 121 Perlembagaan negara telah melemahkan sistem kehakiman semasa era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah merupakan satu kenyataan realistik walaupun setelah berlarutan selama lebih 20 tahun namun kenyataan beliau telah disanggah oleh bekas perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dimana beliau telah diistilahkan sebagai punca kepada kemelut berkenaan.

Bagi pihak KMPP dimana saya sendiri sebagai Pengamal Undang – Undang turut bersetuju dengan kenyataan Tun Mohd Dzaiddin tersebut. Sebagai sebuah negara yang berpaksikan demokrasi dimana ada pemisahan diantara legislatif, eksekutif dan kehakiman. Dilihat kepada ketiga – tiga cabang tersebut negara Malaysia akan lebih aman dan tenteram serta tidak berat sebelah jikalau tiada campurtangan kuasa politik (Eksekutif) semata – mata bagi menyelamatkan kuasa politik menerusi badan kehakiman sepatutnya institusi lain tidak seharusnya mencampuri urusan badan kehakiman. Sehingga ke hari ini tidak salah jika dikatakan sistem kehakiman negara telah tercemar akibat daripada pindaan pada artikel 121 berkenaan. Memang bertepatan Tun Mohd Dzaiddin bahawa akibat pindaan tersebut telah melemahkan sayap badan kehakiman negara.     

Akibat daripada situasi doktrin pemisah kuasa dalam perlembagaan tersebut yang telah gagal memberi interpretasi yang lebih dekat terhadap idealisma perlembagaan yakni diantara demokrasi dan perlembagaan maka terdapat beberapa kes terutamanya yang melibatkan individu dan pemimpin politik mendapat taraf keselesaan dan mahupun kemudaratan akibat daripada keputusan mahkamah. Situasi tersebut wujud sampai sekarang akibat daripada kesan perlembagaan yang telah dicabul selama lebih dua puluh tahun lalu.

Perlu diingatkan bahawa apa jua keputusan daripada pihak eksekutif akan dipersembahkan oleh Perdana Menteri kepada pihak Yang Di Pertuan Agong (YDPA) untuk mendapatkan perkenan atau “endorsement” sebelum dijadikan undang – undang. Disinilah bermulanya sesuatu pindaan undang – undang biasa atau pindaan ke atas perlembagaan akan mengambil kesan dalam hal tersebut pindaan ke atas artikel 121 berkenaan telah berkuatkuasa berteraskan kepada hiraki seperti yang disebutkan tadi.

Pihak KMPP berani bersuara didalam hal ini kerana merasakan permohonan ke atas artikel 121 perlu di kembalikan kepada situasi asalnya agar tidak kelihatan di negara yang demokrasi ini parlimen lebih hebat daripada badan kehakiman. Kita tidak sanggup melihat para hakim – hakim di negara ini dipermain-mainkan oleh artikel 121 (1) yang akhirnya gagal melaksanakan peranan mereka sebagai pegawai perlembagaan disebabkan tiada semangat intelektual. Integriti badan kehakiman perlu diperbaiki supaya kekal kepada keadaan asalnya dan akhirnya nilai keyakinan rakyat terhadap “Judiciary” sistem akan lebih pulih dan mendapat penghormatan dimata dunia.

Justeru itu pihak KMPP mendesak kerajaan pusat supaya memantau serius ke atas isu tersebut demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan serta badan kehakiman maka artikel 121 atau mana – mana cabang ke atas perkara 121 tersebut dirombak atau digugurkan. Kembalikanlah kebebebasan badan kehakiman ke tempat asalnya. Dimana bumi dipijak maka disitulah langit dijunjung.

Khamis, 16 Februari 2012

ISU ISRAEL– DSAI PERLU BERI PENJELASAN YANG RASIONAL


Kenyataan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dalam Isu Israel telah mendatangkan pandangan negatif kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya orang –orang Melayu. Kalau didalam negeri isu berkenaan menjadi lebih panas disebabkan permainan politik namun diperingkat dunia beberapa pemimpin dunia Islam telah mula memberikan kenyataan negatif terhadap beliau.

Demi bagi memulihkan kredibiliti beliau sebagai pemimpin politik maka DSAI dalam situasi munasabah perlu memberikan penjelasan yang rasional serta logik tentang kenyataannya terhadap Israel jika beliau berhasrat untuk memulihkan imejnya sebagai seorang pemimpin Melayu yang beragama Islam.

Justeru itu tanpa prasangka pihak KMPP yang kerdil ini mendesak DSAI dalam tempoh (7) TUJUH HARI tampil memberi penjelasan beliau ke atas isu berkenaan serta beberapa isu lain seperti berikut:

  1. Penjelasan yang rasional tentang kenyataan beliau terhadap Israel dan mengapakah AWSJ tidak perlu disaman sekirannya ASWJ telah memutar belitkan kenyataan beliau  dan adakah PAKATAN RAKYAT akan mewujudkan hubungan diplomatik dengan ISRAEL jika mereka berkuasa nanti?
  2. Apakah benar sekirannya ditakdirkan PAKATAN RAKYAT mengambil alih PUTRAJAYA selepas PRU – 13 nanti maka Malaysia akan dijadikan negara Republik serta Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan akan digugurkan yang sepertimana dilaporkan didalam kenyataan Dato Dr. Hassan Ali baru – baru ini.
Adalah dikhuatiri kegagalan DSAI memberikan penjelasan berkenaan dalam tempoh tersebut akan hanya memberikan impak negatif serta defisit sokongan terhadap beliau sebagai seorang pemimpin politik di negara ini. Maka kenyataan beliau akan dianggap sebagai satu kenyataan yang melampaui keraguan munasabah.   

Didalam situasi yang amat genting ini di mana bila – bila masa parlimen akan dibubarkan maka rakyat di negara ini akan bertindak sebagai “BIG BOSS” dalam menentukan sesebuah kerajaan tersebut. Poket ekonomi serta kebajikan mereka adalah perkara yang terpenting. Rakyat sudah muak dengan permainan politik yang akhirnya merugikan mereka.

Rabu, 15 Februari 2012

KRITIKAN TERHADAP KENYATAAN KETUA PEMUDA UMNO NEGERI PULAU PINANG


KMPP hari ini menemplak Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin yang secara tiba – tiba cuba menjadi hero masyarakat India negeri ini dengan mengkritik Lembaga Disiplin DAP bagi mengadakan mesyuarat tindakan disiplin keatas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang.

Kenapa isu berkenaan di bangkit oleh pemimpin muda dari UMNO negeri ini yang dilihat seakan – akan masyarakat India di sini tidak mempunyai pemimpin. Mungkin juga beliau lebih prihatin kepada masyarakat India dari berjuang untuk orang Melayu di negeri ini.

Sepatutnya dalam situasi sekarang yang dianggap kritikal beliau harus lebih peka bagaimana untuk mengembalikan sokongan orang Melayu disini supaya kembali kepada UMNO. Inilah masa yang terbaik memohon budi bicara Perdana Menteri supaya melantik parti UMNO sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang.

Kita khuatir apakah UMNO negeri ini sudah kehabisan modal politik mereka selain cubaan untuk menghakis sokongan orang – orang Melayu terhadap kerajaan negeri sekarang?

Tak payahlah menjaga tepi kain orang lain. Orang Melayu di negeri ini lebih memerlukan pertolongan. Adalah disarankan jika UMNO negeri ni sudah tidak mampu menjaga kepentingan orang Melayu disini maka serahkan sahaja tanggungjawab berkenaan kepada pihak Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Shaik Hussein Mydin juga dicadangkan meletakkan jawatannya kerana telah gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda Negeri.

Jumaat, 10 Februari 2012

ISU NEGARA REPUBLIK – KMPP MENGECAM KERAS KENYATAAN DATO DR. HASAN ALI.


Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) hari ini mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan oleh Dato Dr. Hasan Ali yang dibuatnya di Bandar Baru Bangi bahawa terdapat usaha oleh pihak-pihak tertentu terutamanya Pakatan Rakyat yang kononnya berhasrat untuk mewujudkan negara Malaysia sebagai sebuah negara republik serta menggugurkan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia. Lanjutan dari kenyataan beliau yang tidak mengambilkira soal integriti kaum telah mendatangkan situasi panik dikalangan rakyat Malaysia yang majmuk ini. Apakah kenyataan tersebut dibuat bagi kepentingan politik murahan demi bagi tujuan meneruskan survival politik beliau? Ianya sangat memalukan orang-orang melayu.

KMPP menilai situasi Dato Dr. Hasan Ali sekarang lebih menonjol dan bebas mengeluarkan kenyataan yang melampaui keraguan munasabah kerana terdapat immuniti yang diberikan disamping mendapat liputan daripada pihak media tempatan. Gara-gara dipecat dari Parti PAS maka kesempatan tersebut digunakan sebaik mungkin menerusi anjakan motivasi untuk mencari publisiti. Kenapa sewaktu beliau masih bersama PAS dahulu perkataan “PARASIT” tidak digunakannya dan hanya setelah dipecat barulah pemimpin professional Islam ini melabelkan perkataan tersebut secara drastik?

Kenapa perlu tunggu hingga dipecat baru bertindak dan tidakkah situasi tersebut dilihat sebagai membalas dendam? Bekas exco ini sepatutnya melepaskan jawatannya terlebih dahulu dalam Kerajaan Negeri Selangor jika sudah tahu bahawa ada seteru dari Parti PAS yang menghalangnya dari melaksanakan hukum Islam. Cerminlah diri sendiri sebelum menagih simpati dari rakyat atau alasan dianiayai.

Jika beliau berpendapat dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berasaskan kepada khabar angin dengan hasrat untuk menakutkan rakyat di negara ini maka ini bermakna beliau menggali lubang sendiri. Jangan menjadikan agenda Melayu, Islam dan Raja-raja Melayu sebagai perisai bagi tujuan menyatupadukan melayu dinegara ini, tetapi pada masa yang sama meraih sokongan bukan melayu diatas tiket JATI yang kononnya akan menjadi bentang ketiga dalam arena politik negara. Situasi sebegini hanya akan ditolak oleh rakyat berfikiran waras.

Walaubagaimanapun pihak KMPP menyanjung tinggi hasrat beliau untuk mewujudkan satu NGO berbilang kaum yang dikenali sebagai JATI. Namun kepada rakyat Malaysia soal tersebut tidak relevan serta sama sekali tidak penting. Yang lebih penting adalah harus ada sebuah Kerajaan yang dapat memberikan keutamaan kepada soal kebajikan serta ekonomi yang manpan kepada rakyat. Rakyat lebih bijak menggunakan minda sebagai pengundi demi bagi memastikan hak mereka terpelihara daripada membuang masa mendengar motivasi yang akhirnya mendatangkan defisit kepada mereka.

Oleh yang demikian tanpa prasangka pihak KMPP mencabar Dato Dr. Hasan Ali menunjuk bukti bahawa negara Malaysia akan menjadi sebuah negara Republik dan Perkara 153 dalam Perlembagaan Negara akan digugurkan. Sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa, kenyataan yang berteraskan khabar angin daripada seorang pemimpin professional seperti beliau adalah tidak boleh diterima sama sekali. Ianya hanya menyerlahkan sikap serta peribadi beliau yang sebenarnya. Maka rakyat boleh menilai siapakah sebenarnya Dato Dr. Hasan Ali. 

Dalam masa yang sama pihak KMPP atas nama rakyat Malaysia turut mendesak agar pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat khususnya Parti DAP dapat memberikan penjelasan serta jawapan yang terang apakah benar seperti mana didakwa oleh Dato Dr. Hasan Ali tersebut? Apa jua penjelasan nanti akan dianggap sebagai janji oleh pihak Pakatan Rakyat yang bakal disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia. KMPP melihat kenyataan Dato Dr. Hasan Ali tersebut sebagai amat serius dan tidak boleh berkompromi kerana ianya melibatkan kesejahteraan kaum dinegara ini. Sesungguhnya inilah satu kenyataan berbentuk “PARASIT” daripada seorang pemimpin atau wira yang tidak didendang.  

Jumaat, 3 Februari 2012

KMPP MENCABAR TAN SRI KOH TSU KOON DAN DATO DR. TENG HOCK NAN MEMOHON MAAF KEPADA RAKYAT PULAU PINANG ATAS ISU TAN HAK JU


Selepas 7 hari semenjak 27/1/2012 pihak Barisan Nasional Pulau Pinang khususnya Dato Dr. Teng Hock Nan telah gagal memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat negeri ini yang sepertimana yang dicabar oleh pihak KMPP. Situasi ini dengan jelas memperlihatkan betapa sifat keegoan yang tebal terhadap pemimpin Barisan Nasional Pulau Pinang walaupun ternyata disebabkan kecuaian mereka sewaktu menjadi Kerajaan Negeri dahulu telah mengakibatkan rakyat negeri ini menjadi pemiutang kepada seorang individu yang dikenali sebagai Tan Hak Ju.

Melalui laporan akhbar The Sun bertarikh 30/1/2012 telah terbukti bahawa pengakuan Dato Dr. Teng Hock Nan dimana Kerajaan terdahulu membuat kesilapan keatas transaksi tanah pajakan tersebut. Walaubagaimanapun, pengakuan beliau tersebut tidak boleh lari daripada fakta sehingga mengheret rakyat negeri ini sebagai pembayar hutang. Bagaimana mungkin sebuah Kerajaan Negeri pada waktu dahulu boleh meluluskan sebidang tanah yang bukan milik Kerajaan Negeri kepada seorang individu dimana akhirnya Tan Hak Ju telah menyaman Kerajaan Negeri bagi tujuan mendapatkan kuantum pampasan. Insiden berkenaan amat memalukan rakyat negeri ini yang telah memberi mandat kepada Barisan Nasional ketika itu supaya menjaga kepentingan negeri mereka tetapi sebaliknya diheret bersama sebagai mangsa untuk menanggung hutang.

Dalam hal sedemikian demi menjaga maruah Barisan Nasional pihak KMPP sekali lagi mencabar Dato Dr. Teng Hock Nan dan bekas Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon supaya dapat memohon maaf secara terbuka melalui akhbar kepada seluruh rakyat Pulau Pinang diatas kesilapan yang telah mereka lakukan sewaktu pemerintahan Barisan Nasional di Negeri ini. Bekas Ketua Menteri Tan Sri koh Tsu Koon juga didesak supaya bersuara dalam isu berkenaan sekiranya Barisan Nasional negeri ini masih memerlukan sokongan rakyat. Membisu dalam hal tersebut bermakna kredit akan terus diberikan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat oleh rakyat negeri ini. Jangan bersifat membaling batu sembunyi tangan. Pemimpin – pemimpin Barisan Nasional disini perlu sedar bahawa di atas kesilapan mereka secara tidak langsung rakyat di negeri ini turut dihukum melalui perintah mahkamah keatas kes berkenaan.

Pihak KMPP juga mendesak Kerajaan Negeri sekarang supaya dapat menubuhkan Jawatankuasa Siasatan untuk menyiasat salah laku pegawai kerajaan yang terlibat dalm kes penyelewengan kelulusan tanah pajakan tersebut sehingga mengakibatkan tragedi hitam berkenaan berlaku. Tindakan perlu diambil terhadap mereka jika terbukti kesalahan tanpa memilih bulu. Jika sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang mengamalkan sistem CAT sudah pasti prestasi kakitangan Kerajaan adalah keutamaan yang diberikan.

Namun jika terdapat unsur sabotaj dalaman maka sesebuah Kerajaan tersebut boleh tersungkur dan dipinggirkan oleh rakyat hasil permainan politik yang rakus. Oleh yang demikian disarankan agar insiden hitam berkenaan haruslah dijadikan ikthibar oleh Kerajaan Negeri supaya tidak memperlekehkan rakyat dalam apa jua situasi.