Tujuan debat berkenaan adalah
dicadangkan bukannya untuk mencari populariti atau publisiti diatas landasan
persendirian mahupun platform politik tapi lebih menjurus kepada soal kebenaran
keatas segala fakta tuduhan yang di ketengahkan oleh pihak UMNO dan begitu juga
kepada pihak Kerajaan Negeri untuk membuktikan tentang penafian maksimum
mengenai isu tapak masjid berkenaan.
KMPP berpendapat bahawa sebagai
sebuah NGO Melayu Pulau Pinang yang amat kerdil serta tidak menyebelahi
mana-mana pihak ke atas persengketaan tersebut tapi lebih mencari kepada soal
kebenaran maka tanggungjawab siapakah yang melenyapkan tapak masjid tersebut?
Tiada kompromi dalam hal ini apatah melibatkan persoalan undang – undang serta
peraturan pembangunan sehingga membolehkan tapak masjid tersebut dipindahmilik kepada
MAIPP dan seterusnya digazettkan.
Cadangan debat tersebut juga
dibuat kerana sehingga ke hari ini tiada satupun dokumen sah membuktikan
kesahihan tuduhan berkenaan dibuat. Kelulusan plan perancangan pada 30/6/2006
bukanlah bermakna pembangunan boleh dijalankan tapi sebaliknya hanyalah pelan
perancangan yang dirancangkan.
Keduanya cadangan tersebut juga
adalah bertujuan bagi orang – orang Melayu di negeri ini bagi mendapatkan
kepastian dalam mencari kebenaran tentang tuduhan – tuduhan atau fakta yang
dilemparkan. Ketiganya satu penilaian dapat dibuat oleh rakyat atau pengundi
terutamanya orang – orang Melayu di negeri mahupun negara ini bagi menghukum
parti – parti politik yang mencari publisisti politik yang dianggap terpenting
menerusi atau dengan cara mempergunakan isu tapak masjid berkenaan.
Saya secara peribadi yakin bahawa
cabaran debat sebegini akan disambut dengan serius serta ikhlas oleh saudara
Ketua Pemuda UMNO Negeri kerana beliau juga sebagai seorang Islam adalah juga bertanggungjawab
mempertahankan tapak masjid di BAYAN MUTIARA yang menjadi hak milik orang Islam
di negeri ini.
Debat tersebut hendaklah diadakn
pada bila – bila masa dalam tempoh 14 hari dimana pihak saya tidak kisah soal
penganjur serta ianya mestilah diadakan di dalam perkarangan mana – mana masjid
atau di lokasi yang bersesuaian di negeri ini tanpa sebarang syarat.
Perlu dinyatakan bahawa persoalan
isu tersebut akan dibawa ke mahkamah sama ada oleh pihak UMNO mahupun kerajaan
negeri tidak timbul sama sekali. Debat boleh diselesaikan dalam masa 14 hari
namun kes mahkamah agak berpanjangan kemungkinan sehingga selesai PRU-13 nanti.
Apa yang penting di sini adalah mencari kebenaran yang pasti demi bagi
kepentingan umat Islam di negara ini dan yang mustahaknya umat Islam Pulau
Pinang. Justeru itu pertikaian lidah melalui media tanpa sebarang bukti oleh
parti – parti politik hanya akan mengheret rakyat bersama ke kancah permainan
politik sempit di mana akhirnya hanyalah orang – orang Melayu yang mendapat
malu serta di pandang hina oleh kaum lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan