Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak KMPP ikhlas ingin melihat bolasepak pasukan Pulau Pinang bersinar kembali selepas Mohd Foaz Hamid dipilih sebagai Presiden FAP dan mengalahkan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dimana Foaz mendapat 21 undi dan Zahrain 16 undi sahaja.
KMPP juga mengingatkan Mohd Foaz, Presiden FAP supaya amanah menjalankan tanggungjawab sebagai presiden dan benar-benar jujur serta ikhlas mempertingkatkan Pasukan Bola Sepak Negeri Pulau Pinang supaya "Pisang Tidak Berbuah Dua Kali"
Kepada sesiapa yang mengenali Mohd Foaz akan memahami maksud pepatah ini dan beliau sendiri harus ingat, jangan kerana jawatan, pasukan bola sepak Pulau Pinang tercorot lagi. Peganglah jawatan ini dan peluang yang telah diberikan bagi tujuan FAP sahaja.
Oleh itu, pihak KMPP juga memohon agar Ketua Menteri memberi suntikan dana kepada FAP agar dapat memulihkan perjalanan mempertingkatkan pasukan bola sepak negeri Pulau Pinang.
Berikut adalah petikan daripada PenangInsight:
http://penanginsight.com/content/kmpp-harap-guan-eng-bantu-fap-foaz-profesional
Tiada ulasan:
Catat Ulasan