Isnin, 16 April 2012

KMPP NASIHAT 2 EXCO MELAYU PKR "JANGAN TIDUR"

Sebagaimana yang kita ketahui, banyak masalah penduduk melayu Pulau Pinang hanya bergantung kepada 2 Exco melayu yang dikenali sebagai DOUBLE M iaitu Mansor Timbalan Ketua Menteri 1 dan Malik Kassim Exco Agama Islam.

Malang sekali kedua-dua pemimpin dari Parti PKR nampaknya tidak berkaliber langsung dalam menangani masalah-masalah yang timbul melibatkan isu melayu disini. Pihak KMPP pernah menyuarakan beberapa kali supaya kedua-dua pemimpin ini meletak jawatan jikalau tidak berminat meneyelesaikan semua masalah yang timbul melibatkan kaum melayu disini. Menjadi Exco bukan hanya mencari populariti dan publisiti. Jika hendak menjadi sedemikian, maka eloklah kedua-dua pemimpin PKR ini menjadi penyanyi popular atau memasuki pertandingan seperti Raja Lawak. 

Pihak kami juga berpendapat banyak himpunan haram yang tidak bertamadun seringkali kita dengar berlaku di KOMTAR adalah disebabkan pemimpin melayu yang dimaksudkan langsung tidak mengambilberat dalam menyelesaikan perkara-perkara yang berbangkit.

Isu terbaru berkaitan tapak masjid dan tapak sekolah Bayan Mutiara dimana sekali lagi kedua-dua pemimpin ini tidak bersuara langsung dalam memberi keterangan berkaitan perkara berbangkit hingga unsur ini menjadi satu masalah perkauman disini jika tidak ditangani. Berikut adalah keratan yang dipetik dari blog PenangInsight terhadap kenyataan KMPP:-

KMPP nasihat dua exco Melayu P.Pinang 'jangan tidur'


DUA exco Melayu dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang dinasihatkan supaya segera menjawab fitnah berhubung isu tanah pelan tapak masjid Bayan Mutiara yang diada-adakan oleh Umno di negeri berkenaan demi mengelak salah faham di kalangan Melayu.
Nasihat Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak (kiri) itu ditujukan kepada Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Haji Othman dan Abdul Malik Abul Kassim (Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna).
Presidenya, Rahmad Isahak berkata, penjelasan panjang lebar perlu keluar daripada dua orang berkenaan bagi meredakan tanggapan buruk yang dilemparkan oleh Umno yang mahu mengambarkan Kerajaan Pakatan Rakyat tidak jujur dengan rakyat terutamanya kepada orang Islam kerana sanggup menjual tanah yang dikhaskan untuk pembangunan masjid.
"Mereka berdua wajar segera menjawab untuk membantu Ketua Menteri dalam isu ini.
"Suara mereka harus menjadi medan untuk diketengahkan ke seluruh pelusuk kampung orang melayu khasnya untuk menceritakan keadaan sebenar, " jelasnya.
Tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan ujar beliau, isu ini akan terus dicanang oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang, Syed Husain bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat menikam orang melayu sendiri berkaitan penjualan tanah di Bayan Mutiara yang ada di dalamnya tapak masjid.
Bagi KMPP segala persoalan isu masjid kena diperbereskan segera walaupun tahu ia bukan salah Kerajaan Pakatan Rakyat sebaliknya Umno yang sewaktu menjadi pemerintah tidak prihatin terhadap isu berkenaan dengan membiarkan tanah di situ tanpa mengemukan plan pecah sempadan supaya kawasan berkenaan dapat di serahkan pada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp).
"Semua orang tahu Umno sengaja membakar isu tersebut untuk kepentingan politik. Umno menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat mengabaikan tanggungjawab terhadap orang melayu, " tegas beliau.
KMPP tahu semua itu tuduhan tanpa bukti yang harus diperjelaskan segera selain tindakan mahkamah sepertimana yang dinyata oleh Lim Guan Eng.
Menurt Rahmat, Umno mengakui pernah mengemukakan plan perancangan sewaktu Barisan Nasional (BN) memerintah Pulau Pinang dan ia telah pun diluluskan pada 30 Oktober 2006.
"Inilah punca isu yang dibangkitkan hari ini di mana dari tahun 2006 sehinggalah 8 Mac 2008 iaitu jangkamasa setahun lima bulan. apakah dalam jangkamasa tersebut kerajaan terdahulu telah mengemukakan plan pambangunan dan plan pecah sempadan bagi membolehkan tapak masjid berkenaan dipindah milik kepada Maipp.
Jika situasai tersebut dilaksanakan barulah katanya, tanah masjid berkenaan di 'geset' hanya bagi tujuan pembinaan masjid.
Oleh demikian siapakan sebenarnya bertanggungjawab menghilangkan tapak masjid berkenaan adakah PR atau BN.
KMPP mencabar Ketua Pemuda Umno Negeri jika benar mereka mempunyai bukti bahawa mereka mendapat plan pecah sempadan dan hak milik telah diserahkan kepada Maipp maka mereka harus membuktikan dalam bentuk dokumen yang sah.
Mereka juga jika ada bukti yang kukuh harus buat laporan polis bahasa Kerajaan Pakatan Rakya telah lakukan satu kesalahan yang melampaui batas dengan menjual tapak masjid sehinggakan membelakangkan hak orang melayu sendiri.
"Usah cakap kosong tanpa ada bukti dengan dokumen yang sah. Dari sini sudah jelas siapakah sebenarnya menghilangkan tapak masjid berkenaan BN atau Pakatan Rakyat, " jelas beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan