Pihak KMPP memandang serius
keatas nasib pemilik-pemilik gerai di BAZAR PERDANA DI BANDAR PERDA, BUKIT
MERTAJAM. Bazar ini merupakan lambang ekonomi orang–orang melayu di sebelah
tanah besar. Mengikut sejarah pihak KMPP dimaklumkan bahawa tuan tanah iaitu
Perda telah melantik ASEANIA DEVELOPMENT SDN. BHD. selaku pemaju untuk
memajukan Bandar Perda berkenaan melalui satu memorandum persefahaman bertarikh
15/11/1994. Difahamkan salah seorang pengarah ataupun pemiliknya ialah Dato
Musa Sheikh Fadzir yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam merangkap
Timbalan Ketua Perhubungan UMNO, Pulau Pinang yang terlibat didalam
memajukan Bandar Perda tersebut. Bazar Perdana yang dimaksudkan mempunyai lebih
daripada 700 unit dan difahamkan dijual diantara RM15,000.00 ke RM20,000.00
seunit. Diantara penjanjian terawal ditandatangani adalah semenjak tahun 1998.
Difahamkan sijil penghunian diperolehi semenjak 12/2/2004 lagi.
Semua unit-unit telah habis
dijual dimana lebih 85% pembelinya adalah orang-orang melayu yang mempercayai
pelan asal pembangunan pemaju di Bandar Perda akan dilengkapi pasar besar Bukit
Mertajam serta perhentian bas yang akan dipindahkan ke Bandar Perda. Malangnya
tanah bagi memindahkan kemudahan pasar serta perhentian bas telah dibangunkan
Pasaraya Jusco. Maka dengan itu, bermulalah kegagalan Bazaar Perdana untuk
berfungsi seperti pelan asal pemaju. Kini bangunan Bazaar Perdana ini hanyalah
sebuah bangunan gajah putih yang tersergam indah tanpa penghuni. Dari tinjauan
pihak KMPP, banyak rungutan daripada pihak pembeli mengatakan bahawa mereka
telah ditipu oleh pihak pemaju. Paling menyedihkan, terdapat beberapa unit
milik pembeli kepunyaan orang melayu telah dilelong oleh pihak bank kerana
tidak mampu membayar pinjaman akibat kegagalan pihak pemaju mengawalselia Bazar
Perdana berkenaan dan sebahagian daripada unit-unit berkenaan adalah dimiliki
oleh MARA.
Hakikatnya pihak pemaju yang di
terajui oleh Dato’ Musa sendiri telah gagal untuk menguruskan bazaar tersebut
dan pihak KMPP dimaklumkan bahawa tiada hakmilik strata yang dikeluarkan sehingga
kini. Akibat daripada kecuaian tersebut sekarang ini pemilik-pemilik bazaar ini
menanggung kerugian dari segi ekonomi yang berpanjangan. Pemaju haruslah di
pertanggung jawabkan sepenuhnya kerana gagal menguruskan bazaar berkenaan.
Pemaju telah mengaut keuntungan tapi yang menanggung kerugian adalah
majoritinya orang-orang melayu. Kepada Dato Musa Shaikh Fadzil jangan jadi
seorang pemimpin melayu yang hipokrit dan pihak KMPP mendesak agar pihak beliau
supaya dapat mengatasi masalah yang berlarutan hampir 9 tahun ini diselesaikan dalam tempoh
30 hari. Jika gagal, atas nama ekonomi
orang - orang melayu,
Pihak KMPP akan bertindak
mengikut saluran-saluran tertentu dengan niat untuk menghidupkan kembali
aktiviti-aktiviti perniagaan di bazaar tersebut. Ini termasuk juga kemungkinan
mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan gantirugi kepada
pemilik-pemilik berkenaan berasaskan kepada terma dan syarat perjanjian jualbeli terutamanya melibatkan
kecuaian pihak pemaju. Pada waktu yang sama pihak KMPP berharap agar pemilik
bazaar berkenaan dapat menubuhkan satu Jawatankuasa Bertindak Pembeli bagi
tujuan memudahkan masalah mereka disuarakan. Pihak KMPP akan memberi kerjasama
jika diperlukan. Sekali lagi ditegaskan bahawa KMPP tidak akan berkompromi dengan
mana-mana pihak, termasuk Kerajaan negeri atau kerajaan pusat mahupun
parti-parti politik atas isu kegagalan menangani masalah ekonomi orang-orang
melayu di Pulau Pinang.
Pihak KMPP ingin menasihatkan
beliau supaya lebih fokus kepada masalah ekonomi orang–orang Melayu terutamanya
dikawasan Bukit Mertajam dimana beliau adalah Ketua bahagiannya. Jangan hanya
nampak kuman diseberang laut tapi hakikatnya anak dirumah mati kebuluran.
Jangan pandai mengkritik projek berbillion ringgit sahaja yang melibatkan UDA
HOLDING SDN. BHD. Orang melayu Pulau Pinang masih tidak lupa suatu ketika
dahulu semasa era pemerintahan Barisan Nasional di Pulau Pinang, siapakah yang
berhasrat memajukan tanah pertanian di Relau disebelah Pulau, walaupun
mengetahui tanah pertanian tersebut adalah milik Kerajaan Pusat. Nasib baik
pembangunan tersebut dibatalkan. Jika tidak berapa banyakkah faedah orang-orang
Melayu yang akan mendapat faedah keatas pembangunan tersebut? Siapakah yang
pernah mencadangkan agar jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang diberikan kepada
Orang Melayu dan beliau jugalah yang pernah mencadangkan supaya jawatan
pengerusi PBA diberikan kepada pemimpin Melayu. Apakah asas serta cadangan
beliau menguntungkan orang-orang Melayu pada ketika itu? Kenapa cadangan beliau
ini diutarakan? Sudah pasti ada agenda yang tersembunyi disebalik cadangan
beliau pada ketika itu.
Jangan memperalatkan
orang-orang melayu Pulau Pinang untuk meraih publisiti murahan. KMPP akan terus
membongkar semua penyelewengan yang melibatkan ekonomi orang-orang Melayu yang
tidak diperjuangkan selama ini. Ramai orang melayu yang bukan asalnya daripada
Pulau Pinang mendabik dada mengaku diri mereka anak Pulau Pinang, tetapi
hakikatnya mereka adalah opurtunis yang lebih mementingkan diri mereka dan kuncu-kuncu
mereka sahaja.
Justeru itu pihak KMPP
menasihatkan Dato Musa Sheikh Fadzir supaya melepaskan kesemua jawatannya di
dalam UMNO Pulau Pinang kerana beliau telah gagal dalam banyak hal terutamanya
di dalam membantu ekonomi untuk orang-orang melayu di Bukit Mertajam dan Pulau
Pinang amnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan