Pihak KMPP melihat cadangan tapak pembangunan dilokasi
ini amat sesuai dijadikan pembangunan mampu milik memandangkan Jambatan Kedua dibina
berdekatan dengan tapak cadangan pembangunan berkenaan. Ini mampu menjimatkan
kos saraan hidup kepada mereka yang bekerja di bahagian pulau terutamanya yang
sering berulang-alik menggunakan
pengangkutan awam. Pertumbuhan ekonomi serta peningkatan peluang pekerjaan ke
atas cadangan pembangunan tersebut pasti mendatangkan banyak faedah kepada
rakyat Pulau Pinang. Pihak KMPP berharap Kerajaan Negeri akan membina banyak
lagi unit-unit perniagaan ke atas pembangunan berkenaan yang bakal memberi
banyak peluang perniagaan kepada orang-orang Melayu.
Pihak saya amat menyokong bahawa pembangunan
tersebut hanyalah untuk rakyat Pulau Pinang dan tidak dibuka kepada masyarakat
luar. Jumlah penduduk rakyat di Pulau Pinang yang berpendapatan sederhana ke
bawah sudah mencukupi bagi memenuhi pembangunan rumah mampu milik yang
dimaksudkan. Oleh yang demikian pihak KMPP membantah sekeras-kerasnya kenyataan
serta cadangan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, (CAP) yang mahukan supaya
pemajuan tersebut dibuka kepada orang luar dari Pulau Pinang. Mengapa pihak CAP
mementingkan orang luar daripada memberikan keutamaan kebajikan penduduk asal Pulau
Pinang terlebih dahulu?.
Walaubagaimanapun, pihak KMPP berharap agar
Kerajaan Negeri dapat memperuntukkan sebanyak 50% kuota daripada pembangunan
tersebut kepada orang-orang Melayu Pulau
Pinang dimana mereka amat memerlukan rumah mampu milik ini demi masa depan
mereka. Selain dari pembangunan tersebut pihak KMPP juga memohon sokongan Kerajaan
Negeri dalam melonggarkan syarat pengezonan semula tanah jelapang padi kepada
pembangunan di lokasi-lokasi yang berpotensi tinggi bagi tujuan membina lebih
banyak rumah mampu milik daripada pemaju-pemaju swasta. Keadaan sebegini boleh
menyekat penghijrahan rakyat Pulau Pinang itu sendiri keluar dari negeri asal
mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan