Rabu, 8 Jun 2011

KARIAH MASJID PUN NAK BUAT PILIHANRAYA?


Heboh dibincangkan kebelakangan ini soal lantikan kariah masjid menerusi proses pilihanraya oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Melalui arus media perdana terlalu ramai pihak – pihak yang tidak bersetuju dengan pendekatan baru tersebut yang bakal memecah belahkan sesama orang Islam di negeri ini. Ada yang berpendapat isu ini lebih menjurus kepada isu politik kepartian.

Pihak KMPP melihat isu ini lebih daripada soal perundangan Islam yang sedia ada. Jika ia bertujuan untuk menambahbaik  peraturan – peraturan sedia ada iaitu sejajar dengan Seksyen 104(1)(b) Enakmen Negeri Pulau Pinang 2004 serta Kaedah 4(1), Kaedah – Kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid (Negeri Pulau Pinang) pindaan 2003 maka haruslah peraturan sediada sekarang diperkemaskan. Tetapi jika kaedah baru yang hendak diguna pakai seperti proses pilihanraya berkenaan maka pihak saya berpendapat Enakmen atau Undang – undang berkenaan harus dipinda terlebih dahulu sebelum kaedah baru dikuatkuasakan. Apa cara sekali pun saya berpendapat MAIPP tidak boleh membelakangi Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam di negeri ini yang tidak beraja, kerana soal agama Islam seharusnya dirujuk kepada baginda terlebih dulu sebelum sebarang keputusan dibuat atau di ubah.

Walaubagaimanapun jikalau kedua-dua Enakmen yang berkenaan membolehkan Kaedah baru tersebut dipraktikan maka tiada isu yang timbul melainkan Soal implementasi sedikit sebanyak boleh dipersoalkan. Dalam hal ini pandangan mufti Kerajaan Negeri amatlah dialu -alukan. 

Justeru itu pihak KMPP berharap jangan ada pihak yang cuba memperbesarkan isu berkenaan dan ianya haruslah mengikut peruntukan undang undang yang sedia ada agar kita sesama orang melayu tidak hilang pegangan akidah terhadap masjid.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan