Khamis, 23 Jun 2011

KMPP POHON KERAJAAN NEGERI MENGUBAH KANDANG KHINZIR KE TEMPAT BARU


KMPP memandang serius terhadap isu kandang khinzir sediada di Batu Maung yang semakin mencemari di sekitar kawasan berkenaan. Banyak rungutan diterima bukan sahaja di kalangan orang melayu malah penduduk bukan melayu juga mengutarakan situasi yang sama. Pencemaran najis khinzir tersebut dapat dilihat dengan jelas di sepanjang longkang di Jalan Batu Maung. Amat menyedihkan kedudukan kandang khinzir berkenaan terlalu dekat dengan Lapangan Terbang Bayan Lepas. Tiada makna apabila jutaan ringgit dibelanjakan oleh Kerajaan Pusat bagi menaik taraf lapangan terbang berkenaan jika kedatangan pelancong di sambut dengan pencemaran najis haiwan tersebut. Keadaan sebegini memberikan satu impak negatif terhadap imej kerajaan negeri yang begitu serius untuk menjadikan negeri ini terutamanya di sebelah pulau sebagai Bandar Antarabangsa.

Pihak KMPP amat terkilan dengan sikap wakil rakyat kawasan tersebut iaitu YB Abdul Malik Kassim yang langsung tidak melaksanakan sesuatu bagi tujuan penempatan baru kandang-kandang khinzir berkenaan. Soal pencemaran kandang khinzir ini adalah melibatkan masalah kehidupan rakyat di kawasan tersebut yang perlu diatasi. Masalah ini telah berlarutan sejak sekian lama. Namun mandate yang diberikan kepada beliau bukan hanya sekadar janji dibibir mulut sahaja. Apakah tidak ada jalan alternatif untuk memindahkan kandang khinzir berkenaan ke tempat lain dan perlu ingat bahawa kawasan Batu Maung pada ketika ini adalah kawasan pembangunan yang strategic malah sumber ekonomi kepada kerajaan Negeri sebahagiannya dating dari kawasan ini.

Pihak KMPP menyeru Kerajaan Negeri campurtangan dalam isu ini memandagkan YB Abdul Malik Kassim gagal dalam tanggungjawabnya untuk mengatasi masalah tersebut.Jangan disebabkan isu ini populariti Kerajaan Negeri akan tercalar.Rakyat akan menilai sesuatu perkara yang harus diatasi oleh Kerajaan Negeri terutamanya isu pencemaran yang memberi kesan negatif kepada kesihatan mereka.

Pihak saya berpendapat tiada gunanya jika Negeri Pulau Pinangbakal menjadi sebuah Bandar yang moden, lapangan terbang yang bertaraf antarabangsa, kawasan industry yang pesat serta berlatar belakangkan landskap yang hijau jika isu pencemaran najis tersebut gagal diatasi. 

Selasa, 21 Jun 2011

ISU KHARIAH MASJID – KMPP TERUS MENDESAK YB. ABDUL MALIK KASSIM MELETAK JAWATAN SEBAGAI EXCO KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG.


Keengganan beliau memohon maaf serta meletak jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri lebih menampakkan beliau sebagai pemimpin yang angkuh dan hipokrit. Apakah relevannya Agama Islam dengan jiwa reformasi yang dimaksudkan oleh beliau? Situasi sekarang sudah tidak sesuai untuk bercakap soal reformasi sebaliknya lebih cenderung kepada transformasi untuk bangsa dan negara. Kenyataan beliau ini sangat merbahaya. Untuk mengembalikan kuasa pemilihan kepada anak–anak kariah sepertimana diamalkan sekarang maka peruntukkan sedia ada haruslah ditambahbaik dan bukannya mewujudkan satu kaedah baru seperti proses ala pilihanraya masjid. Beliau telah membuat kenyataan rasmi bagi pihak Kerajaan Negeri seperti disiarkan oleh akhbar–akhbar tempatan pada 14/6/2011 yang jelas bahawa satu kaedah ala pilihanraya masjid tetap akan dilaksanakan walaupun tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong. Kenyataan beliau tiada hubung kait dengan jiwa reformasi.

Sesungguhnya Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dalam titah baginda amat jelas supaya satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi tujuan penambahbaikkan ke atas undang- undang sediada. Memang pihak KMPP sedia maklum dan bersetuju bahawa proses yang ada sekarang ini perlu diperbaiki.

Pihak saya hairan kenapa kehendak reformasi mendahului peraturan undang–undang Islam Negeri Pulau Pinang dan apakah ada agenda yang tersirat dalam isu berkenaan? Jawapan Y.B Malik Kassim yang berselindung disebalik kehendak jiwa reformasi seolah–olah beliau hanya diberi mandat oleh golongan reformasi bagi memegang jawatan Exco Agama Kerajaan Negeri. Kerana hendak reformasilah soal undang–undang bukan menjadi keutamaan sehingga

Kenapakah beliau gagal untuk mengadap Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong sebaliknya YDP Agama Islam Kerajaan Negeri Pulau Pinang mewakilinya sedangkan beliau  adalah Exco Agama Islam Negeri yang mencetuskan isu berkenaan. Apabila didesak oleh pihak KMPP untuk meletak jawatan beliau dengan beraninya memaklumkan bahawa isu berkenaan adalah kehendak mereka yang berjiwa reformasi dan menyalahkan UMNO. Apakah perbuatan UMNO itu membelakangkan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong? Dari maklumbalas yang saya terima dari kalangan pemimpin kanan melayu Pakatan Rakyat mereka melahirkan rasa syukur kerana isu berkenaan telah selesai jika tidak masyarakat Melayu akan berpuak-puak  sehingga boleh mencemarkan keharmonian masjid.

Y.B Malik Kassim adalah seorang pemimpin Melayu yang suka membaling batu sembunyi tangan. Oleh yang demikian pihak KMPP dalam situasi positif mendesak YB Abdul Malik Kassim memohon maaf secara terbuka kepada semua orang Melayu dan beliau harus meletak jawatan  sebagai Exco Kerajaan Negeri. Beliau tidak layak menjadi pemimpin orang Melayu di dalam Kerajaan Negeri.

Justeru itu pihak KMPP mencadangkan agar Kerajaan Negeri terutamanya Ketua Menteri memberikan jawatan Exco Agama Islam Negeri kepada pemimpin yang lebih arif dalam soal Islam di Negeri ini. Merit cadangan ini adalah di dalam situasi yang munasabah. Menjadi keutamaan sehingga sanggup membelakangkan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong

Ahad, 19 Jun 2011

BAZAAR PERDANA - KMPP MEMOHON CAMPURTANGAN KETUA MENTERI PULAU PINANG UNTUK MEMBANTU PEMBELI –PEMBELI BERKENAAN


Isu Bazaar Perdana di bandar Perda, Bukit Mertajam adalah suatu isu yang amat serius dari segi ekonomi yang mana hampir 85% dari lebih kurang 900 Unit berkenaan adalah milik orang melayu. Pihak KMPP telah diminta oleh segelintir pembeli untuk membantu mereka dan satu kenyataan akhbar telah diatur seperti yang dilaporkan oleh Akhbar tempatan iaitu Sinar Harian, Metro dan Nanyang Siang Pau pada 17hb Jun 2011.

Pihak KMPP amat memandang serius ke atas permasalahan ini semenjak sijil penghunian diperolehi pada tahun 2004 hingga sekarang pemilik-pemilik Bazaar tersebut tidak dapat beroperasi untuk berniaga ini jelas menunjukkan kelalaian pihak pemaju Aseania Development Sdn Bhd yang sepatutnya bertanggung jawab terhadap pengurusan bangunan berkenaan tetapi telah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka. Terdapat unit-unit tersebut telah dilelong oleh pihak bank.

Apa yang amat menyedihkan ialah kerana salah seorang Pengarah dan Pemilik Syarikat pemaju tersebut adalah seorang pemimpin kanan UMNO Negeri Pulau Pinang. Pembeli- pembeli yang terlibat merasakan bahawa pihak mereka telah ditipu oleh syarikat pemaju. Pihak mereka  telah hilang kepercayaan terhadap pemaju. Walau apa pun alasan yang diberikan pembeli tidak dapat menerimanya kerana masalah tersebut telah berlarutan lebih dari 7 tahun. Tambahan pula pelan asal diwujudkan Bazaar Perdana berkenaan adalah kerana pasar Bukit Mertajam serta perhentian bas sekarang akan di pindahkan ke Bandar Perda tapi malangnya pemaju telah menukar pelan pembangunan asal dengan membina pasaraya Jusco. Maka kekallah bangunan Bazaar Perdana ini sebagai gajah putih. Bazaar perdana tersebut sepatutnya menjadi lambang ekonomi orang – orang melayu di sebelah tanah besar.

Justeru itu, pihak KMPP memohon jasabaik kerajaan Negeri terutamanya Y.A.B Ketua Menteri Tuan Lim Guan Eng masuk campur dalam menangani masalah ini. Setidak-tidaknya dapat mencari formula terbaik bagi mengatasi isu ekonomi majoriti orang – orang melayu serta bukan melayu.

Sabtu, 18 Jun 2011

KMPP MENDESAK YB. ABDUL MALIK KASSIM MELETAK JAWATAN SEBAGAI EXCO KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG


Dalam isu proses pilihanraya masjid di Pulau Pinang, telah ada kesahihan yang nyata bahawa Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong secara tidak langsung tidak memperkenankan malah menitah supaya perkara berkenaan ditangguh bagi tujuan menambahbaik undang-undang serta peraturan-peraturan yang sedia ada. Baginda turut menitahkan supaya satu, (1) Jawatankuasa Khas ditubuh bagi memperkemas sistem lantikan khariah masjid di negeri Pulau Pinang. Ini bermakna soal mengguna KAEDAH BARU secara lantikan khariah masjid menerusi proses pilihanraya tidak terpakai lagi. Baginda melahirkan rasa kebimbangan jika kaedah baru ini digunapakai bakal memecahbelah umat Islam serta keharmonian masjid. Jesturu itu seksyen 104 (1) (B) enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004 masih kebal dan relevan serta tidak memerlukan sebarang pindaan dibuat apatah lagi untuk memperkenalkan KAEDAH BARU. 

Dengan pengistiharan tersebut maka berakhirlah episod Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, (MAIPP) untuk mempraktikkan proses pilihanraya berkenaan. Yang tinggal hanyalah sebuah mimpi ngeri untuk dijadikan iktibar. Pihak KMPP berpandangan bahawa Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam lebih-lebih lagi Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Agama Islam telah melakukan kesilapan besar kerana telah membelakangkan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong sebagai ketua agama negeri. Tindakan YB. Abdul Malik Kassim ini yang gagal menilai situasi undang-undang terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan rasmi bagi pihak Kerajaan Negeri telah sedikit sebanyak melukakan perasaan orang-orang melayu di negeri ini terutamanya iman-iman serta jemaah masjid.

Adakah isu ini yang melibatkan interpretasi undang-undang dirujuk terlebih dahulu ke pengetahuan penasihat undang-undang negeri dan apakah ada niat yang tersirat di sebalik agenda berkenaan? Beliau bukanlah individu yang layak untuk mengulas soal undang-undang. Apa yang telah beliau lakukan adalah suatu penderhakaan terhadap Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Bagi pihak lebih 650 000 penduduk Melayu di Pulau Pinang, KMPP dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan beliau.

Jesteru itu, pihak KMPP menasihatkan Majlis Agama Islam Pulau Pinang tidak sewenang-wenangnya pada masa hadapan membuat sebarang dasar atau polisi secara tergesa-gesa atas tekanan pihak lain terutamanya melibatkan soal undang-undang sehingga boleh menghilangkan keyakinan umat Islam di negeri ini terhadap intitusi berkenaan.

Oleh yang demikian, pihak KMPP memohon agar YB. Abdul Malik Kassim harus bertanggungjawab sepenuhnya dalam isu ini serta memohon maaf secara terbuka kepada orang-orang melayu di negeri ini. Jangan berselindung disebalik kekuatan pihak lain dalam mencari publisiti murahan hinggakan sanggup memperlekehkan Agama Islam serta umat Islam di negeri ini. Orang-orang melayu Pulau Pinang tidak perlu pemimpin seperti beliau bagi menegakkan syiar Islam di negeri ini.

Pihak KMPP amat dukacita dengan insiden hitam ini dan di dalam situasi yang positif mendesak YB. ABDUL MALIK KASSIM supaya beliau meletak jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sesungguhnya beliau telah gagal dan tidak layak menjadi pemimpin melayu di dalam Kerajaan Negeri. Pihak KMPP tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mempersendakan Agama Islam termasuklah Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Pusat.

Khamis, 16 Jun 2011

NASIB PEMILIK BAZAR PERDANA – PEMAJU HARUS BERTANGGUNGJAWAB


Pihak KMPP memandang serius keatas nasib pemilik-pemilik gerai di BAZAR PERDANA DI BANDAR PERDA, BUKIT MERTAJAM. Bazar ini merupakan lambang ekonomi orang–orang melayu di sebelah tanah besar. Mengikut sejarah pihak KMPP dimaklumkan bahawa tuan tanah iaitu Perda telah melantik ASEANIA DEVELOPMENT SDN. BHD. selaku pemaju untuk memajukan Bandar Perda berkenaan melalui satu memorandum persefahaman bertarikh 15/11/1994. Difahamkan salah seorang pengarah ataupun pemiliknya ialah Dato Musa Sheikh Fadzir yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam merangkap Timbalan Ketua Perhubungan UMNO, Pulau Pinang yang terlibat didalam memajukan Bandar Perda tersebut. Bazar Perdana yang dimaksudkan mempunyai lebih daripada 700 unit dan difahamkan dijual diantara RM15,000.00 ke RM20,000.00 seunit. Diantara penjanjian terawal ditandatangani adalah semenjak tahun 1998. Difahamkan sijil penghunian diperolehi semenjak 12/2/2004 lagi.

Semua unit-unit telah habis dijual dimana lebih 85% pembelinya adalah orang-orang melayu yang mempercayai pelan asal pembangunan pemaju di Bandar Perda akan dilengkapi pasar besar Bukit Mertajam serta perhentian bas yang akan dipindahkan ke Bandar Perda. Malangnya tanah bagi memindahkan kemudahan pasar serta perhentian bas telah dibangunkan Pasaraya Jusco. Maka dengan itu, bermulalah kegagalan Bazaar Perdana untuk berfungsi seperti pelan asal pemaju. Kini bangunan Bazaar Perdana ini hanyalah sebuah bangunan gajah putih yang tersergam indah tanpa penghuni. Dari tinjauan pihak KMPP, banyak rungutan daripada pihak pembeli mengatakan bahawa mereka telah ditipu oleh pihak pemaju. Paling menyedihkan, terdapat beberapa unit milik pembeli kepunyaan orang melayu telah dilelong oleh pihak bank kerana tidak mampu membayar pinjaman akibat kegagalan pihak pemaju mengawalselia Bazar Perdana berkenaan dan sebahagian daripada unit-unit berkenaan adalah dimiliki oleh MARA.  

Hakikatnya pihak pemaju yang di terajui oleh Dato’ Musa sendiri telah gagal untuk menguruskan bazaar tersebut dan pihak KMPP dimaklumkan bahawa tiada hakmilik strata yang dikeluarkan sehingga kini. Akibat daripada kecuaian tersebut sekarang ini pemilik-pemilik bazaar ini menanggung kerugian dari segi ekonomi yang berpanjangan. Pemaju haruslah di pertanggung jawabkan sepenuhnya kerana gagal menguruskan bazaar berkenaan. Pemaju telah mengaut keuntungan tapi yang menanggung kerugian adalah majoritinya orang-orang melayu. Kepada Dato Musa Shaikh Fadzil jangan jadi seorang pemimpin melayu yang hipokrit dan pihak KMPP mendesak agar pihak beliau supaya dapat mengatasi masalah yang berlarutan hampir 9 tahun ini  diselesaikan  dalam  tempoh  30 hari.  Jika gagal, atas nama ekonomi orang - orang  melayu,

Pihak KMPP akan bertindak mengikut saluran-saluran tertentu dengan niat untuk menghidupkan kembali aktiviti-aktiviti perniagaan di bazaar tersebut. Ini termasuk juga kemungkinan mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan gantirugi kepada pemilik-pemilik berkenaan berasaskan kepada terma dan syarat  perjanjian jualbeli terutamanya melibatkan kecuaian pihak pemaju. Pada waktu yang sama pihak KMPP berharap agar pemilik bazaar berkenaan dapat menubuhkan satu Jawatankuasa Bertindak Pembeli bagi tujuan memudahkan masalah mereka disuarakan. Pihak KMPP akan memberi kerjasama jika diperlukan. Sekali lagi ditegaskan bahawa KMPP tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak, termasuk Kerajaan negeri atau kerajaan pusat mahupun parti-parti politik atas isu kegagalan menangani masalah ekonomi orang-orang melayu di Pulau Pinang.

Pihak KMPP ingin menasihatkan beliau supaya lebih fokus kepada masalah ekonomi orang–orang Melayu terutamanya dikawasan Bukit Mertajam dimana beliau adalah Ketua bahagiannya. Jangan hanya nampak kuman diseberang laut tapi hakikatnya anak dirumah mati kebuluran. Jangan pandai mengkritik projek berbillion ringgit sahaja yang melibatkan UDA HOLDING SDN. BHD. Orang melayu Pulau Pinang masih tidak lupa suatu ketika dahulu semasa era pemerintahan Barisan Nasional di Pulau Pinang, siapakah yang berhasrat memajukan tanah pertanian di Relau disebelah Pulau, walaupun mengetahui tanah pertanian tersebut adalah milik Kerajaan Pusat. Nasib baik pembangunan tersebut dibatalkan. Jika tidak berapa banyakkah faedah orang-orang Melayu yang akan mendapat faedah keatas pembangunan tersebut? Siapakah yang pernah mencadangkan agar jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang diberikan kepada Orang Melayu dan beliau jugalah yang pernah mencadangkan supaya jawatan pengerusi PBA diberikan kepada pemimpin Melayu. Apakah asas serta cadangan beliau menguntungkan orang-orang Melayu pada ketika itu? Kenapa cadangan beliau ini diutarakan? Sudah pasti ada agenda yang tersembunyi disebalik cadangan beliau pada ketika itu.

Jangan memperalatkan orang-orang melayu Pulau Pinang untuk meraih publisiti murahan. KMPP akan terus membongkar semua penyelewengan yang melibatkan ekonomi orang-orang Melayu yang tidak diperjuangkan selama ini. Ramai orang melayu yang bukan asalnya daripada Pulau Pinang mendabik dada mengaku diri mereka anak Pulau Pinang, tetapi hakikatnya mereka adalah opurtunis yang lebih mementingkan diri mereka dan kuncu-kuncu mereka sahaja.

Justeru itu pihak KMPP menasihatkan Dato Musa Sheikh Fadzir supaya melepaskan kesemua jawatannya di dalam UMNO Pulau Pinang kerana beliau telah gagal dalam banyak hal terutamanya di dalam membantu ekonomi untuk orang-orang melayu di Bukit Mertajam dan Pulau Pinang amnya.

Sabtu, 11 Jun 2011

KMPP MENGALU-ALUKAN CADANGAN RUMAH MAMPU MILIK OLEH KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

KMPP amat mengalu-alukan hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang sepertimana diumumkan oleh Ketua Menteri  bahawa Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, (PDC) akan memperuntukkan tanah seluas 60.7 hektar di kawasan Batu Kawan bagi tujuan membangunkan projek perumahan mampu milik dari harga RM72,500 hingga RM220,000 seunit. Jika projek ini menjadi kenyataan maka golongan yang berpendapatan sederhana ke bawah akan mendapat banyak faedahnya.

Pihak KMPP melihat cadangan tapak pembangunan dilokasi ini amat sesuai dijadikan pembangunan mampu milik memandangkan Jambatan Kedua dibina berdekatan dengan tapak cadangan pembangunan berkenaan. Ini mampu menjimatkan kos saraan hidup kepada mereka yang bekerja di bahagian pulau terutamanya yang sering berulang-alik  menggunakan pengangkutan awam. Pertumbuhan ekonomi serta peningkatan peluang pekerjaan ke atas cadangan pembangunan tersebut pasti mendatangkan banyak faedah kepada rakyat Pulau Pinang. Pihak KMPP berharap Kerajaan Negeri akan membina banyak lagi unit-unit perniagaan ke atas pembangunan berkenaan yang bakal memberi banyak peluang perniagaan kepada orang-orang Melayu.

Pihak saya amat menyokong bahawa pembangunan tersebut hanyalah untuk rakyat Pulau Pinang dan tidak dibuka kepada masyarakat luar. Jumlah penduduk rakyat di Pulau Pinang yang berpendapatan sederhana ke bawah sudah mencukupi bagi memenuhi pembangunan rumah mampu milik yang dimaksudkan. Oleh yang demikian pihak KMPP membantah sekeras-kerasnya kenyataan serta cadangan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, (CAP) yang mahukan supaya pemajuan tersebut dibuka kepada orang luar dari Pulau Pinang. Mengapa pihak CAP mementingkan orang luar daripada memberikan keutamaan kebajikan penduduk asal Pulau Pinang terlebih dahulu?.

Walaubagaimanapun, pihak KMPP berharap agar Kerajaan Negeri dapat memperuntukkan sebanyak 50% kuota daripada pembangunan tersebut kepada orang-orang Melayu  Pulau Pinang dimana mereka amat memerlukan rumah mampu milik ini demi masa depan mereka. Selain dari pembangunan tersebut pihak KMPP juga memohon sokongan Kerajaan Negeri dalam melonggarkan syarat pengezonan semula tanah jelapang padi kepada pembangunan di lokasi-lokasi yang berpotensi tinggi bagi tujuan membina lebih banyak rumah mampu milik daripada pemaju-pemaju swasta. Keadaan sebegini boleh menyekat penghijrahan rakyat Pulau Pinang itu sendiri keluar dari negeri asal mereka.

Rabu, 8 Jun 2011

KMPP POHON KERAJAAN NEGERI BUKA TANAH JELAPANG PADI KEPADA PEMBANGUNAN MAMPU MILIK UNTUK MELAYU PULAU PINANG.


Bercakap mengenai soal pembangunan di Pulau Pinang, hanya kawasan di sebelah pulau sahaja yang menjadi tarikan para pelabur terutamanya pelabur dari luar Pulau Pinang. Tambahan pula, kerajaan negeri begitu berhasrat untuk menjadikan pembangunan di kawasan pulau sebagai bandar antarabangsa. Hasrat tersebut amatlah dihargai bagi menjana ekonomi negeri dan rakyat. Sebagai orang Pulau Pinang tentulah kita juga turut sama akan merasai tempias dari arus pembangunan tersebut disamping dapat menikmati sedikit sebanyak hasil pendapatan ekonomi terutamanya menerusi peluang-peluang pekerjaan khususnya untuk orang-orang Melayu.

Hakikatnya itulah apa yang akan berlaku untuk pembangunan di kawasan pulau. Persoalannya berapa ramaikah orang Melayu yang mampu memiliki rumah di kawasan pulau? Apakah orang Melayu hanya layak tinggal di rumah pangsa kos rendah sahaja? Soal penjualan tanah-tanah melayu kepada pemaju perumahan tidak dapat disekat dan tidak ada peruntukkan dari segi undang-undang untuk mengatasinya. Akhirnya akan tiba ketika majoriti orang-orang Melayu hanya menjadi penyewa terhormat sahaja. Pihak KMPP begitu prihatin akan situasi begini. Apakah tidak ada jalan alternatif untuk orang-orang Melayu mempunyai rumah mampu milik di kawasan pulau dan tanah besar?

Pihak KMPP memandang serius kepada masalah sosial  ekonomi dan kebajikan orang-orang Melayu Pulau Pinang. Isu tanah orang-orang Melayu di Pulau Pinang telah menjadi sejarah untuk dijadikan iktibar. Justeru itu pihak KMPP atas desakan situasi tersebut ingin mencadangkan supaya bagi memberi peluang kepada orang-orang Melayu Pulau Pinang memiliki rumah, mengapa tidak pihak kerajaan negeri yang amat prihatin  dengan nasib orang Melayu dapat melonggarkan syarat-syarat pembangunan di atas tanah-tanah jelapang padi di lokasi-lokasi strategik bagi tujuan pembangunan tersebut. Ramai orang-orang Melayu di kawasan tanah besar yang tertanya-tanya dimanakah pembangunan mampu milik untuk mereka di kawasan Seberang Perai? Kenapa hanya difokuskan soal pembangunan hanya di kawasan pulau sahaja? Banyak kawasan jelapang padi yang strategik untuk tujuan pembangunan yang tidak diusahakan di beberapa lokasi terutamanya di daerah Seberang Perai Tengah sebagai contoh kawasan Permatang Pauh. Tanah-tanah padi tersebut boleh diistilah sebagai hidup segan mati tak mahu ini ialah kerana aktiviti sawah padi di kawasan berkenaan hanya bergantung kepada subsidi pihak kerajaan semata-mata. Jika tanah-tanah ini dapat dimajukan sudah pasti kemampuan untuk orang Melayu memiliki rumah mampu milik akan tercapai.

Oleh yang demikian, pihak KMPP memohon kerjasama pihak kerajaan negeri dapat melonggarkan syarat ke atas permohonan pengezonan semula atau “rezoning” tanah jelapang padi ini kepada pembangunan. Faedahnya akan dapat dirasai oleh majoriti orang-orang Melayu dan seterusnya bukan Melayu untuk memiliki rumah mampu milik. Perbandingan harga tanah di kawasan pulau dan tanah besar adalah seperti langit dengan bumi. Jika cadangan oleh pihak KMPP dapat dipertimbangkan oleh kerajaan negeri maka ianya sudah pasti akan memberikan satu impak yang sihat dari segi ekonomi di mana pulangan pendapatan kepada kerajaan tempatan dan kerajaan negeri, hasil dari cukai tanah, cukai pintu serta lain-lain sumber. Dan pada waktu yang sama bukan saja orang-orang Melayu dapat memiliki rumah mampu milik malah banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan. Situasi ini juga mampu menyekat penghijrahan penduduk Melayu keluar dari Pulau Pinang.

Pihak KMPP yakin ramai pelabur yang berminat untuk melabur jika pihak Kerajaan Negeri memberi kelonggaran syarat untuk membuka tanah –tanah yang berpotensi tinggi berkenaan kepada pembangunan mampu milik. Adalah dicadangkan kuota 50% kepada melayu diwujudkan bagi tujuan tersebut dan selebihnya dibuka kepada bukan melayu.  













Justeru itu, pihak KMPP juga ingin merujuk kepada situasi geo-politik di kawasan Balik Pulau dan tanah besar yang mana majoritinya adalah orang-orang Melayu dan golongan ini kebanyakannya adalah dari golongan yang mempunyai pendapatan sederhana di mana mereka hanya mampu memiliki rumah dari nilai RM250 000 ke bawah.



Menilai dari aspek-aspek berkenaan, pihak KMPP hairan kenapakah tidak ada usaha kearah tersebut oleh pemimpin-pemimpin Melayu kerajaan negeri termasuk Majlis Agama Islam bagi memenuhi keperluan orang-orang Melayu memiliki rumah mampu milik. Orang-orang Melayu Pulau Pinang tidak ada masa untuk menilai sengketa fitnah memfitnah, caci-mencaci tanpa bukti yang nyata oleh pemimpin Melayu semata-mata kerana gilakan kuasa hingga soal ekonomi, kita bukan lagi menjadi agenda penting. Kikislah ideologi politik malah bersatulah jika ingin melihat orang-orang Melayu terus bertapak di Pulau Pinang. Jangan sampai satu hari nanti orang-orang Melayu Pulau Pinang hanya menjadi penyewa terhormat ke atas hak milik bangsa lain. Belum terlewat lagi, pihak KMPP tiada hasrat menyalahkan mana-mana pihak. Perjuangan untuk membela nasib orang-orang Melayu dalam situasi munasabah harus diteruskan.

KARIAH MASJID PUN NAK BUAT PILIHANRAYA?


Heboh dibincangkan kebelakangan ini soal lantikan kariah masjid menerusi proses pilihanraya oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Melalui arus media perdana terlalu ramai pihak – pihak yang tidak bersetuju dengan pendekatan baru tersebut yang bakal memecah belahkan sesama orang Islam di negeri ini. Ada yang berpendapat isu ini lebih menjurus kepada isu politik kepartian.

Pihak KMPP melihat isu ini lebih daripada soal perundangan Islam yang sedia ada. Jika ia bertujuan untuk menambahbaik  peraturan – peraturan sedia ada iaitu sejajar dengan Seksyen 104(1)(b) Enakmen Negeri Pulau Pinang 2004 serta Kaedah 4(1), Kaedah – Kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid (Negeri Pulau Pinang) pindaan 2003 maka haruslah peraturan sediada sekarang diperkemaskan. Tetapi jika kaedah baru yang hendak diguna pakai seperti proses pilihanraya berkenaan maka pihak saya berpendapat Enakmen atau Undang – undang berkenaan harus dipinda terlebih dahulu sebelum kaedah baru dikuatkuasakan. Apa cara sekali pun saya berpendapat MAIPP tidak boleh membelakangi Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam di negeri ini yang tidak beraja, kerana soal agama Islam seharusnya dirujuk kepada baginda terlebih dulu sebelum sebarang keputusan dibuat atau di ubah.

Walaubagaimanapun jikalau kedua-dua Enakmen yang berkenaan membolehkan Kaedah baru tersebut dipraktikan maka tiada isu yang timbul melainkan Soal implementasi sedikit sebanyak boleh dipersoalkan. Dalam hal ini pandangan mufti Kerajaan Negeri amatlah dialu -alukan. 

Justeru itu pihak KMPP berharap jangan ada pihak yang cuba memperbesarkan isu berkenaan dan ianya haruslah mengikut peruntukan undang undang yang sedia ada agar kita sesama orang melayu tidak hilang pegangan akidah terhadap masjid.  

Rabu, 1 Jun 2011

DATO MUSA SHAIKH FADZIR PEMIMPIN UMNO BISING MAHUKAN PROJEK


Seperti mana yang dilaporkan oleh beberapa media cetak dan elektronik tempatan di mana Dato Musa Shaikh Fadzir yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan merangkap Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam telah mengkritik secara terbuka Pentadbiran UDA Holdings Berhad yang kononnya akan melantik kontraktor dari luar Negara serta mengabaikan kontraktor tempatan untuk memajukan projek gergasi iaitu Bukit Bintang City Centre (BBCC) yang mana dianggarkan melebihi 6 billion Ringgit. Beliau juga mensarankan supaya operasi UDA Holdings Berhad ditutup. Akibat daripada kenyataan beliau ini telah menyebabkan hampir 1,400 orang kakitangan Syarikat milik kerajaan pusat ini berada di dalam situasi panik. Pihak KMPP memandang serius kenyataan beliau. Jangan pandai membuat andaian tanpa usul periksa kerana Pengerusinya Dato Nur Jazlan telah mengesahkan bahawa pengumuman rasmi hanya akan dibuat oleh Kerajaan dalam sedikit masa lagi. Pihak KMPP hairan apakah motif sebenarnya yang tersirat terhadap kritikan beliau.

Pihak KMPP ingin menasihatkan beliau supaya lebih fokus kepada masalah ekonomi orang–orang Melayu terutamanya dikawasan Bukit Mertajam dimana beliau adalah Ketua bahagiannya. Jangan hanya nampak kuman diseberang laut tapi hakikatnya anak dirumah mati kebuluran. Orang melayu Pulau Pinang masih tidak lupa suatu ketika dahulu semasa era pemerintahan Barisan Nasional di Pulau Pinang, siapakah yang berhasrat memajukan tanah pertanian di Relau disebelah Pulau, walaupun mengetahui tanah pertanian tersebut adalah milik Kerajaan Pusat. Nasib baik pembangunan tersebut dibatalkan. Jika tidak berapa banyakkah faedah orang-orang Melayu yang akan mendapat faedah keatas pembangunan tersebut? Siapakah yang pernah mencadangkan agar jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang diberikan kepada Orang Melayu dan beliau jugalah yang pernah mencadangkan supaya jawatan pengerusi PBA diberikan kepada pemimpin Melayu. Apakah asas serta cadangan beliau menguntungkan orang-orang Melayu pada ketika itu? Kenapa cadangan beliau ini diutarakan? Sudah pasti ada agenda yang tersembunyi disebalik cadangan beliau pada ketika itu.

Seterusnya pihak KMPP amat memandang serius keatas nasib pemilik-pemilik gerai di BAZAR PERDANA DI BANDAR PERDA, BUKIT MERTAJAM. Beliau adalah salah seorang pemilik syarikat pemaju yang terlibat didalam memajukan Bandar Perda tersebut. Bazar Perdana yang dimaksudkan mempunyai lebih daripada 300 unit dan difahamkan dijual diantara RM15,000.00 ke RM20,000.00 seunit. Diantara penjanjian terawal ditandatangani adalah semenjak tahun 1998. Difahamkan sijil penghunian diperolehi semenjak tahun 2003 lagi. Semua unit-unit telah habis dijual dimana lebih 80% pembelinya adalah orang-orang melayu yang mempercayai pelan asal pembangunan pemaju di Bandar Perda dilengkapi pasar besar Bukit Mertajam serta perhentian bas yang akan dipindahkan ke Bandar Perda. Malangnya tanah bagi memindahkan kemudahan pasar serta perhentian bas telah dibangunkan Pasaraya Jusco. Maka dengan itu, bermulalah kegagalan Bazaar Perdana untuk berfungsi seperti pelan asal pemaju. Kini bangunan Bazaar Perdana tersebut hanyalah sebuah bangunan gajah putih yang tersergam indah tanpa penghuni. Dari tinjauan pihak KMPP, banyak rungutan daripada pihak pembeli mengatakan bahawa mereka telah ditipu oleh pihak pemaju. Paling menyedihkan, terdapat beberapa unit milik pembeli kepunyaan orang melayu telah dilelong oleh pihak bank kerana tidak mampu membayar pinjaman akibat kegagalan pihak pemaju mengawalselia Bazar Perdana berkenaan.  

Hakikatnya pihak pemaju yang di terajui oleh Dato’ Musa sendiri telah gagal untuk menguruskan bazaar tersebut dan pihak KMPP dimaklumkan bahawa tiada hakmilik strata yang dikeluarkan sehingga kini. Akibat daripada kecuaian tersebut sekarang ini pemilik-pemilik bazaar berkenaan menanggung kerugian dari segi ekonomi yang berpanjangan. Pemaju haruslah di pertanggung jawabkan sepenuhnya kerana gagal menguruskan bazaar berkenaan. Pemaju telah mengaut keuntungan tapi yang menanggung kerugian adalah majoritinya orang-orang melayu. Jangan jadi seorang pemimpin melayu yang hipokrit dan pihak KMPP mendesak agar pihak beliau supaya dapat mengatasi masalah yang berlarutan hampir 9 tahun ini diselesaikan dalam tempoh 30 hari. Jika gagal, atas nama ekonomi orang-orang melayu, pihak KMPP akan bertindak mengikut saluran-saluran tertentu dengan niat untuk menghidupkan kembali aktiviti-aktiviti perniagaan di bazaar tersebut. Ini termasuk juga kemungkinan mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan gantirugi kepada pemilik-pemilik berkenaan berasaskan kepada terma dan syarat  perjanjian jualbeli terutamanya melibatkan kecuaian pihak pemaju. Pada waktu yang sama pihak KMPP berharap agar pemilik bazaar berkenaan dapat menubuhkan satu Jawatankuasa Bertindak Pembeli bagi tujuan memudahkan masalah mereka disuarakan.

Pihak KMPP akan memberi kerjasama jika diperlukan. Sekali lagi ditegaskan bahawa KMPP tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak, termasuk Kerajaan negeri atau kerajaan pusat mahupun parti-parti politik atas isu kegagalan menangani masalah ekonomi orang-orang melayu di Pulau Pinang.

Jangan memperalatkan orang-orang melayu Pulau Pinang untuk meraih publisiti murahan. KMPP akan terus membongkar semua penyelewengan yang melibatkan ekonomi orang-orang Melayu yang tidak diperjuangkan selama ini. Ramai orang melayu yang bukan asalnya daripada Pulau Pinang mendabik dada mengaku diri mereka anak Pulau Pinang, tetapi hakikatnya mereka adalah opurtunis yang lebih mementingkan diri mereka dan kuncu-kuncu mereka sahaja.

Mereka menuntut bantuan dan projek dari pihak atasan, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat kononnya untuk menolong orang melayu Pulau Pinang. Sebenarnya projek dan bantuan tersebut adalah ditelan segelintir melayu yang menggunakan nama melayu Pulau Pinang. Pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat patut berhati-hati apabila ingin membantu Melayu Pulau Pinang kerana hakikatnya mereka ini opurtunis yang merugikan bangsa Melayu. 

Akhir sekali pihak KMPP menasihatkan Dato Musa Shaikh Fadzil supaya melepaskan kesemua jawatannya di dalam UMNO Pulau Pinang kerana beliau telah gagal dalam banyak hal terutamanya di dalam membantu ekonomi untuk orang-orang melayu di Bukit Mertajam dan Pulau Pinang amnya.