Rabu, 25 April 2012

KERUSI BAYAN BARU BUKAN UNTUK PARTI PKR LAGI

REFORMASI utk Poket Sendiri
KMPP terpegun dengan parti PKR Pulau Pinang yang tidak pernah malu meneguk air yang keruh mencadang serta merancang kerusi Bayan Baru bagi menempat calon mereka pada PRU13 nanti. Walaupun ahli yang dipilih dahulu untuk kerusi ini dan juga KETUA PKR NEGERI PULAU PINANG iaitu Dato Seri Zahrain melompat seperti katak keluar parti dahulu, kecoh satu pulau dibuatnya masih lagi ada hati untuk meletak calon PKR.
Pihak KMPP berterus terang menentang parti PKR negeri Pulau Pinang disebabkan ahli-ahli PKR yang tidak berkualiti sehingga menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk khususnya melayu Pulau Pinang. KMPP amat kecewa terhadap kedua-dua wakil Parti PKR iaitu Useless Double M (Mansor & Malik) bersifat tamak dan tidak pernah membantu melayu Pulau Pinang. kalau bantu pun bukanlah mengikut lunas undang-undang malah tidak ada pengetahuan langsung dalam tindakan yang dibuat demi kepentingan diri sendiri. Pelbagai isu yang melibatkan kepentingan melayu di Pulau ini tidak diperjuangkan tetapi jika ingin mempopularkan diri, merekalah tanpa malu akan kehadapan tanpa diminta. Segala janji yang dibuat, dilupakan setelah hasrat menjadi impian. Itulah parti PKR sehingga jawatan YDP MAINPP pun tamak dibolot untuk diri sendiri walaupun sudah memegang jawatan EXCO.   

Ini bukan ciri-ciri kepimpinan yang dikehendaki oleh penduduk melayu di Pulau Pinang. Tambahan pula Parti PKR adalah parti yang PALING LEMAH di dalam Pakatan Rakyat tetapi berlagak sebagai juara. Jangan hanya melaung ingin ke PUTRAJAYA tetapi calon sedia ada sendiri tidak berkebolehan.
 
Jentera S/Usaha PKR Bukit Mertajam
Ikhwan Nasser umpama
Kambing Biri-Biri Datang Dari Jawa
Lihatlah sendiri komen yang dibuat oleh Jentera ini yang tidak berminyak PenangInsight. Langsung tidak professional dalam memberi kenyataan. Kemana hilangnya kambing biri-biri ini sewaktu Isu Pilihanraya Kariah Masjid? Isu Tapak Masjid Bayan Mutiara? Isu pemilihan YDP MAINPP?
Tiba-tiba sahaja muncul memberi kenyataan melibatkan diri dalam isu kerusi Bayan Baru. KMPP percaya Ikhwan si kambing biri-biri dipergunakan oleh tuan punya kambing biri-biri dalam usaha merebut kerusi bayan Baru. Kesian melihat anak muda yang kononnya memperjuang untuk bangsa melayu Pulau Pinang memberi kenyataan seperti ini tanpa usul periksa. Jika PKR hebat, minta Anwar Ibrahim sendiri lawan dikubu kuat UMNO Pulau Pinang. Baru kata semangat setia kawan dalam PR.
Berikut adalah kenyataan KMPP dalam isu kerusi Bayan Baru FreeMalaysiaToday. Inilah cadangan yang harus ditingkatkan kerana parti PKR bukanlah parti memerintah di Pulau Pinang dan sudah terbukti kedua-dua calon Exco Melayu PKR sekarang sudah terbukti tidak berguna bagi penduduk melayu Pulau Pinang.


KMPP: UMNO PULAU PINANG BUKAN "CHAMPIONS OF MALAY"

APA SUDAH JADI UMNO PULAU PINANG?
KATA AHLI RAMAI PENYOKONG MELAYU? 
KATA CHAMPIONS OF MALAY?
 
Tak reti nak GERAKAN



Pihak KMPP kesian melihat pihak UMNO kerana tidak dipilih menjadi Presiden BN Pulau Pinang dan sebaliknya Dato Seri Najib memilih Teng Chang Yeow dari Parti Gerakan walaupun tidak  memenangi sebarang kerusi pada PRU12.

 
sembang macam GERAKAN


Ini menunjukkan Perdana Menteri sendiri tidak mempercayai kepimpinan UMNO Pulau Pinang dan perjuangan serta undi melayu Pulau Pinang disia-siakan untuk merampas kembali Presiden Barisan Nasional.


Tak guna diGERAKAN?


Kepada semua pengundi melayu Pulau Pinang yang telah memilih parti UMNO pada PRU12 yang lepas, pihak KMPP ingin memberitahu bahawa undi anda telah ditimbang diatas dacing BN dimana parti GERAKAN walaupun beratnya 0kg lebih berat daripada parti UMNO walaupun beratnya 11tonne. Ada Makna Tuuuu???

langsung tak boleh diGERAKAN!!



Berikut adalah kenyataan KMPP berkaitan perkara ini:

KMPP BERHARAP GUAN ENG BANTU FAP


Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak KMPP ikhlas ingin melihat bolasepak pasukan Pulau Pinang bersinar kembali selepas Mohd Foaz Hamid dipilih sebagai Presiden FAP dan mengalahkan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dimana Foaz mendapat 21 undi dan Zahrain 16 undi sahaja.

KMPP juga mengingatkan Mohd Foaz, Presiden FAP supaya amanah menjalankan tanggungjawab sebagai presiden dan benar-benar jujur serta ikhlas mempertingkatkan Pasukan Bola Sepak Negeri Pulau Pinang supaya  "Pisang Tidak Berbuah Dua Kali"

Kepada sesiapa yang mengenali Mohd Foaz akan memahami maksud pepatah ini dan beliau sendiri harus ingat, jangan kerana jawatan, pasukan bola sepak Pulau Pinang tercorot lagi. Peganglah jawatan ini dan peluang yang telah diberikan bagi tujuan FAP sahaja.

Oleh itu, pihak KMPP juga memohon agar Ketua Menteri memberi suntikan dana kepada FAP agar dapat memulihkan perjalanan mempertingkatkan pasukan bola sepak negeri Pulau Pinang. 

Berikut adalah petikan daripada PenangInsight:
http://penanginsight.com/content/kmpp-harap-guan-eng-bantu-fap-foaz-profesional

Ahad, 22 April 2012

MALIK KASSIM TAK HADIR MESYUARAT PERTAMA MAINPP

Seperti biasa exco Kerajaan Negeri dan Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Malik Kassim tidak hadir mesyuarat pertama MAINPP yang terpaksa dipengerusi oleh Datuk Saleh Man. Adakah ini menunjukkan ketidak ikhlasan beliau melepas jawatan YDP MAIP kepada Datuk Saleh Man hingga menimbulkan isu mesyuarat ini tidak sah oleh Parti UMNO Pulau Pinang?

Apapun KMPP berpendapat beliau seperti "bom jangka" yang akan meletup dan memberi masalah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Berikut adalah pandangan KMPP bersama blog PenangInsinght:

Mengapa Malek tak hadir mesyuarat pertama MAINPP, tanya KMPP

Yang diPertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Abdul Malek Abul Kassim didesak menjelaskan sebab tidak hadir mesyuarat kali pertama majlis pada Khamis lepas sehingga terpaksa dipengerusikan oleh timbalannya Datuk Saleh Man, kata Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP).
Pengerusinya Rahmad Isahak berkata, keengganan Abul Malek Abdul Kassim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu diduga menjadi 'bom jangka' yang akan meledak kestabilan politik Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
"Beri penjelasan mengapa beliau (Abdul Malek) tidak dapat hadir pada mesyuarat tersebut," ujarnya pada PenangInsight.com sambil meluahkan nada kecewa dengan pihak berkenaan.
Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya tidak bermaksud untuk mempertikai Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong menyerahkan watikah kepada Abdul Malek sebelum ini.
Menurut beliau, kemelut itu boleh merugikan umat Melayu di negeri berkenaan serta memperlihatkan perselisian antara dua parti mesra Melayu, iaitu PAS dan PKR.
Pun begitu, beliau memuji Datuk Mansor Haji Othman kerana Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang mengaku melakukan kesilapan pentadbiran sebelum ini.
Rabu lepas, Mansor mengumumkan hasrat Kerajaan Negeri untuk mengadap rayu ke Istana bagi mendapatkan nasihat daripada Agong bagi menghadapi kekeliruan yang diada-adakan oleh Umno Pulau Pinang.
Umno Pulau Pinang menuduh PKR khusus Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat parti) memungkiri janji politik pilihan raya kecil Permatang Pauh pada Ogos 2009 lepas, iaitu mahu melantik Saleh sebagai Yang diPertua MAINPP selepas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu menerima mandat rakyat sebagai ADUN.
Beberapa pemimpin Umno Pulau Pinang menganggap tidakan Saleh mempengerusikan mesyuarat kali pertama pada Khamis lepas adalah tidak sah.
Saleh kemudiannya menolak dakwaan pemimpin-pemimpin Umno itu.
Tidak cukup dengan itu, pemimpin Umno berkenaan menuduh Mansor serta Kerajaan Negeri mempersenda watikah Agong seperti yang diduga sebelum ini.
"Atas pentadbiran politik, benda sekecil ini boleh menjadi satu bom jangka yang bakal meledak (Kerajan Negeri)," ujar Rahmad. -END

Isnin, 16 April 2012

KMPP NASIHAT 2 EXCO MELAYU PKR "JANGAN TIDUR"

Sebagaimana yang kita ketahui, banyak masalah penduduk melayu Pulau Pinang hanya bergantung kepada 2 Exco melayu yang dikenali sebagai DOUBLE M iaitu Mansor Timbalan Ketua Menteri 1 dan Malik Kassim Exco Agama Islam.

Malang sekali kedua-dua pemimpin dari Parti PKR nampaknya tidak berkaliber langsung dalam menangani masalah-masalah yang timbul melibatkan isu melayu disini. Pihak KMPP pernah menyuarakan beberapa kali supaya kedua-dua pemimpin ini meletak jawatan jikalau tidak berminat meneyelesaikan semua masalah yang timbul melibatkan kaum melayu disini. Menjadi Exco bukan hanya mencari populariti dan publisiti. Jika hendak menjadi sedemikian, maka eloklah kedua-dua pemimpin PKR ini menjadi penyanyi popular atau memasuki pertandingan seperti Raja Lawak. 

Pihak kami juga berpendapat banyak himpunan haram yang tidak bertamadun seringkali kita dengar berlaku di KOMTAR adalah disebabkan pemimpin melayu yang dimaksudkan langsung tidak mengambilberat dalam menyelesaikan perkara-perkara yang berbangkit.

Isu terbaru berkaitan tapak masjid dan tapak sekolah Bayan Mutiara dimana sekali lagi kedua-dua pemimpin ini tidak bersuara langsung dalam memberi keterangan berkaitan perkara berbangkit hingga unsur ini menjadi satu masalah perkauman disini jika tidak ditangani. Berikut adalah keratan yang dipetik dari blog PenangInsight terhadap kenyataan KMPP:-

KMPP nasihat dua exco Melayu P.Pinang 'jangan tidur'


DUA exco Melayu dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang dinasihatkan supaya segera menjawab fitnah berhubung isu tanah pelan tapak masjid Bayan Mutiara yang diada-adakan oleh Umno di negeri berkenaan demi mengelak salah faham di kalangan Melayu.
Nasihat Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak (kiri) itu ditujukan kepada Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Haji Othman dan Abdul Malik Abul Kassim (Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna).
Presidenya, Rahmad Isahak berkata, penjelasan panjang lebar perlu keluar daripada dua orang berkenaan bagi meredakan tanggapan buruk yang dilemparkan oleh Umno yang mahu mengambarkan Kerajaan Pakatan Rakyat tidak jujur dengan rakyat terutamanya kepada orang Islam kerana sanggup menjual tanah yang dikhaskan untuk pembangunan masjid.
"Mereka berdua wajar segera menjawab untuk membantu Ketua Menteri dalam isu ini.
"Suara mereka harus menjadi medan untuk diketengahkan ke seluruh pelusuk kampung orang melayu khasnya untuk menceritakan keadaan sebenar, " jelasnya.
Tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan ujar beliau, isu ini akan terus dicanang oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang, Syed Husain bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat menikam orang melayu sendiri berkaitan penjualan tanah di Bayan Mutiara yang ada di dalamnya tapak masjid.
Bagi KMPP segala persoalan isu masjid kena diperbereskan segera walaupun tahu ia bukan salah Kerajaan Pakatan Rakyat sebaliknya Umno yang sewaktu menjadi pemerintah tidak prihatin terhadap isu berkenaan dengan membiarkan tanah di situ tanpa mengemukan plan pecah sempadan supaya kawasan berkenaan dapat di serahkan pada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp).
"Semua orang tahu Umno sengaja membakar isu tersebut untuk kepentingan politik. Umno menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat mengabaikan tanggungjawab terhadap orang melayu, " tegas beliau.
KMPP tahu semua itu tuduhan tanpa bukti yang harus diperjelaskan segera selain tindakan mahkamah sepertimana yang dinyata oleh Lim Guan Eng.
Menurt Rahmat, Umno mengakui pernah mengemukakan plan perancangan sewaktu Barisan Nasional (BN) memerintah Pulau Pinang dan ia telah pun diluluskan pada 30 Oktober 2006.
"Inilah punca isu yang dibangkitkan hari ini di mana dari tahun 2006 sehinggalah 8 Mac 2008 iaitu jangkamasa setahun lima bulan. apakah dalam jangkamasa tersebut kerajaan terdahulu telah mengemukakan plan pambangunan dan plan pecah sempadan bagi membolehkan tapak masjid berkenaan dipindah milik kepada Maipp.
Jika situasai tersebut dilaksanakan barulah katanya, tanah masjid berkenaan di 'geset' hanya bagi tujuan pembinaan masjid.
Oleh demikian siapakan sebenarnya bertanggungjawab menghilangkan tapak masjid berkenaan adakah PR atau BN.
KMPP mencabar Ketua Pemuda Umno Negeri jika benar mereka mempunyai bukti bahawa mereka mendapat plan pecah sempadan dan hak milik telah diserahkan kepada Maipp maka mereka harus membuktikan dalam bentuk dokumen yang sah.
Mereka juga jika ada bukti yang kukuh harus buat laporan polis bahasa Kerajaan Pakatan Rakya telah lakukan satu kesalahan yang melampaui batas dengan menjual tapak masjid sehinggakan membelakangkan hak orang melayu sendiri.
"Usah cakap kosong tanpa ada bukti dengan dokumen yang sah. Dari sini sudah jelas siapakah sebenarnya menghilangkan tapak masjid berkenaan BN atau Pakatan Rakyat, " jelas beliau.

Khamis, 12 April 2012

TAPAK MASJID DAN SEKOLAH BAYAN MUTIARA – UMNO / KERAJAAN NEGERI TURUT BERSALAH

Kontraversial ke atas isu tapak masjid dan tapak sekolah di Bayan Mutiara telah mengamit kepada persoalan bagaimana untuk mendapatkan kebenaran yang sahih. KMPP menilai situasi tuduhan-tuduhan berkenaan yang dibangkitkan oleh pihak UMNO menerusi ketua pemudanya lebih cenderung kepada persoalan undang-undang serta peraturan pembangunan di negeri ini. Siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab hingga menyebabkan kedua-dua plot tanah berkenaan dijual oleh kerajaan negeri kepada pihak pemaju. Adakah tuduhan pihak UMNO benar-benar ikhlas demi kepentingan agama atau bagi mencari keuntungan politik dengan meracuni fikiran orang-orang melayu Pulau Pinang supaya membenci kerajaan negeri. Begitu juga kepada kerajaan negeri dimana tanah-tanah tersebut telah dijual dalam keadaan mempunyai pengetahuan bahawa kedua-dua plot tanah tersebut adalah kebal disisi undang-undang. Maka KMPP berhasrat memberikan sedikit rentetan peristiwa bagi dijadikan asas dalam mencari kebenaran.

1.      PELAN PERANCANGAN YANG DILULUSKAN PADA 30/6/2006

 Sesungguhnya pelan perancangan yang telah diluluskan inilah merupakan subjek utama dalam kemelut isu berkenaan. Memang terdapat plot tapak masjid dan tapak sekolah dalam cadangan pembangunan yang diluluskan dalam fasa 1 di Bayan Mutiara sewaktu kerajaan Barisan Nasional memerintah dahulu dimana UMNO adalah sebahagian dari kerajaan memerintah. Memang tiada nombor lot kerana tanah berkenaan adalah berstatus tanah tebus guna dan diletakhak dibawah Kerajaan Negeri (BN) ketika itu. Di dalam pelan perancangan berkenaan terdapat 13 komponen dari jenis pembangunan bercampur atau “mixed development project”. Syarat bagi mendapatkan sijil menduduki (CF) adalah diwajibkan supaya pihak pemaju terlebih dahulu mendapatkan kelulusan hak milik tanah berasingan (Qualified Title) dari pihak Berkuasa Negeri. Persoalan sekarang apakah pelan perancang berkenaan masih sah atau telah lupus dari segi pelan pembangunan dibawah akta perancang bandar dan desa 1976?

Oleh kerana salah satu komponennya yang dikenali sebagai D’ RESIDENCE telah dibina dan telah memperolehi sijil penghunian pada bulan Julai 2010 maka pelan berkenaan adalah masih sah hayatnya ketika tanah tersebut dijual serta plot-plot lain terutamanya plot tapak masjid seluas 2.4 ekar dan plot tapak sekolah seluas 6 ekar adalah terpakai dan kebal disisi undang-undang serta tidak boleh disentuh. Hanya yang membezakan status kedua-dua plot tapak tersebut adalah kerana belum ada hak milik berasingan yang dikeluarkan.

Inilah persoalan yang timbul bagaimana semenjak tarikh kelulusan pelan perancangan fasa 1 iaitu pada 30 Jun 2006 hingga sekarang tiada sebarang usaha dibuat untuk mendapatkan hak milik tanah bagi membolehkan dua plot tanah berkenaan dipindah milik kepada MAIP dan Kementerian Pelajaran (melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan).

2.      PIHAK MANA YANG MENDATANGKAN LIABILITI

Dalam mengutarakan kenyataan dalam isu berkenaan maka KMPP bebas bersuara diatas landasan NGO dan bukannya parti politik dimana pihak KMPP lebih menjurus kepada soal mencari kebenaran menerusi undang-undang dan peraturan-peraturan pembangunan dinegeri ini.

Kerajaan Barisan Nasional yang memulakan cadangan pembangunan di Bayan Mutiara menerusi PDC Properties adalah tuan tanah dan juga pemaju. Keseluruhan tanah berkenaan adalah milik anak syarikat Kerajaan Negeri sendiri. Walau apapun dokumen sah yang dikeluarkan bersangkutan dengan hak milik berasingan (Qualified Title) bebanan adalah terletak dibahu Kerajaan terdahulu kerana telah gagal memberikan keutamaan supaya kedua-dua plot tanah tersebut dipindahmilik terlebih dahulu. Tarikh 30 Jun 2006 hingga 8 March 2008 terdapat jangkamasa lebih kurang 20 bulan dan 8 hari ataupun lebih tepat lagi 1 tahun 8 bulan dan 8 hari sebelum tsunami melanda bagi Pakatan Rakyat mengambilalih Kerajaan dinegeri ini, mengapakah tiada usaha langsung diambil kearah maksud pindahmilik dibuat? Agak tidak keterlaluan jika pihak kami katakan bahawa pihak PDC Properties dengan izin Kerajaan Negeri ketika itu lebih mementingkan pembangunan D’ Residence daripada menyelamatkan tapak masjid terutamanya. Mereka amat yakin untuk menjadi Kerajaan Negeri selama-lamanya. Lihatlah apa sudah terjadi sekarang dan sesungguhnya kuasa Allah S.W.T telah menentukan segala-galanya. Perlu diingat bahawa Parti UMNO adalah sebahagian daripada Kerajaan barisan Nasional terdahulu maka mereka jugalah bertanggungjawab kerana gagal serta lalai memindah milik tapak masjid dan sekolah tersebut sehingga menyebabkan tanah-tanah berkenaan telah dijual kepada pihak pemaju.

Satu lagi keraguan yang munasabah timbul mengapa baru sekarang isu terpenting ini dibangkitkan oleh pihak UMNO setelah tanah Bayan Mutiara berkenaan telah disempurnakan penjualannya oleh pihak Kerajaan Negeri? Bukankah mantan Ketua Menteri dan Mantan Timbalan Ketua Menteri serta bekas Exco Kerajaan Negeri dalam Barisan Nasional dahulu yang masih lagi hidup sudah ada pengetahuan dalam isu berkenaan dan mengapa tidak mendapatkan satu perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi untuk menghalang Kerajaan Negeri sekarang menjual khususnya melibatkan tapak masjid dan tapak sekolah tersebut? Jika senario tersebut berlaku, sudah pasti pada hari ini saudara Ketua Pemuda UMNO Negeri tidak menjadi bahan cacian serta dipandang serong oleh rakyat khususnya orang melayu dinegeri ini.

Kesimpulannya adalah munasabah dan tanpa  prasangka dikatakan bahawa pihak UMNO Negeri adalah juga bersubahat dalam melenyapkan tapak masjid dan tapak sekolah di Bayan Mutiara tersebut. Satu lubang besar telah dikorek bagi menempatkan diri mereka sendiri.

Secara neutralnya dan tanpa prasangka KMPP berpandangan bahawa dalam isu yang melibatkan soal agama Islam dan pendidikan berkenaan bebanan adalah juga ditangan pihak Kerajaan Negeri. Soal bagaimana kedua-dua plot tanah tersebut dijual sedangkan terbukti bahawa pelan perancangan fasa 1 berkenaan masih sah dan plot tapak masjid serta sekolah berkenaan adalah kebal disisi undang-undang. Memang ada liabiliti keatas tanah tersebut. Tidak dapat dinafikan bahawa pihak kerajaan berkuasa sepenuhnya dalam soal pentadbiran tanah negeri dimana Y.A.B Ketua Menteri adalah Exco Tanah. Dalam isu ini, pihak Kerajaan Negeri adalah terlibat secara kesinambungan daripada pembangunan yang diilhamkan oleh Kerajaan Barisan Nasional dahulu. Soal adakah penjualan tanah Bayan Mutiara tersebut dibuat tanpa mengambilkira atau terlepas pandang atau terkhilaf dari sudut undang-undang masih merupakan satu jawapan yang dinantikan oleh rakyat khususnya umat Islam dinegeri ini.

Timbul persoalan apakah segala nasihat daripada pihak Kerajaan Tempatan serta agensi kerajaan yang lain telah mengakibatkan Kerajaan Negeri sekarang ini berada didalam dilema? Atau adakah Kerajaan Negeri terasa tertipu serta ada unsur-unsur sabotaj hasil daripada nasihat teknikal yang telah diberikan tersebut. Terlajak perbuatan dari segi tindakan tambahan pula melibatkan sebuah Kerajaan Negeri adalah satu fanomena dimana rakyat akan menilai situasi tersebut.  

Agak begitu mengecewakan sekali dalam isu tapak masjid ini mengapakah hanya Ketua Menteri harus memberikan kenyataannya sedangkan ada 2 pemimpin melayu yang beragama Islam di dalam Kerajaan Negeri iaitu Timbalan Ketua Menteri 1 dan Exco Agama Islam. Mengapakah mereka membisu? Sepatutnya merekalah orang pertama yang wajar mengeluarkan kenyataan bagi pihak Kerajaan Negeri. Jika benar segala tuduhan tersebut adalah fitnah. Tidak mengapalah sudah nasib orang melayu dinegeri ini mempunyai pemimpin sedemikian. Semoga mereka dapat mengekalkan jawatan mereka selepas PRU13 nanti.

3.      KERAJAAN NEGERI DAN UMNO PERLU MEMOHON MAAF

Dipihak UMNO mereka bermati-matian mempertahankan tapak masjid dan tapak sekolah berkenaan serta menuduh seratus peratus (100%) Kerajaan Negeri yang bersalah. Namun tempoh bagi 1 tahun 8 bulan 8 hari tersebut disembunyikan daripada rakyat terutamanya umat Islam dinegeri ini.

Pihak Kerajaan Negeri setakat ini masih belum ada permohonan maaf dibuat diatas kesalahan teknikal atau terkhilaf samada secara sedar atau tidak hingga menyebabkan kedua-dua plot tanah berkenaan dijual. Hakikatnya dalam soal ini pihak UMNO juga harus terlebih dahulu memohon maaf bagi pihak Kerajaan Barisan Nasional dahulu, kerana merekalah yang telah mengilhamkan pembangunan fasa 1 di Bayan Mutiara. Bertanggungjawablah demi umat Islam disini dan jangan meletakkan propaganda politik sebagai keutamaan daripada kepentingan agama sendiri. Sebagai manusia biasa kita tidak pernah sunyi daripada membuat kesilapan.

4.      PELAN PERANCANGAN BARU BAYAN MUTIARA

Nasi sudah menjadi bubur. Tapak masjid dan tapak sekolah perlu dikembalikan di Bayan Mutiara menerusi pelan pembangunan baru oleh pihak pemaju. Umum mengetahui adalah menjadi amalan biasa didalam setiap pemajuan akan ada kehendak daripada Jabatan Teknikal yang harus dipatuhi. Difahamkan pembangunan baru di Bayan Mutiara adalah lebih kepada mewujudkan sebuah bandar bertaraf antarabangsa dimana kepadatan (density) melebihi 1000 unit. Ini bermakna bahawa sebuah tapak masjid dan tapak sekolah adalah menjadi perkara wajib dan terpakai. Justeru itu, ianya menjawab segala pertuduhan yang dilemparkan terhadap Kerajaan Negeri. Adalah diharapkan pihak pemaju akan memberi keutamaan untuk memindah milik kedua-dua plot tanah berkenaan supaya pisang tidak berbuah dua kali.

Sebagai bahan rujukan bagi membezakan polisi pembangunan dimana sewaktu Barisan Nasional memerintah dahulu, kita dapati tiada tapak rumah ibadat disediakan. Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang mewajibkan setiap pembangunan yang munasabah harus disediakan tapak rumah ibadat bagi kegunaan bukan Islam. Mungkin polisi tersebut adalah bagi mengimbangi kesaksamaan semua kaum. Namum tapak masjid bagi orang-orang Islam adalah satu keutamaan yang tidak boleh dinafikan.

5.    TUDUHAN TANAH WAKAF DILETAKKAN DIBAWAH CHIEF MINISTER INCOPERATED (CMI)

Tuduhan yang amat serius ini telah mendatangkan kemarahan daripada umat Islam terutamanya di Pulau Pinang. Apakah benar semua tanah wakaf masjid dan surau tidak diwakafkan kepada MAIP sebaliknya diletakkan dibawah CMI. Tuduhan juga mengatakan bahawa status tanah wakaf adalah sama taraf dengan tapak rumah ibadat yang diatas tanah wakaf juga boleh didirikan kuil, gereja dan tokong? Apakah kesemua tuduhan ini adalah benar? Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Menteri untuk menjawabnya secara rasmi. Umat Islam disini akan bangkit jika benar sepertimana tuduhan pihak UMNO tersebut.

Justeru itu, jika tuduhan-tuduhan pihak UMNO adalah fitnah semata-mata bagi meraih sokongan politik disamping bertujuan meracuni fikiran orang-orang melayu dinegeri ini, maka UMNO akan ditimpa malapetaka sokongan daripada orang-orang melayu sendiri pada PRU13 nanti. KMPP dengan ini menuntut saudara Ketua Menteri memberikan kenyataan rasmi keatas tuduhan tersebut.  

6.      CADANGAN BERDEBAT OLEH KMPP

Berasaskan tuduhan-tuduhan yang melibatkan soal agama Islamlah maka bagi merungkai kebenaran melalui persoalan undang-undang dan peraturan pembangunan pihak kami (KMPP) yang terlalu kerdil ini telah mencabar saudara Ketua Pemuda UMNO Negeri untuk berdebat dengan Presiden KMPP sendiri. Walaubagaimanapun ianya telah ditolak secara ego oleh beliau dengan membezakan kekuatan keahlian dengan KMPP. Mengapa KMPP yang kerdil sanggup berdebat dengan beliau yang kononnya ada puluhan ribu ahli dan situasi berkenaan akan membuatkan rakyat terutamanya melayu disini berfikir secara logik.

KMPP hanya menggunakan minda disamping anugerah daripada ilahi melalui pengalaman dan pengetahuan dalam mencari kebenaran yang munasabah. Perlu diingatkan bahawa KMPP ada Peguam dan Jurutera Civil serta ahli-ahli perniagaan professional yang mampu menggegarkan pentas politik dinegeri ini terutamanya parti-parti politik melayu. Pihak KMPP amat berterima kasih kepada salah satu blog UMNO yang telah mempamirkan dokumen-dokumen penting melalui internet. Itupun setelah KMPP mengkritik hebat pihak UMNO secara psycology keatas isu tapak masjid di Bayan Mutiara. Akhirnya blog UMNO tersebut telah melondeh dokumen yang amat penting dan tidak boleh dicabar jika kes berkenaan diseret ke mahkamah. Kepintaran mereka akhirnya telah menggali lubang sendiri.

Walaupun pihak KMPP dilabel sebagai anjing DAP dengan mendapat habuan lumayan sehingga sanggup menidakkan kebenaran dalam isu berkenaan, maka pada hari ini KMPP dengan rasmi ingin memaklumkan bahawa usaha kami selama ini adalah dengan menggunakan minda yang dikurniakan Allah S.W.T dan tiada kaitan dengan mana-mana parti politik apatah lagi dengan DAP. saya sendiri tidak pernah duduk dan berbincang walau satu ayat sekalipun dengan Ketua Menteri dan seterusnya pihak kami tidak pernah makan hasil belanja daripada DAP walaupun secawan teh O. Satu lagi fitnah yang diwujudkan oleh blog UMNO.

Oleh yang demikian, pihak KMPP yang kerdil ini akan terus mengkritik secara membina tidak kira Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Pusat dari sudut politik dan ekonomi bagi pihak orang-orang melayu Pulau Pinang yang kini telah mencecah hampir 640,000 orang. Perlu diingat bahawa kedudukan melayu dinegeri ini adalah penyumbang kedua terbesar dan bukan lagi boleh dianggap sebagai golongan minoriti.

Hakikat terpenting ialah orang-orang melayu di Pulau Pinang perlu mempunyai kekuatan politik di dalam Kerajaan Negeri tidak kira parti mana yang memerintah selepas PRU13 nanti. Tanpa keperluan serta kekuatan politik jangan bercakap soal ekonomi. Justeru itu seandainya, jika Pakatan Rakyat masih berkuasa selepas ini di Pulau Pinang maka rakyat tidak mahu lagi scenario yang dilabel sebagai meminggirkan melayu disini masih berulang lagi. Umum bersetuju bahawa tempoh sulung selama 4 tahun pertama berkenaan tidak boleh dijadikan ukuran. Tempoh tersebut lebih menjurus kepada soal implementasi pentadbiran keatas kesinambungan 42 tahun daripada pemerintahan daripada Kerajaan dahulu.

Perlu diingatkan sehingga saat ini, saya dan rakan-rakan dalam KMPP bukanlah ahli parti DAP malah kami adalah ahli UMNO lebih daripada 20 tahun akan tetapi tak pernah bayar yuran keahlian. Namun diatas permainan politik yang dianggap “notorious” ini oleh pihak UMNO berkemungkinan angin perubahan pasti akan berlaku menjelangnya PRU13. Apakah maksudnya, sama-samalah kita tunggu.......      

7.      UMAT ISLAM MESTI BERSATU

Apapun kesimpulannya, kedua-dua pihak UMNO dan Kerajaan Negeri ada liabiliti dalam isu tapak masjid dan isu tapak sekolah berkenaan. Namun tetap ada jalan penyelesaian yang rasional dan munasabah. Tapak masjid untuk orang Islam dinegeri ini akan tetap wujud dan begitu juga tapak sekolah untuk rakyat Pulau Pinang juga akan wujud di Bayan Mutiara. Tiada pihak yang boleh mendabik dada dalam isu berkenaan. Pihak Kerajaan Negeri akan mempastikan tanggungjawab mereka kepada rakyat negeri ini.

Umat Islan di Pulau Pinang disarankan supaya tidak menggunakan fizikal sebaliknya mempraktikkan revolusi minda bagi menangani insiden hitam tersebut dari terus berpanjangan. Tolaklah sama sekali propaganda politik demi bagi kesejahteraan kaum dan terpenting sekali orang-orang melayu Pulau Pinang perlu lebih erat bersatu demi masa depan anak cucu kita dan generasi yang akan datang. Mandat adalah ditangan kita. Pemimpin politik adalah bertindak sebagai konduktor semata-mata. Dalam negara yang berpaksikan demokrasi ini, sesebuah kerajaan adalah terbentuk hasil daripada mandat yang diberikan oleh rakyat. Oleh yang demikian gunakanlah minda bagi tujuan memberikan mandat yang baru menjelang PRU13 nanti.

Sekian, terima kasih.

RAHMAD ISAHAK
PRESIDEN, (019-4728509)

Selasa, 10 April 2012

UMNO SABOTAJ PROGRAM ANAK EMAS

Berikut adalah petikan yang diambil dari blog PenangInsight dimana pihak KMPP hairan dengan tentangan hebat UMNO Pulau Pinang yang hendak menjadi hero tetapi menghalang sumbangan Kerajaan Negeri RM100 kepada pelajar sekolah (Darjah 1 & 4 serta Tingkatan 1 & 4). Ini berpunca daripada kenyataan Dato Musa yang mengugut pentadbiran sekolah dan berlagak jadi hero. Nak jadi hero melayu kalau selesaikan isu Bazar Perdana, Bandar Perda yang ditinggalkan olehnya. Paling penting, UMNO Negeri Pulau Pinang terajui kepimpinan Barisan Nasional Negeri ini. Bukannya hendak menjadi hero dengan menghalang sumbangan kepada rakyat. Pihak KMPP berpendapat, kesemua parti politik perlu memperbanyakkan sumbangan kepada rakyat dan bukannya kepada kroni-kroni mereka sahaja.

 

NGO Melayu nasihat Umno henti sabotaj Program Anak Emas


KONGRES Melayu Pulau Pinang menasihat Umno di negeri berkenaan supaya tidak menghalang pihak sekolah menerima sumbangan Projek Pelajar Emas daripada Kerajaan Negeri.
Pengerusinya, Rahmad Isahak berkata sumbangan RM100 kepada pelajar darjah 1, darjah 4, tingkata 1 dan tingkatan 4 itu adalah untuk tujuan pendidikan serta tidak wajar dipolitikkan.
"Kerajaan Negeri memberi sumbangan pendidikan RM100 kepada pelajar kerana mereka mempunyai lebihan keuntungan. Jangan sekat pelajar terima bantuan ini sebab ia bukan (bermotif) politik.
"Kalau Umno ikhlas nak tolong pelajar, cadangkan lebih banyak lagi sumbangan pendidikan langsung kepada pelajar-pelajar seolah ini (Program Anak Emas)," ujarnya petang tadi, di Komtar, George Town.
Beliau berkata, parti pembangkang itu seharusnya lebih demokratik serta mengubah cara berfikir sekiranya mahu mendapatkan kembali sokongan rakyat, khususnya Melayu di negeri berkenaan.
"Umno seharusnya terima senario yang wujud sekarang (iaitu) dia adalah pembangkang. Dia patut menerima persaingan dengan melakukan lebih banyak lagi kebajikan.
"Adalah lebih afdhal sekiranya Umno Pulau Pinang memikirkan (kaedah) untuk mendapatkan kerusi Pengerusi Barisan Nasional jika parti itu benar-benar kuat, bukan ugut pentadbiran sekolah tertentu supaya boikot program yang menguntungkan rakyat (serta) anak Pulau Pinang," ujarnya. -END

Sabtu, 7 April 2012

AHLI POLITIK UMNO DAPAT PROJEK BESAR DIRECT AWARD

Mari kita perhatikan tender yang diberi terus kepada Ahli Politik UMNO Pulau Pinang yang selalu bising memperjuangkan bangsa melayu. Tetapi sebenarnya beliau selalu bising kerana hendak projek. Baru-baru ini bising dan dapat projek daripada Kerajaan Pusat. Isu yang dibising menjadi sunyi bila dapat gula-gula. Telus betul pemimpin UMNO Pulau Pinang dan mereka pertikai jika Kerajaan Pakatan Rakyat beri projek tanpa tender. KMPP nasihat semua pengikut UMNO lihat dan tegur Parti sendiri sebelum mengata orang. Bunag semua pemimpin UMNO yang dah tua dan nasihat mereka jaga cucu dirumah.    

KMPP: Jejantas Bkt.Mertajam RM108 juta tender terbuka atau...

BELUM pun reda isu tanah Bayan Mutiara, Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) meledakkan pula isu kerajaan pusat didakwa menganugerahkan projek jejantas bernilai RM108 juta berhampiran Bangunan Umno Bukit Mertajam kepada seorang ahli politik Umno Pulau Pinang.
Presidennya, Rahmad Isahak berkata, pihaknya hairan mengenai kebolehupayaan pemaju Gold Bridge Engineering and Construction kerana mampu mendapatkan projek mega tersebut.
"Jika projek itu salah satu daripada (komponen) projek kereta api berkembar MMC-Gamuda, saya hairan, bagaimana syarikat ini dipilih sedangkan tiada kedengaran proses tender terbuka dilakukan oleh (kerajaan) pusat.
"Tender terbuka dalam jual beli tanah Bayan Mutiara dipertikai (oleh Umno) kerana (dianggap) tak telus. Saya nak tanya, adakah mana-mana ahli politik Umno Pulau Pinang mempengaruhi (kerajaan pusat) pusat untuk dapat 'anugerah' projek ini kerana tidak kedengaran (proses) tender terbuka dilakukan," ujarnya selepas melawat tapak projek itu di Bukit Mertajam.
Pun begitu, beliau berkata, hasrat kerajaan pusat membina jejantas ini bagi mengurangkan kesesakan trafik adalah murni.
Pembinaan jejambat itu menghubungkan Jalan Nangka dengan Jalan Perda Timur merentasi Jalan Padang Lalang (serta landasan kereta api) dan Jalan Permatang Rawa.
PenangInsight.com difahamkan, amalan lazim di mana-mana negeri, termasuk di Pulau Pinang antaranya membenarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) hanya menguruskan tender di bawah RM10 juta sahaja.
Projek yang menelan kos lebih dari jumlah RM10 juta diuruskan oleh Kementerian Kerja Raya sendiri di bawah Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.
PenangInsight.com cuba mendapatkan maklum balas di Bangunan Umno Bukit Mertajam, namun gagal.
Sumber dalaman Umno yang dihubungi kemudian memberitahu, penganugerahan projek mega tersebut mempunyai kaitan dengan kelantangan 'suara Umno Bukit Mertajam' pada Perhimpunan Agung Umno lepas.
"Pusat mesti memberi perhatian kepada pemimpin Bahagian (Bukit Mertajam) kami sebab dia lantang mendesak peneraju utama UDA letak jawatan kerana asyik memberi projek kepada syarikat kontraktor dari China sahaja."
Beliau bagaimanapun enggan menyebut nama pemimpin yang dimaksudkannya itu.

Jumaat, 6 April 2012

MASJID BAYAN MUTIARA: UMNO MASUK PERANGKAP KMPP

Sebagaimana yang diketahui isu masjid Bayan Mutiara menjadi panas. Pelbagai tomahan dilemparkan kepada pihak KMPP oleh blog UMNO yang sememangnya tidak tahu menilai rasional dan bersifat seperti melayu kafir mengata semasa Islam. Isu disini adalah berkaitan kebenaran dan pembinaan masjid.

Berikut adalah kronologi perjalanan pembangunan projek Bayan Mutiara yang telah dirancang oleh Kerajaan BN pada tahun 2006:-

Tahun 2006:               Kelulusan merancang pembangunan Bayan Mutiara (Semasa Kerajaan BN)
Tahun 2008:               Pertukaran Pemerintahan Pulau Pinang Kerajaan BN kepada Kerajaan PR 
Tahun 2010:               Kelulusan Sijil Penghunian D' Residence (DR) oleh MPPP pertengahan tahun.
Tahun 2012:               Isu berkaitan kemudahan awam pembangunan Bayan Mutiara dibangkit oleh
                                   UMNO (masjid dan sekolah)

Lihatlah betapa lamanya pihak UMNO merancang pembangunan Bayan Mutiara dan baru-baru ini baru bangkit isu lenyapnya kemudahan masjid dan sekolah oleh Kerajaan PR iaitu hampir 6 tahun. Pihak KMPP sebagai NGO yang neutral dan kerdil ingin mencari kebenaran sehingga sanggup mencabar Ketua Pemuda UMNO untuk berdebat tetapi dengan angkuhnya Ketua Pemuda hanya mahu berdepan dengan Kerajaan Negeri menunjukkan sifat ego yang menganggap dirinya berada dijalan yang benar.

Dokumen-dokumen di bawah menunjukkan perincian pelan asal Bayan Mutiara Fasa 1 termasuk tapak masjid dan sekolah. Selain daripada itu, disertakan juga beberapa dokumen seperti perjanjian pemaju yang akan menyerahkan tapak sekolah kepada Kementerian Pelajaran...(Blog UMNO)













Terperangkap sudah tembelang atau senjata UMNO dimana rahsia ini tidak ditunjukkan pada awal lagi bagi memudahkan orang-orang melayu faham dimana dokumen ini adalah dokumen sulit yang hanya ada pada mereka disebabkan merakalah yang merancang pembangunan ini pada tahun 2006. Bukti ini dikeluarkan setelah pihak KMPP mempersoal UMNO bertanggungjawab melenyapkan Masjid Bayan Mutiara kerana tidak pecah lot tanah dan diserah kepada pihak MAIP.

Persoalan disini, pihak KMPP mensimpulkan kes ini menjadi rumit akibat perbuatan UMNO yang berjuang dengan sifat ego demi mempertahankan hak orang-orang Islam demi kepentingan politik mereka. UMNO sepatutnya melawan perkara ini semenjak sijil CF dikeluarkan pada perumahan DR lagi bukan setelah lebih 1 setengah tahun.

Selain itu, pihak kami hairan bagaimana Yang DiPertua MPPP boleh keluarkan Sijil CF sedangkan beliau lebih arif tentang pembangunan projek ini semenjak tahun 2006 lagi dan beliau juga seorang Pengarah Bangunan MPPP pada ketika itu. Begitu juga dengan MAIP, PDC sebagai pemaju, Pejabat Tanah & Galian dan Penasihat Undang-Undang Negeri boleh terlepas pandang perkara ini sehingga menjadi isu yang hangat bagi umat Islam di Pulau Pinang? Adakah mereka bersubahat dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak mengendahkan isu ini atau dipaksa oleh Kerajaan PR demi menjual tanah?

Kepada Kerajaan PR terutamanya Ketua Menteri, pihak KMPP memandang perkara ini serius jika benar apa yang ditunjukkan oleh pihak UMNO maka kembalikan tanah yang telah diluluskan di dalam pelan fasa 1 bagi pembinaan masjid dan sekolah maka ianya harus dikecualikan dalam penjualan tanah kepada pihak Ivory serta memohon maaf pada keseluruhan umat Islam di Pulau Pinang. Manakala bagi pihak UMNO pula, isu sebegini janganlah dipolitikan. Jika ada kebenaran, sila kemukakan bukti lebih awal supaya umat Islam di Pulau Pinang tidak berada di dalam keraguan. UMNO juga bersalah dalam perkara ini dimana pembangunan DResidence dipecah lot untuk pembangunan tetapi lot tanah MASJID dan sekolah diabaikan sehinggakini.

Pihak KMPP tidak memihak mana-mana Kerajaan samada BN atau PR. Kami juga berdiri diatas kaki sendiri dan tidak ditaja oleh mana-mana pihak demi memperjuangkan bangsa melayu di Pulau Pinang agar setaraf dengan bangsa lain. Jika pihak UMNO, PAS, PKR atau DAP sudi berganding bahu dengan pihak kami, dialu-alukan. Buat masa ini, kami menyokong Kerajaan PR di Pulau Pinang kerana mereka yang memerintah tetapi kami akan menegur jika ada kesalahan demi memperjuangkan bangsa melayu di Pulau Pinang.

Pihak kami juga hairan calon EXCO MELAYU dari PKR iaitu double M (Mansor & Malik) tidak bersuara dalam hal ini. Pihak KMPP mendesak Ketua PKR iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim menyelesaikan perkara ini kerana kedua-dua wakilnya gagal memperjuangkan martabat melayu dan Islam di Pulau Pinang. Kegagalan DSAI dalam menangani isu ini, keseluruhan bangsa melayu Pulau Pinang akan menolak semua calon PKR di dalam PRU13 nanti.

Selasa, 3 April 2012

PRESIDEN KMPP MENCABAR KETUA PEMUDA UMNO NEGERI SUPAYA BERDEBAT ATAS ISU TAPAK MASJID

Pada hari ini Saya Rahmad Bin Isahak sebagai Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang dengan rasminya mencabar saudara Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang supaya berdebat secara terbuka bagi merungkaikan kebenaran sebenar ke atas isu tapak masjid di Bayan Mutiara.

Tujuan debat berkenaan adalah dicadangkan bukannya untuk mencari populariti atau publisiti diatas landasan persendirian mahupun platform politik tapi lebih menjurus kepada soal kebenaran keatas segala fakta tuduhan yang di ketengahkan oleh pihak UMNO dan begitu juga kepada pihak Kerajaan Negeri untuk membuktikan tentang penafian maksimum mengenai isu tapak masjid berkenaan.

KMPP berpendapat bahawa sebagai sebuah NGO Melayu Pulau Pinang yang amat kerdil serta tidak menyebelahi mana-mana pihak ke atas persengketaan tersebut tapi lebih mencari kepada soal kebenaran maka tanggungjawab siapakah yang melenyapkan tapak masjid tersebut? Tiada kompromi dalam hal ini apatah melibatkan persoalan undang – undang serta peraturan pembangunan sehingga membolehkan tapak masjid tersebut dipindahmilik kepada MAIPP dan seterusnya digazettkan.

Cadangan debat tersebut juga dibuat kerana sehingga ke hari ini tiada satupun dokumen sah membuktikan kesahihan tuduhan berkenaan dibuat. Kelulusan plan perancangan pada 30/6/2006 bukanlah bermakna pembangunan boleh dijalankan tapi sebaliknya hanyalah pelan perancangan yang dirancangkan.

Keduanya cadangan tersebut juga adalah bertujuan bagi orang – orang Melayu di negeri ini bagi mendapatkan kepastian dalam mencari kebenaran tentang tuduhan – tuduhan atau fakta yang dilemparkan. Ketiganya satu penilaian dapat dibuat oleh rakyat atau pengundi terutamanya orang – orang Melayu di negeri mahupun negara ini bagi menghukum parti – parti politik yang mencari publisisti politik yang dianggap terpenting menerusi atau dengan cara mempergunakan isu tapak masjid berkenaan.

Saya secara peribadi yakin bahawa cabaran debat sebegini akan disambut dengan serius serta ikhlas oleh saudara Ketua Pemuda UMNO Negeri kerana beliau juga sebagai seorang Islam adalah juga bertanggungjawab mempertahankan tapak masjid di BAYAN MUTIARA yang menjadi hak milik orang Islam di negeri ini.

Debat tersebut hendaklah diadakn pada bila – bila masa dalam tempoh 14 hari dimana pihak saya tidak kisah soal penganjur serta ianya mestilah diadakan di dalam perkarangan mana – mana masjid atau di lokasi yang bersesuaian di negeri ini tanpa sebarang syarat.

Perlu dinyatakan bahawa persoalan isu tersebut akan dibawa ke mahkamah sama ada oleh pihak UMNO mahupun kerajaan negeri tidak timbul sama sekali. Debat boleh diselesaikan dalam masa 14 hari namun kes mahkamah agak berpanjangan kemungkinan sehingga selesai PRU-13 nanti. Apa yang penting di sini adalah mencari kebenaran yang pasti demi bagi kepentingan umat Islam di negara ini dan yang mustahaknya umat Islam Pulau Pinang. Justeru itu pertikaian lidah melalui media tanpa sebarang bukti oleh parti – parti politik hanya akan mengheret rakyat bersama ke kancah permainan politik sempit di mana akhirnya hanyalah orang – orang Melayu yang mendapat malu serta di pandang hina oleh kaum lain.