Pihak KMPP juga mempertikaikan kenapa UMNO Negeri ini yang ada 11 kerusi
Dun tidak berani bersuara supaya kerusi Pengerusi Barisan Nasional Negeri ini
diberikan kepada UMNO? Inilah masa yang terbaik pemimpin UMNO disini menegakkan
atau melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai sebuah parti melayu yang
benar-benar memperjuangkan nasib melayu dinegeri ini. Soal menjadi pembangkang
tidak timbul dalam isu tersebut.
Akan tetapi apa yang dilakukan oleh pihak BERNAMA adalah sebaliknya serta
lari dari kenyataan sebenar pihak KMPP. KMPP tidak langsung menyatakan bahawa Parti
PAS dan Parti PKR tidak pernah membantu orang-orang melayu Pulau Pinang. Sesungguhnya
laporan BERNAMA tersebut secara tidak langsung telah memutar-belitkan kenyataan
sebenar KMPP.
Apakah selama ini pihak BERNAMA yang makan gaji dengan Kerajaan Pusat suka
dan gemar menyiarkan laporan yang tidak betul untuk penerimaan rakyat khususnya
orang-orang melayu? Ini bermakna selama ini orang-orang melayu khususnya banyak
bergantung serta membuat andaian keatas berita-berita palsu yang telah
diputar-belitkan oleh pihak BERNAMA sekiranya kenyataan tersebut tidak
menyokong parti Barisan Nasional. Situasi ini dilihat sebagai telah
membelakangkan kebebasan media dan patut diingatkan bahawa sekiranya laporan
tersebut dikeluarkan oleh seorang Islam, maka beliau juga akan dipersoalkan di
akhirat kelak.
Justeru itu adalah diharapkan pihak BERNAMA pada masa hadapan lebih peka
dalam menyiarkan sebarang berita daripada menjadi tukang tilik politik pihak
UMNO dan Barisan Nasional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan