Rabu, 9 Mei 2012

TUNKU AZIZ SEBAGAI MELAYU DAP BONEKA?

TIADA GUNANYA MEMEGANG JAWATAN JIKA TIDAK MEMBAWA
FAEDAH KEPADA MASYARAKAT KHUSUSNYA MELAYU 

KMPP selama ini banyak memperjuangkan nasib bangsa melayu negeri Pulau Pinang dengan memohon agar Kerajaan Negeri pimpinan Parti DAP dalam mencalonkan sekurang-kurangnya 5 kerusi termasuk 1 kerusi parlimen bagi calon Melayu DAP dalam barisan Exco kerajaan. Ini bagi membolehkan politik orang-orang melayu dapat didendangkan di Dewan Negeri malah dengan itu, ekonomi orang-orang melayu dapat dinikmati agar dapat bersaing dengan bangsa lain yang lebih maju. Tanpa kuasa politik, maka usahlah bermimpi ekonomi orang-orang melayu di Pulau Pinang dapat ditingkatkan.

Bagi pihak KMPP, parti politik umpama satu kenderaan dimana kita harus mengikuti kenderaan yang betul agar kita dapat tiba di suatu destinasi dengan pantas. Sebagai contoh, jika KMPP berada di Kelantan maka kenderaan yang diperjuangkan adalah kenderaan PAS. Begitu juga jika KMPP berada di Selangor, pihak kami akan bersama-sama dengan kenderaan PKR. Tetapi malang sekali, kita berada di Pulau Pinang dan kenderaan yang telah diburukkan namanya adalah pilihan yang perlu diperjuangkan iaitu kenderaan DAP.

Apa salahnya naik kenderaan DAP?

Kenderaan DAP mempunyai orang seperti Tunku Aziz yang memegang jawatan tertinggi perlu memain peranan yang lebih besar di Pulau Pinang bagi memajukan politik dan ekonomi orang-orang melayu Pulau Pinang. Adakah penduduk melayu Pulau Pinang pernah melihat Tunku Aziz meningkatkan taraf masyarakat melayu Pulau Pinang selama ini? Beliau hanya mendiamkan diri sahaja dan rela melihat bangsa melayu Pulau Pinang dikucar-kacirkan selepas pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Pandangan pihak KMPP harus diperlihat dari sudut positif dan sebagai NGO Melayu yang NEUTRAL kami ingin menyedarkan orang-orang melayu Pulau Pinang agar memberi peluang kepada Parti DAP bagi mempertingkatkan ekonomi kita setelah Kerajaan Barisan Nasional gagal membaikinya. Apa salahnya orang-orang melayu memilih parti DAP jika ketelusan parti DAP ditunjukkan agar kita dapat sampai ke destinasi yang lebih selesa?

Parti DAP yang dilabelkan sebagai parti perkauman, bagaimana pula Parti MCA, GERAKAN dalam Barisan Nasional hanya untuk orang-orang cina sahaja? Oleh itu, parti DAP harus menunjukkan keikhlasan parti tersebut ianya adalah untuk semua bangsa (multi racial party)  dan barulah akan mendapat sokongan orang-orang melayu.

Berikut adalah pandangan pihak KMPP berkaitan TUNKU AZIZ dimana jawatan yang dipegang beliau, disia-siakan untuk mengubah nasib bangsa melayu Pulau Pinang freemalaysiatoday. Beliau seharusnya lebih aktif di dalam parti ini memperkukuhkan politik dan ekonomi melayu Pulau Pinang atau beliau hanyalah boneka DAP semata-mata?





  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan