Seluruh rakyat Malaysia sudah menyaksikan kejadian BERSIH dari siri pertama hinggalah siri BERSIH 3.0. Ini jelas menunjukkan rakyat sudah bosan dengan pelbagai masalah tanpa pembelaan. Makin hari ada saja masalah yang dihadapi oleh rakyat dari segi kos makanan hinggalah kenaikan harga petrol.
Tuntutan BERSIH adalah suara rakyat dan Kerajaan pimpinan Barisan Nasional harus berdepan dengan perkara ini dan bukan menunding jari selepas kejadian BERSIH. Setiap hari ada saja berita menyenai BERSIH di suratkhabar mahupun berita di TV ataupun radio.
Semua permasalahan ini telah dirungkai oleh pihak kami dengan begitu mudah dan berikut adalah liputan berkaitan perkara yang dikatakan itu di FREEMALAYSIATODAY. Pihak Kerajaan Barisan Nasional harus bertindak dengan segera atau kemungkinan besar BOM JANGKA iaitu berjenama BERSIH 4.0 akan meledak pada bila-bila masa sahaja. Oleh yang demikian, bertindaklah segera jika hendak menyelesaikan masalah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan