Rabu, 23 Mei 2012

BERNAMA BERITA PUTAR BELIT SENSASI

BERITA PUTAR BELIT

KMPP banyak kali telah mengeluarkan kenyataan akhbar dengan harapan mesej yang hendak disampaikan diperhaluskan oleh orang-orang melayu khususnya di Pulau Pilang. Harapan KMPP terutamanya surat khabar melayu seperti Utusan Malaysia & Berita Harian dibawah BERNAMA dapat memainkan peranan menyampaikan mesej dan bukan memutar belit kenyataan yang telah dikeluarkan.



Pihak kami mengadakan sidang media kelmarin iaitu 22/5/2012 tajuknya Tunku Aziz Pemimpin Hipokrit dan berikut adalah kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh FREEMALAYSIATODAY dan PENANG INSIGHT


Lain pula dikeluarkan oleh pihak BERNAMA pada kesesokkan hari iaitu seperti dibawah ini.


Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) pada Selasa menggesa pemimpin-pemimpin Melayu terutama di Pulau Pinang supaya memperjuangkan nasib orang Melayu.

Presiden KMPP Rahmad Isahak berkata adalah satu kewajipan bagi orang Melayu menolak pemimpin-pemimpin yang tidak memberi keutamaan kepada bangsanya sendiri.

"Adalah menjadi tanggungjawab kepada pemimpin Melayu untuk membuktikan bahawa mereka telus untuk memperjuang nasib anak bangsa mereka...itu adalah kewajipan yang harus mereka laksanakan," katanya.

Beliau berkata pemimpin Melayu di Pulau Pinang perlu memainkan peranan memandangkan masyarakat Melayu di negeri itu mula dipinggirkan.

Rahmad juga meminta kerajaan negeri pimpinan DAP menjelaskan dakwaan bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang Dr Mohammad Fairus Khairuddin yang mendedahkan lebih 18,000 orang Melayu negeri ini berhijrah ke negeri lain kerana tidak mampu menampung kos sara hidup yang terlalu tinggi.


Antara mangsa yang percaya berita ini ialah blog TUKAR TIUB jelas menunjukkan dengan mudahnya orang-orang melayu ditipu dengan media-media BERNAMA.

Pihak kami amat kecewa dengan laporan BERNAMA sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan mencerminkan imej BERNAMA yang tidak professional. KMPP berharap orang-Orang Melayu Pulau Pinang yang mengikuti perkembangan KMPP harus peka dan jangan tertipu dengan berita yang dikeluarkan oleh pihak BERNAMA. Dahulu BERNAMA Putar Belit kenyataan KMPP dan sekarang pun diputarbelit juga kenyataan KMPP untuk menipu penduduk Melayu Pulau Pinang.

"TOLAK SAMA SEKALI MEMBELI SURAT KHABAR YANG SUKA MENIPU DEMI KEPENTINGAN SENDIRI SEHINGGA SANGGUP MEMPERDAGANG DAN MENGGADAIKAN NASIB BANGSA SENDIRI"



Rabu, 9 Mei 2012

TUNKU AZIZ SEBAGAI MELAYU DAP BONEKA?

TIADA GUNANYA MEMEGANG JAWATAN JIKA TIDAK MEMBAWA
FAEDAH KEPADA MASYARAKAT KHUSUSNYA MELAYU 

KMPP selama ini banyak memperjuangkan nasib bangsa melayu negeri Pulau Pinang dengan memohon agar Kerajaan Negeri pimpinan Parti DAP dalam mencalonkan sekurang-kurangnya 5 kerusi termasuk 1 kerusi parlimen bagi calon Melayu DAP dalam barisan Exco kerajaan. Ini bagi membolehkan politik orang-orang melayu dapat didendangkan di Dewan Negeri malah dengan itu, ekonomi orang-orang melayu dapat dinikmati agar dapat bersaing dengan bangsa lain yang lebih maju. Tanpa kuasa politik, maka usahlah bermimpi ekonomi orang-orang melayu di Pulau Pinang dapat ditingkatkan.

Bagi pihak KMPP, parti politik umpama satu kenderaan dimana kita harus mengikuti kenderaan yang betul agar kita dapat tiba di suatu destinasi dengan pantas. Sebagai contoh, jika KMPP berada di Kelantan maka kenderaan yang diperjuangkan adalah kenderaan PAS. Begitu juga jika KMPP berada di Selangor, pihak kami akan bersama-sama dengan kenderaan PKR. Tetapi malang sekali, kita berada di Pulau Pinang dan kenderaan yang telah diburukkan namanya adalah pilihan yang perlu diperjuangkan iaitu kenderaan DAP.

Apa salahnya naik kenderaan DAP?

Kenderaan DAP mempunyai orang seperti Tunku Aziz yang memegang jawatan tertinggi perlu memain peranan yang lebih besar di Pulau Pinang bagi memajukan politik dan ekonomi orang-orang melayu Pulau Pinang. Adakah penduduk melayu Pulau Pinang pernah melihat Tunku Aziz meningkatkan taraf masyarakat melayu Pulau Pinang selama ini? Beliau hanya mendiamkan diri sahaja dan rela melihat bangsa melayu Pulau Pinang dikucar-kacirkan selepas pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Pandangan pihak KMPP harus diperlihat dari sudut positif dan sebagai NGO Melayu yang NEUTRAL kami ingin menyedarkan orang-orang melayu Pulau Pinang agar memberi peluang kepada Parti DAP bagi mempertingkatkan ekonomi kita setelah Kerajaan Barisan Nasional gagal membaikinya. Apa salahnya orang-orang melayu memilih parti DAP jika ketelusan parti DAP ditunjukkan agar kita dapat sampai ke destinasi yang lebih selesa?

Parti DAP yang dilabelkan sebagai parti perkauman, bagaimana pula Parti MCA, GERAKAN dalam Barisan Nasional hanya untuk orang-orang cina sahaja? Oleh itu, parti DAP harus menunjukkan keikhlasan parti tersebut ianya adalah untuk semua bangsa (multi racial party)  dan barulah akan mendapat sokongan orang-orang melayu.

Berikut adalah pandangan pihak KMPP berkaitan TUNKU AZIZ dimana jawatan yang dipegang beliau, disia-siakan untuk mengubah nasib bangsa melayu Pulau Pinang freemalaysiatoday. Beliau seharusnya lebih aktif di dalam parti ini memperkukuhkan politik dan ekonomi melayu Pulau Pinang atau beliau hanyalah boneka DAP semata-mata?





  



Isnin, 7 Mei 2012

KENAIKAN GAJI MINIMUM 2012

Bercakap berkaitan gaji minimum yang telah diperjuangkan oleh pihak KMPP (Belanjawan 54 & PenangDaily) sebelum pengumuman yang dilakukan oleh Dato Seri Najib mengingatkan pihak kami kepada komik yang penuh bererti seperti ini.
"Say LaRi" atau "Salary" sama aja topik ni hangat2 tahi ayam aja.
Kenaikan kos barang-barang keperluan harian amat cepat berlaku. Kita lihat saja roti canai yang dahulunya dijual pada harga 30sen sahaja tetapi sekarang sudah menjadi RM1.00. Tidak hairanlah dahulu ibubapa kita boleh menyara 5 orang anak dengan gaji RM1500 sebulan tetapi sekarang pengumuman kenaikan gaji minimum RM900 hanyalah untuk orang bujang sahaja pada pandangan pihak kami. Sepatutnya kenaikan kos bagi barang-barang keperluan harian perlulah selari dengan kos peningkatan gaji minimum bulanan.

Kesian rakyat, dah la jadi tukang suap sampai pakai seluar dalam aja?
Sekarang ni rakyat dah nak londeh bogel dah.   
 
Oleh demikian, setiap rakyat Malaysia telah sedar selama ini komik diatas ini menggambarkan rakyat Malaysia. KMPP ingin berpesan kepada pihak Kerajaan Barisan Nasional, janganlah menunggu sehingga rakyat dibogelkan tidak berbaju baru hendak bertindak. 

Jumaat, 4 Mei 2012

BERSIH 4.0 MENGHITUNG HARI KEJADIANNYA

APAKAH PENYELESAIAN UNTUK MEMBENDUNG BERSIH BERLAKU SEMULA?
Seluruh rakyat Malaysia sudah menyaksikan kejadian BERSIH dari siri pertama hinggalah siri BERSIH 3.0. Ini jelas menunjukkan rakyat sudah bosan dengan pelbagai masalah tanpa pembelaan. Makin hari ada saja masalah yang dihadapi oleh rakyat dari segi kos makanan hinggalah kenaikan harga petrol.

Tuntutan BERSIH adalah suara rakyat dan Kerajaan pimpinan Barisan Nasional harus berdepan dengan perkara ini dan bukan menunding jari selepas kejadian BERSIH. Setiap hari ada saja berita menyenai BERSIH di suratkhabar mahupun berita di TV ataupun radio.

Pihak KMPP ada penyelesaian yang paling mudah dan berkesan untuk membendung masalah ini. Terpulang kepada Kerajaan Barisan Nasional untuk pertimbangkannya. BUBARKAN PARLIMEN. Dua perkataan yang amat mudah diungkap dan berikan semula hak rakyat untuk memilih kerajaan. Kenapa harus kita melihat perkara ini berlarutan dan merugikan pelbagai pihak? Ada pihak mengatakan kejadian BERSIH menguntungkan peniaga-peniaga disekitar kejadian itu. Ada pihak mengatakan POLIS yang bersalah? Ada pihak mengatakan DSAI yang memberi arahan? 

Semua permasalahan ini telah dirungkai oleh pihak kami dengan begitu mudah dan berikut adalah liputan berkaitan perkara yang dikatakan itu di FREEMALAYSIATODAY. Pihak Kerajaan Barisan Nasional harus bertindak dengan segera atau kemungkinan besar BOM JANGKA iaitu berjenama BERSIH 4.0 akan meledak pada bila-bila masa sahaja. Oleh yang demikian, bertindaklah segera jika hendak menyelesaikan masalah ini.