Pihak KMPP memandang serius
akan situasi yang tidak menentu sejak kebelakangan ini di mana ada hubungkait
dengan kehendak rakyat yang mana secara langsung melibatkan soal pentadbiran
negara. Sejauh mana kebenaran dan kehendak sebahagian rakyat Malaysia ini yang
mahukan suatu transformasi amatlah mengelirukan kerana ianya diterjemahkan
melalui cara revolusi fizikal atau lebih tepat lagi menerusi demonstrasi
jalanan. Tambah menyedihkan keadaan adalah penyertaan golongan ini diterajui
oleh mereka yang bertaraf professional serta yang mahir dalam soal perundangan
Negara. Mereka menggelarkan agenda mereka sebagai perhimpunan bersih. Bandaraya
Kuala Lumpur kononnya akan dijadikan sebagai tapak pesta mereka.
Semenjak isu perhimpunan bersih
tersebut meletus ianya bagaikan satu jangkitan kuman merebak ke beberapa ceruk
lokasi dimana ada golongan yang bersetuju serta terdapat yang tidak bersetuju
namun ianya terus diterjemahkan didalam bentuk demonstrasi jalanan. Dalam hal
ini pasukan keselamatan terutamanya Polis Diraja Malaysia terpaksa menjadi
mangsa bagi mengawal keselamatan serta lalulintas yang penuh dengan kesesakan.
Apakah pihak keselamatan ini akan terus menjadi mangsa selepas tarikh 9hb Julai
2011 dan mungkinkah demonstrasi jalanan akan berakhir selepas tarikh tersebut.
Pihak KMPP adalah sebuah platform
NGO Melayu yang hanya memperjuangkan masalah social ekonomi orang – orang
Melayu Pulau Pinang serta berpegang pada prinsip neutral tanpa menyebelahi mana
– mana pihak dan dalam hal berkenaan KMPP berpendapat jikalau situasi yang
tidak menentu ini berlarutan ianya bakal mengundang kepada suatu penganiayaan
ekonomi orang – orang Melayu dalam suatu jangka masa berpanjangan. Perkara yang
sama turut akan berlaku kepada bukan Melayu. Kakitangan awam serta swasta dan
para peniaga, usahawan malah semua insan yang diiktiraf sebagai rakyat Malaysia
sekarang ini berada didalam dilema. Keharmonian berbilang bangsa didalam
sesebuah negara yang aman lagi makmur adalah mandat yang diberikan kepada
Pentadbir Negara.
Seluruh rakyat negara Malaysia
tidak pernah lupa kepada pergolakan yang telah menjadi reality dibeberapa
negara timur tengah Sebagai sebuah negara yang bersandarkan sistem demokrasi
mengikut lunas – lunas Perlembagaan Persekutuan maka slogan rakyat didahulukan
dan pencapaian diutamakan haruslah diterjemahkan secara positif dalam
mengharungi situasi sekarang. Kembalikan kuasa kepada rakyat.
Oleh yang demikian pihak KMPP
memohon serta mencadangkan supaya Y.A.B Dato Seri Najib Tun Haji Abdul Razak
selaku Perdana Menteri Malaysia yang dikasihi supaya mendapatkan perkenan Duli
Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong bagi tujuan
membubarkan Parlimen Malaysia dan memberi laluan kepada pilihanraya umum ke 13
diadakan.
Pihak saya berpandangan jika
rakyat didahulukan maka satu pencapaian akan diutamakan menerusi amanah serta
mandat dari rakyat Malaysia dan menerusi revolusi mental sahajalah yang akan
dapat menyelesaikan segala isu serta permasalahan yang timbul. Luka yang kecil
akan menjadi lebih parah jika tidak dirawat diperingkat awal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan