Isnin, 19 Disember 2011

DAP PARTI “MULTI RACIAL”- APAKAH IANYA SATU REALITI ATAU LAIBILITI UNTUK ORANG – ORANG MELAYU PULAU PINANG


Negeri Pulau Pinang dari segi geo-politiknya amat unik sekali kerana di sini status Melayu adalah terbahagi kepada dua komposisi iaitu Melayu tulen dan Melayu campuran atau lebih tepatnya disebut sebagai “india muslim”atau mamak. Namun mengikut Jabatan Perangkaan hanya disenaraikan jumlah orang Melayu di negeri ini adalah lebih kurang 640,000.Tidak pula di ketahui berapakah pula angka sebenar kaum mamak daripada 640,000 tersebut.Namun pada keseluruhannya orang melayu di sini begitu memerlukan kekuatan politik melayu bagi terus memperkuatkan soal sosio ekonomi mereka.

Menyedari hakikat tersebut begitu penting sekali maka KMPP terpanggil bagi menyuarakan kebimbangan mereka terutamanya masa depan anak bangsa  orang-orang melayu Pulau Pinang.Semenjak pemerintahan terdahulu lagi masaalah melayu terpinggir telah berlarutan bagi suatu tempoh yang panjang ini adalah akibat daripada kelalaian pemimpin melayu sendiri yang gagal memberi perhatian serius ke arah penambahbaikan soal ekonomi melayu disini.Ini adalah kenyataan yang nyata sehingga membolehkan kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negeri ini.Itulah kekuasaan Yang Maha Esa,hanya melalui satu kejutan “pilihanraya tsunami”telah melenyapkan kuasa politik melayu di negeri ini.Dari sudut takdir ilahi,mungkin ada hikmah yang tersirat serta berkemungkinan juga soal melayu terpinggir akibat pukulan “tsunami”berkenaan mampu di tangani oleh kerajaan sekarang.Jesteru itu satu persoalan yang terpenting ialah adakah kerajaan Pakatan Rakyat sekarang yang di terajui oleh parti DAP mampu berlaku adil kepada orang-orang melayu di negeri ini.

Kritikan demi kritikan samaada untuk membina dan mungkin juga fitnah serta siri-siri demonstrasi jalanan yang haram di negeri ini yang dilemparkan serta didominasi oleh pihak pembangkang di negeri ini dilihat lebih menjurus kepada parti DAP yang kononnya menekan dan memperlekehkan serta menghina kaum melayu di sini.Perkataan racist begitu kerap diguna pakai sehingga menimbulkan rasa takut serta tidak selesa kepada kaum tersebut.Permasaalahan begini perlu di perjelaskan oleh parti DAP secara ikhlas dan terang lebih-lebih lagi tentang modus operandi parti tersebut yang dikatakan sebagai parti berbilang kaum.

Pihak KMPP begitu lantang menyuarakan isu ini tanpa memperdulikan mana-mana parti atau pemimpin melayu kerana memikirkan nasib anak bangsa kami di masa hadapan.Tidak salah kalau pihak kami mengatakan bahawa agak mustahil bagi Barisan Nasional untuk kembali berkuasa malah sebaliknya parti DAP akan terus menerajui negeri ini samaada menerusi Pakatan Rakyat ataupun sebaliknya.Perkiraan dari sudut politik boleh menunjukan suasana tidak menentu disaat terakhir.Namun hakikatnya jika tiada kekuatan politik melayu di negeri ini,sekuatmana DAP di negeri ini sudah pasti ianya tidak akan mampu bertahan lama.Maka sokongan melayu adalah dianggap satu isu terpenting yang perlu mendapat perhatian serius oleh parti DAP.sejarah telah membuktikan bagaimana parti DAP semasa menjadi “fulltime” pembangkang dahulu adalah merupakan sebuah parti yang ditakuti oleh orang-orang melayu di negara ini.Anggapan parti DAP sebagai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan