Hakikatnya
itulah apa yang akan berlaku untuk pembangunan di kawasan pulau. Persoalannya
berapa ramaikah orang Melayu yang mampu memiliki rumah di kawasan pulau? Apakah
orang Melayu hanya layak tinggal di rumah pangsa kos rendah sahaja? Soal
penjualan tanah-tanah melayu kepada pemaju perumahan tidak dapat disekat dan
tidak ada peruntukkan dari segi undang-undang untuk mengatasinya. Akhirnya akan
tiba ketika majority orang-orang Melayu hanya menjadi penyewa terhormat sahaja.
Pihak KMPP begitu prihatin akan situasi begini. Apakah tidak ada jalan
alternatif untuk orang-orang Melayu mempunyai rumah mampu milik di kawasan
pulau?
Pihak KMPP
memandang serius kepada masalah ekonomi sosial dan kebajikan orang-orang Melayu
Pulau Pinang. Isu tanah orang-orang Melayu di Pulau Pinang telah menjadi syarat
untuk dijadikan iktibar. Maka perlulah KMPP atas desakan situasi tersebut ingin
mencadangkan supaya bagi member peluang kepada orang-orang Melayu Pulau Pinang
memiliki rumah, mengapa tidak pernah kerajaan negeri yang amat prihatin dengan nasib orang Melayu dapat melonggarkan
syarat-syarat pembangunan di atas tanah-tanah jelapang padi di lokasi-lokasi
strategik bagi tujuan pembangunan tersebut. Ramai orang-orang Melayu di kawasan
tanah besar yang tertanya-tanya dimanakah pembangunan mampu milik untuk mereka
di kawasan Seberang Perai? Kenapa hanya difokuskan soal pembangunan hanya di
kawasan pulau sahaja?
Banyak kawasan
jelapang padi yang strategik untuk tujuan pembangunan yang tidak diusahakan di
beberapa lokasi terutamanya di daerah Seberang Perai Tengah sebagai contoh
kawasan Permatang Pauh. Tanah-tanah padi tersebut tersebut boleh diistilah
hidup segan mati tak mahu ini ialah kerana aktiviti sawah padi hanya bergantung
kepada subsidi pihak kerajaan semata-mata. Jika tanah-tanah ini dapat dimajukan
sudah pasti kemampuan untuk orang Melayu memiliki rumah mampu milik akan
tercapai.
Oleh yang
demikian, pihak KMPP memohon kerjasama pihak kerajaan negeri dapat melonggarkan
syarat ke atas permohonan pengezonan semula rezoning tanah jelapang padi ini
kepada majoriti orang-orang Melayu dan seterusnya bukan Melayu untuk memiliki
rumah mampu milik. Perbandingan hanya tanah di kawasan pulau dari tanah besar
adalah seperti langit dengan bumi. Jika cadangan oleh pihak KMPP dapat
dipertimbangkan oleh kerajaan negeri maka ianya sudah pasti akan memberikan
satu impak yang sihat di mana pulangan pendapatan kepada kerajaan tempatan dan
kerajaan negeri, wakil dari cukai tanah, cukai pintu serta lain-lain sumber.
Dan pada waktu yang sama bukan saja orang-orang Melayu dapat memiliki rumah
mampu milik malah banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan.
Justeru itu,
pihak KMPP juga ingin merujuk kepada situasi geo-politik di kawasan Balik Pulau
dan tanah besar yang mana majoritinya adalah orang-orang Melayu dan golongan
ini kebanyakannya adalah dari golongan yang mempunyai pendapatan sederhana di
mana pihak mereka hanya mampu memiliki rumah dari nilai RM250 000 ke bawah.
Menilai dari
aspek-aspek berkenaan, pihak KMPP hairan kenapakah tidak ada usaha kea rah tersebut
oleh pemimpin-pemimpin Melayu kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat bagi
memenuhi keperluan orang-orang Melayu memiliki rumah mampu milik. Orang-orang
Melayu Pulau Pinang tidak ada masa untuk menilai sengketa fitnah memfitnah
tanpa bukti yang nyata oleh pemimpin Melayu semata-mata kerana gilakan kuasa
hingga soal ekonomi, kita bukan lagi menjadi agenda penting. Kikislah ideologi
politik malah bersatulah jika ingin melihat orang-orang Melayu terus bertapak
di Pulau Pinang. Jangan sampai satu hari nanti orang-orang Melayu Pulau Pinang
hanya menjadi penyewa terhormat ke atas hak milik bangsa lain. Belum terlewat
lagi, pihak KMPP tiada hasrat menyalahkan mana-mana pihak. Perjuangan untuk
membela nasib orang-orang Melayu dalam situasi munasabah harus diteruskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan