LAPORAN
POLIS OLEH SAUDARA MOHAMED RAZALI BIN ABDUL RAHMAN PADA 13/5/2011 ISU AGAMA
KRISTIAN MENJADI AGAMA RASMI PERSEKUTUAN
Persoalannya mengapakah
beliau sendiri menemani Ahli Parlimen Jelutong YB Jeff Ooi (sepertimana dalam kenyataan
akhbar The Star bertarikh 15/5/2011) bagi tujuan membuat laporan polis pada
8/5/2011 yang mana dalam laporan tersebut adalah bagi menafikan isu berkenaan.
Pihak KMPP ingin mengetahui atas kapasiti apakah beliau hadir didalam
perjumpaan tersebut?. Perjumpaan berkenaan bukanlah bersangkut paut dengan
agenda Islam.
Justeru itu, jangan biarkan
orang – orang Melayu berada dalam keadaan dilema kerana situasi ini melibatkan
soal agama Islam. Mohamed Razali perlu menjelaskan secara terbuka lagi telus
apakah sebenarnya berlaku dalam Majlis tersebut kerana beliau sendiri mengakui
hadir dalam perjumpaan berkenaan. Apakah tindakannya melibatkan pihak ketiga
sehingga memberi tekanan kepada beliau untuk membuat laporan polis?. Tindakan
Mohamed Razali amatlah disanjung tinggi jika terbukti kebenarannya.
Walaubagaimanapun, jikalau
terbukti laporan polis setelah siasatan dibuat serta penjelasan beliau nanti, maka
pihak KMPP mendesak agar pihak Polis Diraja Malaysia menangkap mereka – mereka
yang terlibat dan ini termasuk juga beberapa pemimpim DAP yang berperanan
menjadikan agama kristian sebagai agama rasmi Negara ini.
Pihak KMPP tidak akan berkompromi dengan mana –
mana pihak yang cuba memainkan sentiment perkauman terutamanya mempersoalkan
serta cuba mencabul Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelas
menyatakan bahawa Agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan