Berikut adalah video yang dirakam oleh media Fokus PRU13 dimana wawancara oleh Dato' Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz mengapa beliau menyertai Parti DAP? Pihak KMPP ingin berkongsi pendapat yang sama oleh pihak Datuk Mohd Ariff Sabri berkaitan laungan pihak kami supaya parti DAP yang memerintah Pulau Pinang untuk mencalonkan DAP Melayu pada PRU13 nanti. Ini bagi memastikan supaya kerajaan yang dibentuk nanti dapat menyuarakan kepentingan bangsa melayu di Pulau Pinang.
Pihak KMPP bersifat neutral dan mengambil pendirian bagi kepentingan bangsa Melayu Pulau Pinang. Harus diingatkan bahawa 19 kerusi yang dimenangi oleh Parti DAP pada PRU12 yang lepas sepatutnya melambangkan calon-calon berbilang bangsa. Tetapi daripada 19 kerusi, 15 kerusi diwakili calon bangsa cina manakala 4 lagi calon berbangsa India. Dimanakah calon melayu DAP menjadi tanda tanya pihak kami di dalam DAP dalam membentuk Kerajaan Pulau Pinang?
Diharap PRU13 nanti, parti DAP dapat ketengahkan calon melayu mereka supaya dapat mengimbangkan jumlah penduduk Pulau Pinang. Untuk pengetahuan umum. jumlah penduduk melayu Pulau Pinang hanya berbeza 5% sahaja daripada penduduk berbangsa cina. Maka seharusnya kerusi-kerusi yang dimiliki oleh parti DAP sepatutnya diagihkan sama rata. Mari kita saksikan video yang dimaksudkan.
Sakmongkol.AK47
Tiada ulasan:
Catat Ulasan