Jumaat, 15 Jun 2012

KMPP MENDESAK DAP LETAK CALON DAP MELAYU MEMBUATKAN PKR DAN PAS GEGAR

                                      



Inilah yang dinamakan permainan politik KMPP dimana PKR dan PAS digegarkan oleh NGO yang kerdil ini apabila mendesak kerusi DAP Melayu diwujudkan. Terbukti calon-calon Exco Melayu PKR terutamanya YB Malik Kassim tidak berfaedah kepada penduduk melayu Pulau Pinang.

KMPP ingin melihat kejujuran dan keikhlasan Parti DAP meletak calonnya daripada anak melayu Pulau Pinang bertanding pada PRU13 menunjukkan Parti DAP untuk semua kaum. Mengapakah kenyataan ini menggegarkan Parti PKR Pulau Pinang dan apakah faedah kenyataan KMPP kepada Parti PAS?

Kesimpulannya daripada komen-komen kenyataan pada hari ini tidak nampak ada keikhlasan daripada Parti PKR mahupun PAS ingin melihat wujudnya bakal Yang Berhormat orang melayu daripada Parti DAP. Walaupun pada dasarnya mereka berada dibawah satu bumbung yang dinamakan Pakatan Rakyat. 

Berikut adalah kenyataan akhbar KMPP yang dimaksudkan di dalam Free Malaysia Today dan The Star 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan