|
Cakap baik-baik skit.... Apa ni kata orang bodo?
Dia kata...dia kata saya bodo!! Tengok....Tengok.... |
KMPP
hari ini melahirkan rasa kekesalan diatas campur tangan oleh YB Abdul Malik Kassim
keatas portfolio Exco Kerajaan Tempatan yang diterajui oleh YB Tuan Chow Kon
Yeow. Pihak saya ada keterangan kukuh bahawa beliau telah “kacau daun” keatas
portfolio yang bukannya dibawah urusan beliau. Sebagai contoh, beliau telah
mempergunakan kedudukannya sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri mendesak agar
kedua-dua visual papan iklan pihak KMPP dikawasan Bayan Baru dan Tanjong Tokong
diturunkan.
Pihak
saya ingin bertanya kepada beliau, apakah hanya papan iklan KMPP sahaja yang
tidak mempunyai lesen sedangkan beratus lagi papan iklan dinegeri ini khususnya
dikawasan pulau mempunya lesen daripada MPPP? Mengapa papan iklan “trade
events” yang berselerak diatas tanah Kerajaan Negeri dibawah portfolio beliau
yang sememangnya haram tidak diturunkan? Mengapakah papan iklan “Satu Malaysia”
yang bermastautin dibawah Kerajaan Pusat tidak diturunkan? Apakah ada imuniti
bagi seorang Exco melakukan sesuka hatinya termasuk mencampuri urusan Exco lain
dinegeri ini?
KMPP
mengatakan bahawa YB Abdul Malik Kassim turut menyokong Barisan Nasional
apabila kewujudan papan iklan “Satu Malaysia” tidak dipertikaikannya tapi
sebaliknya 2 visual papan iklan KMPP menjadi mangsanya. Situasi ini
memperlihatkan betapa rakusnya Exco Melayu ini bertindak sesuka hati sedangkan
pihak kami telah berkompromi menurunkan visual KMPP di kawasan Bayan Baru
disebabkan kawasan Parlimen Bayan Baru adalah kawasan Parti PKR. Akan tetapi
apabila satu tindakan drastik diatas arahan beliau bagi menurunkan visual KMPP
dikawasan Tanjong Tokong dibawah Parlimen Parti DAP turut diturunkan.
Persoalannya mengapa Exco Melayu ini melanggar kawasan Parlimen yang bukannya
diwakili oleh Parti PKR sedangkan tiada arahan daripada Ahli Parlimen DAP untuk
pihak MPPP menurunkan visual KMPP di Tanjong Tokong?
Pihak
kami amat sedih kerana seorang Exco Melayu tidak mahu melihat NGO Melayu
seperti KMPP wujud di Pulau Pinang. Beliau sepatutnya mempertahankan hak orang
melayu dan bukannya memperlekehkan masa depan orang melayu di negeri ini. Perlu
dinyatakan disini bahawa pihak kami telah mengemukakan permohonan kepada
Kerajaan Negeri selaku tuan tanah semenjak bulan November 2011 lagi. Namun
sudah lebih 6 bulan sehingga sekarang pun belum ada kelulusan diberikan. Nampaknya
untuk mendapatkan kelulusan projek pembangunan lebih mudah daripada mendapatkan
kelulusan papan iklan.
Pihak
kami difahamkan bahawa diatas keperihatinan Kerajaan Negeri dimana sedikit
kelonggaran diberikan kepada syarikat pengiklanan dimana mengikut tarikh-tarikh
tertentu tindakan menurunkan papan iklan haram akan hanya diambil selepas
pilihanraya umum nanti. Maksud tarikh-tarikh tertentu adalah terpakai keatas
kedua-dua papan iklan KMPP. Jadi mengapa pula YB Malik Kassim memandai-mandai
mendesak visual KMPP diturunkan? Mengapa mesti ada “double standard” dan kenapa
beliau begitu “Phobia” keatas wajah-wajah pemimpin KMPP? Berkemungkinan pada
fikiran beliau pemimpin-pemimpin KMPP bakal mencetuskan satu era baru diatas
landasan politik melayu dinegeri ini. Dengan wujudnya pemimpin KMPP ada
kemungkinan beberapa kerusi Parti PKR akan hilang terutamanya dikawasan
Parlimen Bayan Baru. Oleh yang demikian beliau takut pada bayang-bayangnya
sendiri. Perlu diingatkan sehingga hari ini KMPP adalah sebuah NGO Melayu dinegeri Pulau Pinang dan bukannya Parti Politik.
Pihak
KMPP memberi amaran kepada beliau supaya “Jangan Bermain Dengan Api”
yang akhirnya akan membakar dirinya sendiri.
Beliau perlu ingat bahawa dia adalah seorang pemimpin melayu dinegeri
ini tetapi apa maknanya jika beliau menidakkan hak melayu yang lain? Timbul
tanda-tanya apakah beliau benar-benar berjiwa melayu? Mencampuri portfolio Exco
lain adalah satu perbuatan yang menyalahgunakan kuasa yang akhirnya
bakal mendatangkan liabiliti kepada Kerajaan Negeri sendiri.
Secara
rasional pihak saya katakan bahawa tindakan YB Malik Kassim telah menampakkan
sikap beliau yang tidak matang sebagai seorang pemimpin melayu dalam arena
politik serta takut kepada bayang-bayangnya sendiri. Orang melayu patut
menolaknya pada PRU13 nanti. Apa yang terjadi kepada KMPP adalah satu insiden
kecil serta pengajaran dimana nasib orang-orang melayu dinegeri ini akan terus
terabai oleh pemimpin seperti beliau yang sepatutnya menjaga kepentingan melayu
disini.
Pihak
KMPP dimaklumkan melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai beliau sendiri
secara langsung memberi arahan kepada Pejabat Perlesenan MPPP disamping itu
beliau turut memperkudakan 2 orang Ahli Majlis MPPP bagi maksud menurunkan
visual KMPP di kedua-dua lokasi berkenaan. Kedua-dua Ahli Majlis tersebut
adalah daripada Parti PKR dan NGO Melayu dimana kedua-dua mereka ini adalah di
dalam Portfolio Jawatankuasa Perlesenan MPPP tanpa pengetahuan Exco Kerajaan
Tempatan.
Berikut adalah petikan daripada akhbar The Star dan MalayMail berkaitan perkara diatas.