Jumaat, 27 Januari 2012

ISU TANAH TAN HAK JU, “BARISAN NASIONAL BERHUTANG KEPADA RAKYAT


Kenyataan akhbar ini dibuat oleh pihak KMPP adalah mewakili rakyat Pulau Pinang yang terpaksa menanggung wang pampasan RM500,000.00 akibat daripada kecuaian sehingga menyebabkan penipuan keatas seorang individu yang dikenali sebagai Tan Hak Ju. Keputusan oleh Mahkamah Rayuan pada 10/1/2012 tersebut jelas bahawa Kerajaan Negeri sekarang terpaksa menanggung liabiliti yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) dimana rakyat negeri ini harus membuka mata bagaimana rakusnya dan licik pentadbiran Kerajaan sebelum ini sehingga mengheret rakyat negeri ini bersama menyelami kemelut kes ini.

Walaupun pampasan telah dikurangkan dan sekalipun ianya bernilai RM1.00, ianya tetap wang rakyat yang menjadi pembayar cukai. Janganlah pula Pimpinan Barisan Nasional negeri ini cuba berlakon alim sekalipun jumlah asal pampasan tersebut adalah RM40 juta kini telah dikurangkan kepada RM500,000.00, maka kesalahan lampau telah diampuni. Rakyat negeri ini tidaklah semudah itu untuk diperbodohkan atas permainan silap mata politik. Perlu diingatkan bahawa kes tersebut masih ada ruang rayuan. Berkemungkinan Tan Hak Ju akan mengemukakan rayuannya dan terdapat kemungkinan jumlah pampasan berkenaan akan ditambah namun masih menjadi teka-teki.

Dalam senario berkenaan berasaskan kepada fakta kes ada kemungkinan sekiranya mantan Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri ketika itu dapat dengan beraninya tampil memberi respon dihadapan Jawatankuasa Siasatan, kemungkinan soal penyelewengan dan penipuan menerusi scandal yang amat kontrovesi itu tidak perlu berpanjangan. Persoalannya kenapa kedua-dua saksi penting berkenaan tidak berani tampil untuk memberi respon kepada Jawatankuasa Siasatan tersebut? Bak kata perpatah “Berani kerana benar dan Takut kerana salah”. Dalam konteks ini rakyat negeri ini perlu membuka mata dan berfikir secara rasional terhadap insiden berkenaan.

Pihak KMPP percaya terdapat transaksi keatas ikatan dokumen tanah berkenaan oleh Pegawai Kerajaan yang bersekongkol dengan pemimpin dalam Kerajaan Barisan Nasional dahulu serta telah menyalahgunakan kedudukan mereka. Maka situasi sebegitu dilihat sebagai amat memalukan. Justeru itu pihak KMPP mendesak agar satu siasatan dapat dijalankan oleh Kerajaan Negeri dan seterusnya mengenakan tindakan terhadap Pegawai Kerajaan terbabit tanpa memilih bulu. Tindakan tersebut amat perlu bagi dijadikan tauladan supaya episod yang sama tidak akan berulang lagi.

Oleh yang demikian, pihak KMPP berharap pemimpin Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang terutama sekali Pengerusi Jawatankuasa BN Pulau Pinang iaitu Dato Dr. Teng Hock Nan bertanggungjawab sepenuhnya kepada seluruh rakyat negeri ini keatas pembayaran wang pampasan tersebut. Isu tersebut sudah diputuskan oleh mahkamah bahawa “Subject Matter” merupakan satu kecuaian dan penipuan yang telah ditinggalkan oleh Kerajaan terdahulu. Dalam kenyataan yang tanpa prasangka ini jangan cuba sama sekali untuk mengheret rakyat negeri ini bermain politik licik bagi tujuan menutup kesilapan sendiri.

Pandangan ikhlas pihak KMPP adalah lebih berfaedah bagi pemimpin Barisan Nasional dinegeri ini mencari formula bagaimana untuk meningkatkan populariti mereka demi bagi meraih sokongan rakyat yang semakin terhakis daripada mencari kesilapan orang lain dimana akhirnya memakan diri sendiri. Hentikanlah sandiwara politik demi bagi mengemis simpati daripada rakyat negeri ini. Hero yang sudah kecundang dalam istilah politik hanya dikenang sebagai artifak sejarah sahaja. Apa yang rakyat perlukan adalah sebuah Kerajaan yang dapat menjamin kebajikan mereka dan bukannya mendatangkan liabiliti kepada mereka. 

Rabu, 18 Januari 2012

KMPP DESAK 11 ADUN UMNO PULAU PINANG ISTIHARKAN HARTA


KMPP  sangat mengalu - alukan pengistiharan harta oleh kesemua 10 EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang termasuk Y.A.B Ketua Menteri sendiri. Walaupun setelah hampir 4 tahun menjadi kerajaan namun janji untuk berbuat demikian telah ditunaikan. Tidak kisah berapa banyak harta serta nilai simpanan samada melalui saham atau sebaliknya telah pun diumumkan setelah diaudit oleh juruaudit yang bertauliah. Persoalannya sekarang adakah pengumuman berkenaan akan menjadi liabiliti atau kredit yang harus dinilai sendiri oleh rakyat Pulau Pinang. Setakat ini hasil daripada pengumuaman berkenaan adalah lebih menjurus kepada tanggung jawab pentadbir sebuah Kerajaan Negeri yang telus tanpa ada yang tersirat berasaskan kepada mandat yang diberikan oleh rakyat negeri ini.

Rakyat Pulau Pinang perlu menilai situasi berkenaan dengan hati yang terbuka dan bebas menyuarakan pendapat mereka sekiranya terdapat kemusykilan tentang assest yang telah diumumkan oleh pentadbir kerajaan berkenaan. Difahamkan perolehan harta harta tersebut adalah hasil daripada pendapatan mereka sebelum terbentuknya Kerajaan Pakatan Rakyat semenjak 8.3.2008.

Mungkin tidak salah jika diterjemahkan bahawa inilah kali pertama dalam sejarah Kerajaan Negeri Pulau Pinang dimana kesemua exconya secara berani dan telus mengistiharkan asset mereka secara rasmi untuk tatapan rakyat Negeri ini. Mungkin ada pihak-pihak tertentu yang tidak berapa gembira dengan pengistiharan tersebut yang dilihat sebagai memancing undi disaat- saat menjelangnya pilihanraya umum (PRU)-13. Hakikatnya bukanlah soal bila ianya diumumkan tapi sebaliknya obligasi kepimpinan Kerajaan Negeri kepada rakyat negeri ini adalah merupakan teori terpenting daripada melayan semua pandangan negatif yang hanya membuang masa.

Pihak kmpp mencadangkan agar sekirannya pakatan rakyat masih diberi mandat untuk memerintah selepas pilahanraya umum nanti maka kesemua ADUN dan Ahli Parlimen mereka mestilah juga mengistiharkan harta supaya secara telus rakyat negeri ini dapat menilai kedudukan mereka. Ini penting kerana status Yang Berhormat adalah wujud diatas pemberian ataupun kuasa daripada pengundi pengundi berkenaan. Situasi berkenaan jika dijadikan aktiviti tahunan akan lebih memperlihatkan kepada pencegahan rasuah dari segi kepimpinan yang menjurus kepada mewujudkan sebuah negeri yang setidak tidaknya bersih dari amalan rasuah.

Dalam amalan sistem demokrasi negara ini tidak salah jikalau pihak KMPP turut mencadangkan agar barisan nasional Pulau Pinang turut melakukan amalan yang sama walaupun mereka bukan kerajaan yang memerintah. Dari segi geo politik barisan nasional negeri ini tidak dapat dinafikan hanya parti UMNO sahaja mempunyai 11 kerusi DUN. Bagi tujuan mengembalikan sokongan dan kepercayaan rakyat di negeri ini terutamanya orang-orang Melayu negeri ini, mengapa tidak pihak ADUN UMNO berkenaan turut mengistiharkan asset mereka supaya ketelusan mereka berbuat demikian setidak - tidaknya sedikit sebanyak bakal mendatangkan kebangkitan sokongan kepada barisan nasional negeri ini. Pandangan ini adalah ikhlas dari pihak KMPP dan harus dipandang secara rasional serta serius.

Pada masa yang sama pemimpin-pemimpin UMNO negeri ini adalah disaran agar tidak berselisih faham sesama mereka dalam menentukan calon yang layak untuk bertanding pada PRU nanti. Berilah peluang kepada calon muka baru yang berkelayakan dimana mereka ini adalah “Winnable candidate”. Pemimpin-pemimpin veteran yang ada sekarang harus mengundur diri supaya tiada unsur tikam dari belakang yang bakal memecah belahkan kredibiliti parti UMNO itu sendiri.

Sejarah telah membuktikan bagaimana 4 kerusi UMNO di negeri ini telah dirampas oleh Pakatan Rakyat dan beberapa kerusi yang dimenangi UMNO pada PRU 2008 dimana majoritinya adalah dibawah 500 undi. Ini semua terjadi atas angkara sabotaj oleh ahli-ahli UMNO sendiri. Pada PRU yang ke 13 ini tidak salah dan tanpa prasangka jika dikatakan atas usaha kuat Pakatan Rakyat terutama sekali jika wujudnya calon DAP Melayu yang bakal bertanding dikawasan kubu kuat UMNO adalah dikhuatiri suatu anjakan paradigma politik akan berlaku. Jika teori ini menjadi kenyataan maka adalah dikhuatiri parti UMNO di negeri ini akan terus mengalami defisit kerusi DUN. Dalam dunia politik kejutan sejarah akan tercipta tanpa diduga. Senario politik dahulu dan sekarang amat bebrbeza.

Rakyat khususnya orang-orang Melayu di negeri ini sudah bijak memilih diantara kaca dan permata dimana mereka mesti berpaut kepada kerajaan yang benar-benar memberikan keutamaan kebajikan terhadap rakyat. Sesungguhnya undi rakyat pada pilihanraya umum nanti lebih menjurus kepada keprihatinan kerajaan menjamin poket eekonomi rakyat terlebih dahulu. Habuan dari segi wang ringgit jangka pendek bukan lagi menjadi pilhan. Itulah realiti sebenarnya.

Khamis, 5 Januari 2012

PERHIMPUNAN 901 – DATUK SERI ANWAR IBRAHIM PERLU MEMBATALKAN PERHIMPUNAN TERSEBUT


Tarikh 9/01/2012 adalah satu tarikh keramat buat kali kedua dimana keputusan mahkamah tinggi keatas Datuk seri Anwar Ibrahim yang dituduh bersabit satu kes liwat bakal diumumkan. Maka rentetan keatas keputusan berkenaan heboh diperkatakan satu perhimpunan haram yang berkonsepkan kempen membebaskan Anwar 901 bakal diadakan di Bandaraya Kuala Lumpur. Oleh itu, dunia sedang memperhatikan negara kita atas dua sebab iaitu pertama kesan keputusan kes tersebut dan keduanya bagaimana pucuk pimpinan menangani soal ketenteraman awam keatas kesan perhimpunan 901 berkenaan.

Natijahnya, apakah perlu perhimpunan 901 berkenaan diadakan dan apakah rakyat Malaysia tidak pandai menggunakan minda dalam menilai sesuatu isu terutamanya yang melibatkan pengaruh politik? Memang tidak ada langsung keperluan kearah tersebut. Pihak KMPP sebagai NGO Melayu yang bermastautin di Pulau Pinang dimana lahirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan biarlah Yang Arif Hakim dengan tenangnya memberikan keputusan terlebih dahulu samada memsabitkan kesalahan atau membebas dan melepaskan tertuduh. Keperluan mengikut hawa nafsu menerusi perhimpunan haram berkenaan dilihat bakal meletakkan maruah orang-orang melayu di negara ini ditahap terendah serta dipandang hina oleh kaum lain.

Pihak kami percaya bahawa pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah mempunyai cukup pengalaman dalam mengharungi soal undang-undang yang dihadapinya pasti tidak setuju sama sekali jika perhimpunan berkenaan diadakan dan oleh yang demikian beliau sepatutnya mengeluarkan kenyataan supaya merayu kepada penyokongnya terutama sekali pengikutnya daripada parti PKR supaya tidak mensia-siakan masa depan partinya sendiri. Jika beliau gagal melakukannya maka hasil daripada perhimpunan tersebut bakal mengundang kemerosotan sokongan rakyat terhadap beliau.

Terdapat kenyataan daripada pemimpin Pakatan Rakyat pernah menyatakan bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri dari dalam penjara sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara ini. Jadi kenapa merelakan dan memberi semangat kepada pengikutnya supaya perhimpunan 901 tersebut menjadi suatu realiti? Perlu kita ingat bahawa insiden yang dirancangkan itu bakal mendatangkan malapetaka serta kerugian maruah terhadap orang-orang melayu khususnya rakyat Malaysia amnya. Dalam negara yang berpaksikan demokrasi ini segala permasalahan yang unsurkan politik haruslah diselesaikan melalui saluran politik dan jangan sekali-kali mengherat rakyat bersama.  Jangan kita lupa bahawa pemimpin politik hanya berhasrat mencari pengaruh dan kuasa akan tetapi mereka perlu mendapat kuasa dan mandat berkenaan daripada rakyat terlebih dahulu.  

Pihak KMPP berpandangan biarlah tindakan-tindakan susulan yang munasabah jika perlu harus diambil selepas keputusan mahkamah diambil nanti. Sudah tentunya pengikut setia Datu Seri Anwar Ibrahim khususnya daripada parti PKR tidak rela melihat pihak PDRM mengambil sebarang tindakan, ini termasuk menerusi langkah-langkah pencegahan dibawah akta ketenteram awam 1989 ketas pemimpin-pemimpin mereka atau penganjur perhimpunan haram 901 berkenaan. Pihak KMPP yang kerdil ini merayu supaya perhimpunan 901 yang dimaksudkan dibatalkan demi maruah orang-orang melayu dan rakyat Malaysia amnya.

Lanjutan daripada situasi tersebut, timbul persoalan apakah pandangan serta tindakan Parti PAS dan Parti DAP terhadap isu perhimpunan berkenaan? Pakatan Rakyat bukanlah secara sahnya satu parti politik seperti Barisan Nasional. Pakatan Rakyat adalah cantuman 3 parti politik yang berlainan ideologi ditubuhkan selepas pilihanraya dan Barisan Nasional adalah cantuman parti-parti politik sebelum pilihanraya. Maka pendirian parti-parti dalam Pakatan Rakyat sudah pastinya berbeza pendapat dan pendirian. Oleh itu, parti PAS dan parti DAP sepatutnya mengeluarkan kata putus tindakan ahli-ahli dalam parti Keadilan tentang demonstrasi yang bakal diadakan.  

 Adakah mereka (PAS & DAP) juga bersekongkol dan bersetuju terhadap perhimpunan ini? Justeru itu, rakyat akan terus menilai rasional gabungan pakatan keatas parti-parti berkenaan. Dalam konteks ini, adalah dipercayai perhimpunan haram serta demonstrasi haram akan terus bermaharajalela sehingga pilihanraya umum nanti. Situasi tersebut dilihat sebagai satu kebangkitan rakyat atas kepentingan politik pihak-pihak tertentu. Maka adalah disarankan agar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberi perhatian serius keatas senario berkenaan dalam mempertimbangkan tarikh pembubaran parlimen secepat mungkin bagi mendapat mandat baru daripada rakyat.

Pihak KMPP juga dengan ini mencadangkan atas dasar ketenteram awam sekiranya perhimpunan 901 berkenaan diteruskan sehingga menimbulkan huru hara menjelangnya pengumuman keputusan tersebut dibuat, maka pihak kami sebagai rakyat Malaysia dan tanpa prasangka memohon supaya Yang Arif Hakim dapat menangguhkan keputusan kes berkenaan ke satu tarikh yang difikirkan sesuai. Walaubagaimanapun, Yang Arif Hakim lebih berkuasa dalam hal sedemikian.