Lanjutan dari belanjawan kali
ke 54 bagi tahun 2012 yang diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 6hb
Oktober 2011 secara keseluruhannya membabitkan sejumlah RM232.8 Billion.
Perdana Menteri turut mengumumkan Dasar Transformasi Nasional (DTN) bagi
menaungi program-program transformasi yang telah dan akan dilaksanakan oleh kearah
menjayakan cita–cita mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu dan maju menjelang
tahun 2020. Justeru itu maka belanjawan tersebut bertemakan “Dasar Transformasi
Nasional Yakni Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”.
Bagi lebih menyakinkan kononnya
belanjawan kali ini cuba memberi keselesaan kepada setiap lapisan rakyat
daripada golongan–golongan Pemandu Teksi, Nelayan, Warga Emas, Pejawat Awam,
Pesara, Golongan wanita, belia hinggalah kepada kalangan Kontraktor dan pelabur
serta yang terpenting Peneroka Felda. Dalam ucapannya beliau memaklumkan bahawa
Pelaburan Swasta dan Awam dijangka meningkat. Secara puratanya belanjawan 2012
menyediakan peruntukan RM181.6 Billion untuk perbelanjaan mengurus dan RM51.2
Billion untuk perbelanjaan pembangunan.
Pihak KMPP berpandangan jika
berpaksikan DTN maka soal kebajikan rakyat lebih-lebih lagi mereka yang
menyumbang kearah menjana ekonomi negara harus diberikan keutamaan. Tidak dapat
dinafikan bahawa secara praktikalnya bajet tahun 2012 tersebut adalah untuk
rakyat yang merangkumi semua kategori. Namun hakikatnya terdapat kecacatan yang
boleh dikategorikan sebagai berat sebelah apabila pihak kerajaan hanya menitik
beratkan kakitangan awam daripada kakitangan swasta. Presiden cuepacs begitu
teruja apabila hampir 80% tuntutan mereka dipersetujui oleh kerajaan. Sejumlah
1.3 juta pejawat awam akan menikmati bayaran bonus, kenaikan gaji, umur
pesaraan wajib ke 60 tahun, serta lnsentif untuk melanjutkan pelajaran. Namun
pada hakikatnya Presiden Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) meluahkan rasa kecewa
setelah pengumuman yang ditunggu tunggu selama ini iaitu mengenai gaji minima
sektor swasta tidak disentuh langsung didalam bajet tersebut. Hanya sedikit
tempias yang dapat mereka perolehi ialah caruman (KWSP) dinaikkan ke 13 %
kepada mereka yang menerima gaji bulanan RM5000.00 dan ke bawah. Namun skim
persaraan swasta (SPS) masih menjadi teka teki bilakah ianya akam diumumkan.
Begitu juga dengan bayaran elaun sara hidup (COLA) yang pada masa ini dibayar
kepada kakitangan awam juga tidak dinikmati oleh pekerja swasta. Perjuangan
pihak MTUC bagi mendapatkan gaji minima RM900.00 yang difikirkan mengikut
keadaan sekarang adalah relevan memandangkan kenaikan kos sara hidup pada masa
kini.
Sebagai NGO Melayu yang Neutral
pihak saya berasa hairan apakah sebab kerana 1.3 juta kakitangan awam tersebut
yang majorititnya orang Melayu maka golongan ini diberi keutamaan dan sedangkan
ramai orang Melayu juga terlibat di sektor swasta dan mengapakah mereka diabaikan?
Bagaimana pula dengan mereka yang bukan Melayu disektor swasta dan perlukan
dalam isu ini mereka mereka ini dianaktirikan. Sama ada sektor awam mahupun
swasta mereka juga bertanggungjawab untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara dan
oleh itu pihak KMPP berpendapat pelaburan swasta dan awam akan sedikit terencat
jika tidak ada keseimbangan dari segi kebajikan yang di jadikan keutamaan oleh
pihak kerajaan. Kenyataan kekecewaan oleh pemimpin MTUC haruslah dipandang
serius dan diharap kerajaan dapat mengkaji semula tuntutan mereka lebih lagi
soal gaji minima tersebut. Pihak kerajaan perlu sedar bahawa segala tuntutan
dari pihak MTUC jika diluluskan tidak langsung memerlukan sumber kewangan dari
kerajaan. Jadi mengapa mesti ada pertimbangan berat sebelah dalam hal ini.
Timbul tanda tanya apakah kewujudan
cuepacs dan MTUC ini yang mempunyai tanggungjawab terhadap ahli-ahli mereka
terutamanya soal kebajikan di mana resolusi mereka apabila diketengahkan untuk
tujuan penambahbaikkan kepada pihak kerajaan, maka pihak kerajaan hanya akan memihak
kepada kakitangan awam sahaja? Dan apakah rasionalnya? Situasi ini dipandang
sebagai tidak sihat kepada ekonomi negara kita. Oleh yang demikian pihak KMPP
berharap supaya bajet rakyat berkenaan adalah untuk rakyat dan perlu dipastikan
saluran pengagihan sumber bajet belanjawan tersebut bebas daripada unsur rasuah
serta unsur kronisma. Sesungguhnya bajet 2012 adalah bagi meningkatkan keyakinan
rakyat Malaysia terhadap Kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan