Jumaat, 12 Ogos 2011

KMPP MENCABAR PARTI DAP MEMPERUNTUKKAN MINIMUM

Bercakap soal politik Melayu di Pulau Pinang tiada banyak perubahan yang menguntungkan orang–orang Melayu di sini dari dahulu sehinggalah sekarang scenario perubahan kerajaan negeri daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat adalah diatas dasar kebangkitan pengundi di negeri ini namun ianya masih menenggelamkan soal sosial ekonomi orang–orang Melayu. Situasi begini berlaku adalah kerana terlampau banyak “politicking” oleh pemimpin pemimpin Melayu semata–mata takut akan kehilangan kuasa sehingga ada ketikanya soal maruah dan agama diperlekehkan sehingga soal pembangunan sosial orang–orang Melayu bukanlah menjadi agenda utama. Sampai bila hari Jumaat akan menjadi mangsa segelintir insan yang kononnya berjuang untuk kepentingan orang Melayu di negeri ini melakukan demonstrasi jalanan dan mereka amat gemar memilih revolusi fizikal sebagai menuntut kebenaran dimana tidak ada satu pun tuntutan mereka dilayani oleh pihak pemerintah. Golongan sebeginilah yang sebenarnya mencetuskan fenomena kelembapan ekonomi orang–orang Melayu di negeri ini.

Setiap kali berlakunya demonstrasi jalanan yang tidak bermaruah ini maka setiap kali jugalah pasti berlaku pembelian maruah kepada mereka yang menyertai demonstrasi tersebut. Apakah maruah orang–orang Melayu disini terhasil melalui jeritan di tepi jalan dan longkang dengan cara berteriak seperti seorang pesakit mental.

KMPP walaupun merupakan NGO Melayu yang neutral serta masih muda, namun pihak kami tidak akan berkompromi dengan mana–mana pemimpin Melayu mahupun Kerajaan Negeri atau pun Kerajaan Pusat jika soal sosial ekonomi Melayu dipersendakan. Umum mengetahui sejarah kepimpinan Kerajaan Negeri disini yang bertukar diatas kehendak rakyat negeri ini dan sebahagian penyumbangnya adalah dari orang–orang Melayu. Tetapi amat menyedihkan kerana di dalam Kerajaan hari ini hanya terdapat dua orang sahaja pemimpin Melayu yang tidak berkemampuan untuk melawan arus bagi membela nasib lebih 640,000-00 penduduk Melayu negeri ini. Berapa orangkah pemimpin Melayu daripada parti DAP berada didalam kerajaan negeri hari ini, dimana parti DAP adalah peneraju di dalam Kerajaan Negeri.

Pada pilihanraya umum ke–13 nanti diharapkan Barisan Nasional akan kembali menerajui Kerajaan Negeri ini di mana setidak–tidaknya akan ada seorang Timbalan Ketua Menteri dan empat, (4) orang Exco Melayu dari UMNO untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu yang terlepas sejak tahun 2008. Kalau ramalan ini menjadi kenyataan maka episod hitam kelalaian mereka dahulu yang gagal membantu orang – orang Melayu akan dapat dijadikan iktibar. Tetapi bagaimana jika hasrat tersebut tidak menjadi kenyataan apabila tidak ada konsistensi dari pengundi yang masih menolak Barisan Nasional untuk kembali berkuasa dan inilah persoalan yang harus diberi pertimbangan yang sewajarnya khususnya untuk mempertahankan sosial ekonomi orang-orang melayu di negeri ini.

Oleh yang demikian secara rasional dan tanpa prasangka pihak KMPP memandang kehadapan demi masa depan orang–orang Melayu Pulau Pinang sekiranya mandat masih diberikan oleh rakyat untuk Pakatan Rakyat terus memerintah negeri ini maka secara tidak langsung parti DAP akan terus menerajui Kerajaan Negeri dengan bantuan minoriti dari Parti PAS dan PKR sekali lagi akan timbul persoalan mampukah para barisan Exco Melayu dari Parti PAS dan PKR ini melawan arus dengan DAP dalam membantu orang–orang Melayu dan apakah DAP akan nada pemimpin Melayu di dalam Kerajaan nanti dan bagaimana jikalau tidak ada langsung pemimpin Melayu dari kalangan parti PAS dan PKR selepas pilihanraya umum ke -13 nanti? Satu lagi isu serius akan melanda orang–orang Melayu kelak.

Dalam meletakkan perjuangan bangsa Melayu sebagai objektif utama KMPP, maka pihak saya dengan lantang mencabar Parti DAP jika benar mereka sebuah parti yang mewakili semua kaum maka Parti DAP harus memperuntukkan minimum lima (5) kerusi Dewan Undangan Negeri kepada calon–calon Melayu dan ianya hendaklah dibuat dalam situasi yang ikhlas. Sekiranya rakyat memberi mandat kepada mereka, maka bakal YB tersebut yang berkelayakkan, wajib berada di dalam kabinet Kerajaan Negeri dan mereka juga harus bebas dari bayangan yang boleh dianggap sebagai “puppet”/ boneka. Selama ini tiada langsung sumbangan dari pemimpin Melayu DAP ke arah memartabatkan bangsa Melayu negeri ini. Situasi ini amatlah dipandang serius. 

Jangan lupa pada sejarah sewaktu Parti Gerakan memerintah dahulu dimana mereka gagal untuk menampilkan pemimpin Melayu ketika pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional di Pulau Pinang walaupun terdapat pemimpin melayu di dalam parti itu. Justeru itu, diharapkan sejarah yang sama tidak akan berulang lagi samada rakyat memberi mandat kepada Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat pada pilihanraya yang akan datang. Walaupun parti mana yang memerintah Negeri ini selepas pilihanraya umum ke -13 nanti, pihak KMPP akan terus menyokong penuh Kerajaan Negeri asalkan hak–hak orang Melayu tidak diperlekehkan.